Selasa, 14 April 2015

Citer Tentang Peti Besi....

Kesian aku tengokkan..
Apa taknya.. berat tu nak angkat peti besi
Ni salah satu 'harta' aku yang tidak aku rela menerimanya ketika mula kerja di kaunter  ni
Sebelum mula keja dan selepas abis keja.. aku mesti mengadap benda ni..
kalau 'mood'  peti ni baik.. sekali aku pusing kod nombor rahsia.. dia dah terbuka..
Tapi kalau mood peti ni tak baik... mampus aku.. berpeluh2 dibuatnya walau dalam bilik bos aku ni aircond  terpasang..
Masa tu memang peti ni makan sumpah seranah aku ler...
Dah penat menyumpah.. tak buka2..
last sekali ikhtiar aku.. baca doa makan and..
jeng jeng jeng
Terus boleh buka.. tak paham sungguh.. apa 'dia' ingat yang 'dia' ni adalah sejenis makanan dan aku duduk mengadap 'dia' untuk nak memakannya.. ntah.. kompius aku.
Kata penolong akauntan aku.. peti tu berhantu.. erkkk.. iye ke..
Ada hantu?? sapalah yang malang jadi hantu peti tu..
Kau lah kak.. sapa lagi.. jawab bos kecik aku.. Hampeh sungguh!
Boleh pulak bos kecik aku wat lawak untuk citer yang tak berapa lawak ni... aku tak gelak tau..

 Ini adalah satu kaedah nak mengangkat peti tu.. err bukan angkat.. golek kan.. huhuhu.. kesian.. ramai yang jadi bos tak diiktiraf dari membantu.. kan... kan



Isnin, 13 April 2015

Aku dah pindah pejabat...

Pindah lagi
Aduhai.. masuk ni dah 3 kali pindah kaunter..
kata orang tua2.. kalau makan asyik berpindah itu maknanya nak tambah cawangan isteri/suami
ni pindah kaunter.. cawangan apa nak aku tambah..
huhuhu

Ni Kaunter lama..
Kelebihannya parking dekat depan mata
Kekurangannya... Orang ramai berpanas wooo...
Aku suka duduk sini... mata aku ijooo aje.. sebab berdepan dgn kaunter aku ni tasik dan hutan belukar

Sudut lain kaunter aku ni
Dan kat bawah ni kaunter baru aku..
huhuhu
Kelebihannya.. orang yang berurusan dengan aku sejukk aje..
aircond you
Kekurangannya.. parking jauh.. kena jalan 500meter baru jumpa port aku
huhuhu

yang best kat kaunter ni... hanya aku dan penolong akauntan aje yang ada acces masuk kat dalam kaunter ni..
Terasa aku ni orang besar2 dan penting aje..
hehehehehe


Selasa, 24 Mac 2015

Cerita Terkini Cimbe.... dan kesudahannya...

Ingat lagi pada cerita aku tentang Cimbe?.. Anak bulus aku yg aku telah potong tapak kaki dia kerana rosak dan membusuk dimakan ulat... hishh seram aku bila ingat balik citer ni... Tapi itu citer lama.. selepas empat minggu Cimbe dalam kurungan rumah... kitaorang ambil keputusan untuk melepaskan dia.. itupun setelah kitaorang dapati kaki dia yang dah tak de kulit tu kering..
Mula-mulanya ok... tapi dua minggu lepas tu, abg suami beritahu aku yang daging tangan Cimbe dari warna merah jambu dah jadi pink pucat.. Aku diam aje tapi dalam hati pelik jugak... apa ke ni?.. Rupa-rupanya, Cimbe berjalan dengan menjadikan kaki depan dia yang aku potong tu sebagai tongkat.. dan kesudahannya.. bawah kaki tu luka.. dan yang paling mengerikan ialah.. luka itu telah dimasuki oleh telur ulat... dan yang paling sadis ialah ulat tu kini berada dan hidup didalam lubang daging  yang dibuat.. Kalau diamat-amati.. dari luar kita memang tak tahu yang daging tangan Cimbe tu didalamnya penuh dengan ulat..
Aku dan abg suami apalagi, sekali lagi memulakan operasi  'mengnyahkan' ulat tu dari dalam daging Cimbe.. Tapi kali ni tak mudah.. apa taknya.. daging tangan luar tak membusuk, so bila kita masukkan peralatan utk menarik keluar ulat tu.. Cimbe akan menjerit dan menggigit! Aku memang geram ler..

Ini sambungan citer yang terberhenti dekat 16 bulan... huhuhu..

