Selasa, 22 Disember 2015

Aku Yang Kau Tinggalkan.....

Tuan Shukor..
Sudah 2 hari berita yang akak terima mengatakan kamu telah pergi.. kembali kepadaNya setelah penat berjuang mempertahankan nyawa dari dimamah oleh virus kanser.. Akak  masih lagi sukar mempercayainya.. Maaf ler bukan menolak takdir..
Pagi ini.. sebaik sahaja mencelikkan mata.. handphone terus akak gapai.. membuka aplikasi Telegram.. mata akak bulat mencari ruangan sejarah perbualan kita.. Akak perhati aje ruang "notification".. ada nota  yang memberitahu Tn Shukor meletakkan kedudukan diri dalam "last seen recently".. Bukankah itu yang selalu Tn Shukor buat.. Dan bila akak bagi salam.. barulah Tn Shukor "online"? Perlahan2 akak kirimkan nota salam.. benar.. memang benar tiada balasan.. cuma ada "double tick" sebagai tanda yang salam akak dibaca..
Dan tetiba aje airmata akak mengalir..  akak mula terasa yang Tn Shukor telah tinggalkan akak.. bukan.. bukan sahaja tinggalkan akak.. tetapi tinggalkan dunia ini.. Akak terasa sunyi aje..
Maaf ler.. bukan menolak takdir..
Selama 2 tahun kita berkenalan.. hanya aplikasi Telegram aje menjadi medan penghubung.. kita berjumpa dalam Group Pisang.. berborak sambil bertukar2 pandangan dan pendapat berkaitan dunia baru yang kita sama-sama ceburi.. itu saat paling menyeronokkan.. akak sentiasa gelak bila membaca cerita kelakar yang selalu Tn Shukor timbulkan.. bergaduh dan bertengkar dengan Ikhsan.. kena usik dengan Saiful dan sesekali timbul idea mengarut yang ntah apa2 dari kamu bertiga..kekadang Airil menyampuk.. hingga situasi menjadi sangat melucukan.. Sangat menghiburkan bagi meredakan situasi yang sentiasa panas..
Kemudian "sesuatu" telah  berlaku.. Tn Shukor kena tendang keluar dari Group Pisang.. akak benar2 terkejut.. Apa cerita ni bro?.. Dan Group Pisang terus senyap dan sunyi walau ada Airil yang cuba menghiburkan.. Segala-galanya pasif.. Puas akak cari Tuan Shukor dan Alhamdulillah kita akhirnya berjumpa.. terharu sungguh bila Tn Shukor masih mengetahui nama penuh akak walau nombor handphone akak telah bertukar..
Sejak itu kita selalu berhubung.. bertukar pendapat dan Tn Shukor akan sentiasa menaikkan semangat akak yang merudum bila dunia baru yang akak ceburi itu tidak dapat menjanjikan apa2.. Ketika semangat akak sangat2 down.. Tuan Shukor akan keluarkan kata2 pendorong agar akak kuat dan tabah..Bukan sekali akak rebah malah hingga kini telah tiga kali akak tersungkur.. Tapi Tuan Shukor sentiasa ada.. walau kita tidak selalu berhubung.. tidak hari2.. hanya bila akak benar2 rasa "down" aje.. Tn Shukor sentiasa ada masa untuk mendengar rasa ketidakpuashati akak,, sentiasa sanggup membaca luahan hati akak yang sama aje ceritanya.. kesilapan dalam tindakan yang akak ambil.. semuanyalah.. pendek cerita Tn Shukor menjadi "punching bag" untuk akak melepaskan rasa marah dan kesedihan yang terbuku dihati..
Akak rasa ralat.. kerana keakraban kita.. Tn Shukor sanggup datang ke daerah tempat tinggal akak.. Tergamam akak bila mengetahui yang Tn Sukor berada terlalu hampir dengan akak.. malah hajat untuk bertemu akak setinggi gunung.. betapa suara Tn Shukor ceria.. Ya Allah pertama kali kita bercakap secara online.. akak terharu bila mengetahui Tn Shukor sanggup menjejaki akak.. ambil tahu kat mana akak kerja.. Jauh disudut hati akak tertanya2 kenapa Tn Shukor sanggup buat macam ni.. pendek aje jawapan Tn Shukor.. "Saya mengejar masa kak".. Masa tu akak tak paham.. dan kerana akak malu dan segan kita tidak berjumpa.. Ralatnya hati.. Kalaulah akak tahu..
