Isnin, 12 Ogos 2013

Hari Pertama Diet Atkins... macam gagal aje.

Hari pertama berdiet... semangat sungguh aku. Tak pernah pagi-pagi aku buat sarapan, selalunya Raudhah makan breakfast yang readymade.. contohnya cocoa crunch dengan susu UHT.. yang senang dicapai dari dalam peti sejuk.. kali ni, pagi-pagi lagi  kuali dan senduk berdenting dentang di dapur. Abg suami cuma angkat kening aje, mesti dia pelik tapi dia tak cakap apa2 sebab dia masih lagi puasa 6. 

Sarapan aku untuk hari pertama ialah :

  • Scrambler egg - 3 biji.. (cuma letak garam dan lada sulah)
  • Keju Cheddar - 2 keping
  • Dan lebihkan minum air jarang.. dikalangan keluarga, air masak tu dipanggil air jarang.. tak tahu kenapa..
Lunch pulak..
  • Ayam panggang - secubit (tawar hambar rasanya.. ni beli kat kedai masakan pakistan.. dah kedai tu aje yg bukak time-time raya ni)
  • Ayam goreng - 1 ketul aje.. walau beli 2 ketul tapi tak larat nak habiskan.
Petangnya, aku masak.. ikan bakar dan sayur sawi campur egg tauhu utk abang suami berbuka.. So, aku joint sekali untuk dinner ni..Tapi cuma makan iakan bakar setengah ekoq dan sedikit sayur sawi goreng.. Aku ni dari dulu memang tak sukan nak makan sayur, so aku makan pon untuk mengelakkan aku lapaq.. Dan sebelum terlupa, sebelum masak tu, aku dah habiskan ayam panggang dan baki seketul ayam goreng, tak tahan aku.. lapaq gilerr..
Dan malamnya, lepas dinner dalam pukul 8.30, aku masih lagi lapaq, tak tahan sungguh, so, aku pulun biskut tart- 5 biji dan kuih samprit - 4 biji..
So, paham-paham ajelah maknanya ni.. diet atkins aku dah ke laut lah jawabnya.. hehehe. Dalam hati rasa nyesal pon ada lepas melantak kuih biskut dengan Raudhah.. Tapi kita cuba lagi esok..
Dari pemerhatian aku.. Diet Atkins ni ok, cuma bila kita tak makan gula dan nasi.. dan mengelakkan makanan yang ada gula, bagi aku.. aku akan menggigil satu badan, dan kemudian kepala aku sakit sebab angin dalam perut naik ke kepala, tu yg rasa nak sendawa aje. Pelik jugak, puasa sebulan aku biasa aje.. lagi, makan sahur dan berbuka dengan nasi yang sangat-sangat sedikit.. tak sampai setengah senduk.. malah kadang-kadang tak makan nasi langsung, boleh pulak aku tahan lapaq sepanjang hari.. badan ok dan kepala tak pening.. ini start diet atkins yg boleh makan semua kecuali gula dan nasi serta makanan yang terlebih karbohidrat.. aku rasa sakit pulak.. Agaknya niat puasa tu yang membantu kita bertahan kot!
Satu pekara yg best dengan diet atkins ini ialah, aku mula rajin memerhatikan kandungan bahan dalam sesuatu jenis makanan.. Cepat aje mata aku tertumpu kat kolum karbohidrat.. ambil berat berapa banyak yg aku makan.. itu yg best.. 

Ahad, 11 Ogos 2013

Bila Nak Kurus Ni..?

Wah entri aje macam bunyi nak marah dan tak bersyukur aje kan?.. Tak.. tak.. tak, aku bukannya tak bersyukur dengan anugerah ALLAH.. diberikan kesihatan yang baik.. kehidupan yang hampir sempurna dengan suami yang bertanggungjawab dan anak-anak yang senang diasuh dan dididik. Masalahnya cuma satu.. selain diberikan kesihatan yang baik, aku juga diberikan susuk badan yang 'comel' gitu.. dengan ketinggian 160cm.. dada yang bidang dan ia diperolehi dari gen abah yang memang besar dan tinggi.. dalam keluarga abah, bila bertemu sepupu sepapat.. rata2 ketinggian kitaorang sama.. aku boleh dikategorikab sebagai orang yang berbadan "besar".. dan ditambah lagi dengan berat lebig dari 80kg.. nampak bertambah-tambah besar.
So, dalam bulan ramadan lalu, aku dah berniat.. selain berpuasa kerana tuntutan agama, aku juga berharap agar dapat mengecilkan sedikit badan.. tak minta pon langsing macam model.. sebab paham-paham ajelah.. cukuplah sekadar 'kecik' sikit. Bersungguh-sungguh aku puasa siap dengan pil diet.. dan genap sebulan.. tada.. turun 4 kg.. wow.. bangganya aku.. Tapi belum pon syawal berlalu satu minggu.. baru masuk hari keempat.. bila aku timbang.. mak aih.. dah datang balik 4kg..  Bila nak nampak kecik ni?
So, bila berpeluang bertemu sepupu aku.. si Yani yang sama macam aku.. terlebih besar.. citer tentang kurus ni menjadi topik kami di meja makan.. dan terkeluarlah satu kisah diet.. namanya Diet Atkins.. tak banyak yangd apat dibincangkan kerana masa yang terhad.. tapi lepas tu aku buat carian di internet.. wow, macam berminat aje.. nampak mudah.. semua boleh makan, tak ada diet kecuali gula, nasi, mee dan jenis-jenis makan yang ada karbohidrat..
Dan itulah yang aku lakukan kini, mulai pagi tadi.. aku telah mulakan diet atkins.. alamak susahnya, walau semua boleh dimakan, tapi makan tak de gula, payau tekak aku.. dengan dugaan pada ir gas, kuih dan biskut yang berlambak atas meja.. alamak.. emnggoda sungguh.. sabar2.. dua minggu aje.. aku tak mintak banyak, dapat muat balik pakai baju koprat 2 tahun lepas punya.. aku dah sangat puashati.. doakanlah iye..