So, akhirnya kami ambik keputusan bawak Cimbe ke klinik.. kat Ulu Tiram.. Punyalah jauh.. masa citer ni berlaku kat Kota Tinggi belum ada klinik haiwan lagi.. Doktor tu handsome.. (handsome sioott doktor tu.. muka macam pelakon korea.. jambuu aje .. cuma kulit aje tak putih melepak) ponn pelik tengok perangai kitaorang.. bukan perangai tak senonoh.. tentang kesanggupan kitaorg potong sendiri kaki Cimbe and aku yang berani bersihkan ulat tu.. sedangkan aku tengok ulat tu pon macam nak pengsan..
Akhirnya tangan Cimbe di potong.. jadilah ia kucing jantan.. hero kaki tiga..oppss salah2.. demi memastikan Cimbe boleh duduk dalam rumah and tak menggatal dan menanda kawasan.. dia turut dikembirikan oleh doktor tu..
Dekat 3 hari Cimbe duduk kat klinik... kemudian 2 minggu lepas tu aku bawak lagi  ke klinik .. cabut benang.
abiss dalam rm700.. tapi aku puashati... pertama dapat selamatkan Cimbe yang akhirnya membesar dan berjaya menggebukan badan.. bahagia aku. yang kedua.. ulat2 tu akhirnya ternyah jugak.. aku tanya doktor tu.. berapa ekoq sebenarnya ulat tu dalam daging tangan Cimbe.. dia kata adalah dalam 20 ekoq.. nasib baik sempat bawak jumpa doktor sebab daging tangan tu dah hampir abis kena makan.. errkkk.. ngeri aku.. inilah first time aku jumpa ulat yang gemar makan daging segar... kat Bandar Penawar pulak tu.. port aku nak besarkan anak2.. isk.. isk isk
Tapi itu citer 10 bulan lepas.....
Dan 6 bulan selepas itu  kesudahannya sangat menyedihkan hati..
Dekat 6 bulan aku jaga Cimbe.. dia membesar sebagai kucing gebu dan montel. hari2 aku peluk dan uli dia.. malah abg suami lagi ler... begitu excited buli dia... dan biasa ler walau dah dikembirikan.. Cimbe dah biasa duduk kat luar.. berjalan aje keja dia.. tapi time makan dia balik rumah.. sampai ler suatu hari tu dia balik rumah dalam keadaan perut yang keras dan mulut berbau.. bau busuk dan bau racun .. aku panik.,. nak bawak dia gi klinik tapi kata abg suami dah tak sempat sebab Cimbe  dah termakan racun.. malam tu Cimbe mati.. mati dalam dakapan aku.. menitis airmata aku.. ralat rasa hati sebab tak dapat melindungi Cimbe.. tapi aku perlu redha.. aku tahu janji dia dah sampai.. Aku selalu doa semoga Cimbe tentang kat sana...


BERSAWANG GILERR...

Fuhhh.. Fuhhhh.. Fuhhh..
Penat wooiii.. Tiup habuk dekat blog aku ni.. banyaknya sawang.. dekat setahun tak jenguk.. sampai aku terlupa apa nama blog aku ni.. huhuhu.. boleh gituuu..
Apa ler yg menyebabkan aku terlupa pasal blog aku ni iye ?????.. ceh.. satu pertanyaan konon.. eheheh.. konon2 aku sibuk ler.. bz dengan projek tudung yang ber layer2 tu.. tapi sudahnya.. aku tinggal jugak.. pasal aku pon tak sanggup nak pakai apa yang aku jahit.. level confident aku zero.. bila pakai tudung yang aku buat sendiri.. tengok.. tengok.. aku pun tak yakin nak pakai.. so, mesti tak de orang yang yakin nak beli... iye tak.. Gitu ler kisahnya..
Menanah aje hati bila asyik kena perli dengan abang suami... iyeler modal dah keluar.. sudah2.. tak jadi apa.. ntah apa2..
Tu yang mogok tu.. tak nak wat apa2..
Tapi rasanya sia2 aje mogok aku tu..
So, mulai sekarang .. jeng jeng jeng.. i'am back!!!
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..... semoga ada sinar dihujung jalan ini..Amin

Isnin, 9 Disember 2013

Aku, Aiman Dan Citer Ke Pawagam!!!!