Walau kita rapat.. tidak pernah sesekali akak mengetahui akan kisah hidup Tn Shukor.. akak cuma tahu gambar Tn Shukor itupun yang diambil dari "shared media" di Telegram.. yang dikongsi oleh kekawan dalam group..
Bila akak tanya kenapa bercuti panjang.. Tn Shukor cuma cakap.. "saya sakit kak" dan bila akak tanya lebih2.. Tn Shukor cuma cakap.. cukuplah akak cerita kisah sedih akak.. saya sanggup mendengar.. tak usah tahu cerita saya kerana ia memedihkan..
Masa tu akak sangat berkecil hati.. Tn Shukor tak anggap akak kawan baik kerana kalau kawan baik kita akan berkongsi cerita.. rupanya cerita hidup Tn Shukor sangat sedih.. baru akak paham.. Tn Shukor tak mahu akak sedih dan tahu yang Tn Shukor sedang berjuang melawan virus kanser.. Maaf kan akak..
Dan paling akak rasa sedih.. saat Tn Shukor sakit dan berada di Pantai Medical Centre.. akak berada di Kuala Lumpur.. Kalaulah akak tahu.. akak akan pergi melawat dan berjumpa Tuan Shukor..
Dan saat mengetahui berita kematian Tn Shukor.. akak benar2 rasa tak percaya..
Dan saat itu baru akak tahu yang selama ini Tuan Shukor berjuang melawan sakit kanser.. ntah kanser apa tidak akak ketahui hingga kini.. zalimkan.. seorang kawan yang  tidak mengetahui penyakit kawan baiknya sendiri..
Sudah 2 hari berlalu.. Akak baru terasa yang akak telah ditinggalkan.. ditinggalkan oleh seorang kawan baik yang hanya berhubung melalui aplikasi Telegram.. Jauh disudut hati akak .. tertanya-tanya.. siapakah yang sanggup menjadi "punching bag" seperti selalu jika akak rebah lagi? Siapakah yang sanggup mendengar cerita berulang-ulang.. isu yang sama, luahan hati yang kesal atas kesilapan yang berulang?
Dan saat ini akak baru sedar.. akak perlu berdiri sendiri.. perlu kuat dan berhati2 dalam setiap tindakan yang diambil agar tidak rebah kerana sudah tiada siapa yang sanggup menadah telinga dan mendengar kisah sedih akak kerana akak telah kamu tinggalkan. Tahun 2015 bakal berlalu dan ia pergi membawa cerita sedih.. Perginya seorang kawan dengan aku yang  kau tinggalkan..
Ya Allah.. Aku serahkan kembali seorang kawan baik aku pulang padaMU.. Semoga Engkau merahmati  dia dan ampuni dosa dia.. seorang kawan yang aku panggil dan kenali dengan nama Tuan Abdul Shukor bin Abdul Wahab..Al Fatihah...

Ahad, 13 September 2015

Bab 4 : Sapu Tangan Dari Saim

Perhitungan ! Itu kata hati Saim. Sudah lama dia bersabar dengan karenah mahluk Allah yang satu ini. Matanya tajam menyoroti susuk tubuh yang sedang terbongkok-bongkok menyelak helaian daun di belukar yang meliputi kebun getah Pak Teh ini. Tidak langsung menyedari yang pergerakan dia sedang di intai oleh Saim.
'Jumpa tak" satu suara menyapa menyebabkan mahluk itu menoleh. Tersengih-sengih si Jali bila Pojie menjegilkan biji matanya sambil mengurut-gurut dada. Terperanjat.
"Apahal lah kau ni. Sesuka hati aje nak menyergah?" marah Pojie.
"Aku dah cari kat belah sana. Tak de lah." Adu Jali.
"Belah sana?" Tunjuk Pojie
"Kat tepi sungai tu? Tanya Jali sekali lagi untuk kepastian.
"Abis tu kau tengok tangan aku hala ke mana?"
"Kau gila ke?"
"Apasal?" tanya Pojie dalam nada tak puashati bila Jali yang dikenali sebagai barua dia selama ini berani berkata dia gila.
"Kau tau tak tempat tu keras, bukan sedikit orang terkena sampuk bila masuk ke seberang parit kebun arwah ni hah" suara Jali tetiba perlahan. Dan macam takut-takut sahaja rupanya.
Pojie mengerutkan kening. Bukan dia tak pernah dengar, cerita keseraman yang menghantui penduduk kampung Desa Senduduk ni. Kawasan hutan bakau tepi sungai dan menjadi tanah rizab kerajaan bagi menjaga ekosistem sungai, tetapi dalam masa yang sama kawasan ini sangat-sangat digeruni. Tempat jin bertandang itu adalah gelaran yang diberikan oleh Pak Itam, pakar rujuk  pada mereka yang menghadapi masalah tersampuk.
"Kau ni, benda macam tu pun kau percaya iye." jerkah Pojie bengang.
"Aku tak sedap hati ler Pojie. Terasa ada benda yang memerhati" suara Jali bertambah perlahan. Dan dari ekor mata Pojie melihat Jali meraut bulu roma ditangan. Pojie juga terdiam, dia juga  terasa ada yang memerhati, tetapi bila diteliti, dia tidak nampak apa atau sesiapa. Sesekali hidungnya menghidu bau wangi yang lalu dibawa angin. Seram sejuk tubuhnya.
'Balik jom Pojie." pujuk Jali lagi
"Aku cari Naurah ler"
"Aku tahu!" tinggi suara Jali
"Jangan-jangan dia dah sampai ke sekolah kot" soal Jali memprovok Pojie.
"Merepek kau, laluan mana dia ikut. Kita tadi berdiri kat satu-satunya jalan pintas menghala ke sekolah kan?' soal Pojie lagi
"Dia terbang?" Pantas mata Pojie memandang Jali. Aku lepuk juga Jali ni karang. Getus hati Pojie.
"Betul ke yang engkau nampak tu Naurah?" soal Jali lagi.
Aku tahu lah, Aku dah lama mengendap laluan dia selama dia cuba mengelak dari aku ni hah!" kata Pojie dengan nada tegas.
"Kita balik dulu, nanti tengahari kita tunggu dia kat sini. Aku pun tak sabar nak kendurikan budak Naurah tu" suara Jali kedengaran ceria memberikan cadangan dan dengan cepatnya Pojie menganggukkan kepala.
Hati Saim terasa sakit. Sangat sakit hingga dia terasa ngilu pada dadanya. Helaan nafasnya menjadi tidak teratur. Tangannya digenggam dan kelihatan urat-urat hijau timbul dipermukaan. Ingin sahaja dia menghalakan tenaganya ke arah dahan pokok getah yang berada diatas kepala manusia berdua itu. Belum sempat dia bertindak, satu tangan kasar memegang bahunya. Pantas dia menoleh. Sesusuk tubuh lelaki yang hampir separuh usianya sedang memandang ke arah dia sambil tersenyum. Perlahan-lahan kepala lelaki tu digelengkan ke kiri dan ke kanan. Lang Merah, itu nama lelaki yang sekarang ni sedang sama-sama memandang ke arah manusia berdua itu. Mujur ada hijab yang melindungi mereka dari dilihat oleh mata manusia. 
"Sabar anak muda." kata Lang Merah perlahan.
"Dengan sabar kita akan beroleh kemenangan" ulasnya lagi.
"Hati aku sakit pak"
"Aku tahu. Tapi kau harus sabar. Dan ada perkara yang kau perlu ingat, menyakiti manusia itu yang telah di iktiraf oleh TuhanMu sebagai khalifah dimuka bumi ni, bermakna engkau sedang melanggar peraturan alam yang telah lama ujud." mata Saim pantas memandang muka Lang Merah.
"Sama juga jika kau jatuh cinta dengan bangsa manusia" segaris senyuman sinis terpamer di wajah Lang Merah.