Menunaikan suatu permintaan dan ianya bukan sebuah janji.. sebenarnya nak menggembirakan Raudhah aka kakak yang teringin nak ke pawagam... lebih-lebih lagi bila iklan filem 'Frozen" selalu ditunjukkan time dia leka menonton disney junior di Astro.
So, petang Ahad lepas kami pergi, aku, encik suami, kakak dan jugak Aiman.. hah budak ni terpaksalah dibawa, tak boleh nak ditinggalkan, walau aku dari air tawar.. aku tetap berkeras nak bawak jugak.. pertama tak sampai hati, yang kedua pulak  emak awal2 dah bagi tahu, tak sanggup nak bela Aiman... macam2 karenah yang dia kena hadapi, bukannya  Aiman boleh duduk diam, ngeri jugak mengenangkan apalah yang bakal berlaku di dalam pawagam nanti.
Kami tengok citer Frozen ni kat Kota aje.. Pawagam MBO heritage.. betul ke namanya ni? Untuk 4 orang .. aku dan encik suami kena RM14 seorang.. sementara kakak pulak tiketnya RM9.00.. Aiman pulak boleh dipangku. Dengar macam murah aje kan, yang tak tahan tu sampingannya.. dengan bertih jagung, jajannya dan airnya.. kiranya bajet yang aku bawak.. ngam2 aje untuk kami 4 beranak.. fuh!!! legaaaa.
Masuk pukul 3.30 petang.. dan selain kami berempat, ada 11 orang lagi penontonnya... Start aje citer, Aiman mula buat perangai.. mula2.. dia menjerit (nasib baik tak menangis!!!) bila lampu panggung ditutup. Mulut dia tak reti diam, aku pon pening, kakak pulak lebih rileks.. iyelah sebab aku suruh dia janji untuk tak buat perangai.. so, dia nampak seronok dan menikmati setiap detik citer..
Paling aku tak tahan bila Aiman kemaruk makan bertih jagung, aku ngeri ni sebab bertih ni kalau silap makan, kita akan tersedak dan mmmmmmmmmmmuuuuuuunnnntaaaaahhhhhhh.
Dan itulah yang berlaku, Aiman tersedak dan muntah dalam panggung!!!. Aduh, malunya aku.. tak tahu nak letak muka kat mana terutama bila penonton depan asyik menoleh kebelakang sebab terganggu dengan bau masam muntah yang dah berterabur di lantai.
Dengan tebal muka aku keluar panggung dan beritahu pada tukang cuci panggung.. Kata dia, pembersihan hanya dapat dibuat bila citer selesai untuk tidak mengganggu penonton lain.. Alamak! macamana ni? So, terpaksalah aku menjadi mak cik cleaner..   mencuci muntah Aiman bagi mengelakkan dia terpijak.. dalam panggung. Sekali lagi aku beritahu.. tukang cuci muntah dalam panggung..  hanccussss sungguh hajat nak tengok citer Frozen dengan tenang. Keseronokkan menonton tenggelam dalam api geram pada karenah Aiman.

Nampak tak bungkusan plastik tu.. dalam tu penuh dengan baju sejuk Aiman dan kakak yang kena muntah..

Konon-konon kena makan dek dinasour.. bab bergaya ni, kakak memang terrorr.. heheh

Reaksi kakak yang seronok sangat.. dan kebaikkkan Aiman.. cuma 5 minit aje dia ok rupanya..
 
Lupa lak nak citer... dalam bab cuci-cuci panggung ni encik suami tak masuk campur.. Bukan kerana dia geli.. sebenarnya Frozen tengok dia... bukannya dia tengok Frozen.. apa da, buat rugi duit aje.. . Abis tengok citer, dengan baju kena muntah, kita orang jalan2 kat MBO tu, sempatlah sambar apa yang patut.. hehehe
 
 
 

Rabu, 4 Disember 2013

Tudung 3 layer

Aku memang suka tudung 3 layer... hehehe.. statement tak bleh blah! Nampak cantik dan beralun lembut bila dipakai.. Tapi reganya tu yang menyebabkan hajat tak kesampaian terutama yang berjenama ***tut**.  Harga yang 'boleh tahan" dan hasilnya memang sepadan dengan reganya. Ada jugak pilihan yang murah tapi tak secantik yang mahal.. kata orang- alah membeli menang memakai.. puashati kao. Kerana itu aku tak pernah bermimpi atau bercadang untuk melawat ke atau berziarah ke butik-butik tudung 3 layer ni.. Bukan tak mampu membeli.. mampu sangat2.. tapi menyedari kekurangan diri yang tak boleh menahan desakan ingin beli, beli, beli sehingga semua color ada.. (nafsu tu) hah bab tu yang aku tak nak.
Pilihan terbaik ialah.. belajar buat sendiri.. yang menepati citarasa dan dapat mengcover segala apa yang boleh dicover.. hehehe.. itulah sebabnya dah hampir setahun  aku tak berblog.. aku ada hobi baru.. buat tudung.. dan hasilnya sampai sekarang aku cuma boleh pakai sendiri.. bukannya tak de cadangan nak menjual.... sebab modal yang dikeluarkan pon banyak dah.. baik mesin.. dan apa2 ntah lagi tu.. tapi agaknya hasil pembuatan tudung aku tu tak kemas kot.. tu yang tak de org berminat nak mengorder.. (ini ayat sedar diri ni..) hehehe

Aku Menulis

Selamat Kembali aku.... hehehe, kembali ke blog yang dah bersawang dan berdebu ni.. al maklumlah lama tak dijenguk.. Banyak yang nak diceritakan perkembangan tentang aku.. segala pengalaman yang ditimba, dikutip dan ditempuhi... selama blog ini ditinggalkan, aku akan catitkan.. tak pe- tak pe.. pelan2 atau kata orang jawa. alon2.. Mulai sekarang In Sha Allah, aku akan menulis.. tapi ini bukan sebuah janji....so, dengan lafaz Bismillahhirrahamnirrahim....