"Kita tidak harus mendedahkan diri kita kepada bangsa manusia ini. Biarlah mereka mengetahui bahawa dunia ini turut dikongsi dengan mahkluk lain. Tetapi pengetahuan itu setakat hanya melalui Al Quran dari TuhanMu" ulasnya perlahan. Saim terdiam, Dia tahu itu, ia benar, dia mahluk yang dijadikan dari api, Jin atau terkenal dikalangan masyarakat melayu dengan nama Bunian.
Telah lama mereka menetap di sini. Beribu-ribu tahun, sehinggalah hutan tebal ini diteroka dan menjadi penempatan mahluk manusia, pesat dengan pembangunan, sebagai bangsa bunian, mereka beralah kerana akur dengan pegangan agama Muhammad yang menyatakan bangsa manusia adalah khalifah dimuka bumi ini.
Dan selama 3000 tahun dia hidup dimuka bumi ini, Saim mampu menghindar dari bertembung dengan manusia. Dia tenang di dalam lingkungan hijab, memerhatikan tingkah laku manusia yang kekadang menjengkelkan dan adakalanya begitu menakutkan! Dia membiarkan sahaja perbuatan dan kerosakan yang dilakukan oleh manusia, tidak pernah memperdulikan tingkah-tingkah mereka yang adakalanya di luar norma kebiasaan. Sehinggalah 20 tahun lalu, prinsip hidup yang selama ini dipegang kukuh lerai satu persatu, terutama saat dia berdepan dengan Naurah Hana.
Saim jadi tegar, memerhati dan cuba melindungi Naurah Hana yang polos dan suci. Melihat kesengsaraan yang telah dibuat kepada Khadijah Long, simpatinya mencurah, rasa bersalah begitu menggunung. Kerana itu dia berusaha melindungi Naurah Hana saat menyaksikan kelahiran bayi itu, hasil cinta dari Khadijah Long dan Yusuf Mahzan.
Saim mengeluh, berat dan dalam bunyinya.
"Ingat Saim, jangan berani bertindak di luar norma kebiasaan kita. Engkau pasti binasa! Kerna engkau tidak tahu apa yang manusia itu bisa buat jika kehidupan mereka kita cerobohi." tutur Lang Merah lembut tetapi tegas.
"Aku tidak mau kehilangan engkau, seorang sahabat yang telah aku anggap sebagai adikku sendiri, walau kita berlainan pegangan" perlahan Lang Merah menoleh padanya sambil tersenyum. Sinis.
'Percayalah Saim, tiada yang lebih berat bagi ku kecuali diarahkan untuk memusnahkan engkau. Oleh itu belajarlah menghindarkan dirimu dari mendampingi manusia apalagi jatuh cinta pada Naurah Hana." Saim tersentap. Hatinya bergetar. Pantas matanya memandang ke wajah Lang Merah.
"Kau tahu?' Angguk
"Siapa lagi yang sedar akan hal ini?" soalnya sedikit bimbang.
"Pak Tua?"Ada gelengan dari Lang Merah. Saim mengeluh, dia sedar jika hal ini telah dibawa ke pendengaran Pak Tua, bererti dia akan diminta membuat pilihan. Sesuatu yang dia cuba elakkan. Pak Tua atau sebenarnya Penghulu Bunian sangat tegas dalam hal ini. Melarang sebarang perhubungan yang terjalin antara dunia manusia dan bunian. Ia akan melanggar batas dan norma kehidupan. Itu yang selalu Pak Tua laungkan. Dan Saim tahu yang dia sedang melawan hukum yang telah lama puak mereka pegang.
"Jangan ikutkan kata hati anak muda" bisik lang Merah perlahan ke telinga Saim sebelum dia hilang meninggalkan kabus nipis di sekeliling Saim.

Ahad, 30 Ogos 2015

Bab 3 : Sapu Tangan Dari Saim

Naurah melajukan langkah kakinya. Kepantasan kaki dan akalnya berjalan seiring. Dimana ada lorong dan denai yang boleh dilalui bagi melarikan diri yang Naurah ketahui, maka sibuklah dia menyelitkan diri. Jauh disudut hati doa pelindung diri dibaca sepanjang kaki melangkah. Terpikir juga di hati Naurah, kalaulah dia boleh menghilangkan diri, dah lama dia menjadi halimunan. Tapi itu cuma cerita yang selalu ditonton di televisyen. Mana ada dalam alam realiti. Dia akur dan kerana itulah selagi dia boleh  elak, akan dia elakkan. Itu janji dia pada diri. Dan  janji itu terpatri kuat dihati kerana tadi, ketika dia dalam perjalanan ke sekolah, dia bertembung dengan seseorang yang sangat-sangat dia cuba jauhkan diri saban pagi, yang tetiba aje memunculkan diri dengan senyum lebar dihujung simpang jalan masuk ke rumahnya.
Pojie atau nama sebenarnya Fauzi. Tiada yang kurang pada lelaki ini. Wajahnya kacak, ada rupa, ada gaya dan ada harta,  lebih-lebih lagi status anak saudara kepada bapak. Tapi Naurah benci Pojie. Meluat dan geram dengan perangai Pojie yang kurang adab dan kurang ajar. Diberi keizinan oleh bapak untuk menghantar dan menjemput Naurah ke sekolah saban hari tetapi Pojie cuba mengambil kesempatan. Itu yang Naurah benci. Sangat benci. Bapak berikan kereta kepada Pojie bagi kemudahan untuk Pojie menjemput Naurah, tetapi Pojie lebih rela menggunakan Ninja Kawasaki yang tonggek tempat duduknya. Kemain suka Pojie melihat betapa cuaknya Naurah, kelam kabut menjaga diri agar tidak bersentuhan dengan tubuhnya, kerana itu Pojie menjadi semakin bertambah galak, rajin dia membrek motor secara  tetiba bagi membolehkan tubuh Naurah bersentuhan dengannya.  Gelak ketawa mengejek bila menyedari ketidakmampuan Naurah untuk mengelak dari perbuatan keji Pojie. Malah kebencian Naurah tambah mencanak naik bila melihat keberanian Pojie membawa Naurah ke "port" dia melepak bersama-sama kawan-kawan yang terletak di dalam kebun getah milik bapak bila tiba saat sepatutnya Naurah dihantar pulang dari sekolah. Pucat muka Naurah bila dia dikelilingi oleh rakan -rakan Pojie yang entah apa-apa. Khayal semacam. Terasa nyawa dan maruahnya di hujung tanduk. Airmata Naurah menjadi murah saat dia merayu kepada Pojie agar dia dihantar pulang. Tetapi airmata itu menjadi tidak berharga bila rayuan Naurah tidak dipedulikan. Airmata dan rayuan Naurah hanya disambut dengan ketawa mengejek dari Pojie dan kawan-kawan dia. Mujur ketika itu angin tetiba bertiup kencang dan menyebabkan pondok "port" Pojie ranap ditimpa dahan pokok getah yang patah. Dan Naurah sangat-sangat bersyukur  kejadian angin kencang itu berlaku.
Tetapi Naurah sedar, walau segunung bencinya pada Pojie, benci lagi keluarga bapak kepadanya. Kerana itu Naurah kalah, kalah dalam setiap aduan yang cuba dia sampaikan pada bapak bila ada kesempatan. Walau berjurai airmatanya membasahi pipi ketika bercerita betapa terganggunya dia dengan perangai tak semengah Pojie, reaksi bapak hanyalah diam, paling kuat tindakan bapak ialah mengeluh. Naurah ingin sangat bapak mengerti betapa dia takut, dia ngeri bila mengenangkan yang dia kini adalah ibarat sekuntum bunga yang mewangi.. dan wangiannya itu sedang bertebaran dan mula menarik perhatian kumbang yang menjengkelkan. Naurah tidak mahu itu. Dia merasa terganggu dan dia mohon perlindungan dari satu-satunya lelaki yang dia percayai dan sayangi. Lelaki itu adalah bapak. Malangnya bapak hanya diam malah adakalanya memandang ke arahnya dengan pandangan tidak percaya. Itulah yang Naurah rasa dan sedar.
Entah apa cerita yang buruk tentang dia yang telah sampai ke telinga bapak, Naurah tidak tahu. Apa yang Naurah tahu, pasti sebuah cerita buruk sehingga cerita sebenar yang Naurah sampaikan  telah disambut secara acuh tak acuh sahaja oleh bapak. Hampa sungguh rasa hati Naurah.
Kerana itulah, Naurah akhirnya membuat keputusan sendiri, bertekad untuk hanya berjalan kaki ke sekolah saban hari, walau jauh dan penat kakinya, Naurah rela asalkan kehormatan diri dia terjaga. Dari tidak tahu jalan pintas dan cepat ke sekolah, akhirnya Naurah jadi pandai, itupun berkat tunjuk ajar Murnee dan adik-adik dia. Nasib baik. Naurah sangat  berterima kasih pada Murnee, memang ada gaya menjadi seorang cikgu di masa depan. Cikgu Murnee. Tersenyum sorang sorang Naurah bila teringat pada gelaran "Cikgu" yang dilekatkan pada pangkal nama Murnee. Sesuai sangat ler.. bisiknya sendirian
Tapi debaran dihati kembali memuncak bila dia mendengar bunyi enjin motorsikal Pojie. Pasti Pojie sedang mencari dan mengekori Naurah.
"Naurah"
"Naurah" suara Pojie kedengaran memanggil namanya. Naurah hanya mendiamkan diri. Dia tak mampu untuk bergerak lagi. Kebun getah Pak Teh ini, walau agak semak samun, tapi dengan baju sekolah berwarna putih yang dia pakai, ini hanya memudahkan Naurah dikesan oleh mata Pojie.
"Naurah, keluarlah, kalau aku jumpa kau, siap kau Naurah" panggilah Pojie jadi bertambah keras. Naurah semakin gementar. Dia hanya mampu menggigit bibir menahan rasa takut.
"Jumpa tak?" terdengar satu suara asing. Naurah bertambah takut. Dia tahu itu suara Jali, rakan sekutu Pojie yang Naurah kenal kerana selalu melepak dengan Pojie di simpang jalan. Matilah aku.. Ya Allah, bantu aku Ya Allah.. tak henti-henti Naurah membisikkan doa. Tetiba Naurah tersentak, hidungnya menangkap satu bauan harum dan manis. Naurah kenal bau itu. Bau itu datang dari lelaki bernama Saim.  Dalam rasa ketakutan terhadap Pojie, Naurah mengharapkan satu keajaiban. Dan rasanya permintaan Naurah tertunai.
Tak berkedip mata Naurah bila menyedari Saim berada disebelah dia. Tidak terlalu rapat berjarak setengah langkah. Lesung pipitnya terserlah bila Saim tersenyum.
"Assalamualaikum adik" Naurah hanya mampu menjawab salam tu di dalam hati. Terketar-ketar bibirnya untuk bercakap namun dia tak mampu untuk bersuara. Saim segera meletakkan tangan ke bibirnya. Tanda menyuruh Naurah mendiamkan diri.
"Mari abang tunjukkan jalan" Naurah angguk dan matanya segera menangkap sesuatu yang dihulurkan oleh Saim. Sapu tangan! Terpinga-pinga Naurah melihat tindakan Saim.
"Pegang dik sapu tangan ini. Kita akan berjalan bersama dan abang akan hantar adik ke sekolah dengan selamat" Tanpa ragu Naurah terus menyambut huluran tangan Saim. Sapu tangan Saim segera dipegang oleh Naurah sementara sebelah satu lagi  sapu tangan itu digenggam Saim. Mereka segera berjalan keluar dari tempat persembunyian Naurah tadi.
Rasa cuak dihati kembali tinggi ketika mereka melintasi Pojie dan Jali yang kelihatan sedang berbincang untuk mencari Naurah. Jelas dipendengaran Naurah suara Pojie yang marah-marah kerana gagal menemui dia. Dan timbul rasa pelik di hati. Eh? Tak nampakkah Pojie yang ketika ini dia sedang melewati tempat perbincangan mereka? Telah menjadi halimunankah dirinya. Macam tak percaya yang doa agar dia mampu mengghaibkan diri telah makbul. Syukur Ya Allah. Naurah memandang ke arah Pojie sebelum matanya beralih ke arah Saim.
Lelaki itu hanya memandang ke depan, Roman mukanya manis dan kacak, walau bibirnya tidak tersenyum tapi riak wajah seolah-olah sedang tersenyum. Dan Naurah mula menyedari.. suasana sekeliling mereka senyap dan sunyi. Hanya desiran angin sahaja kedengaran. Masa seakan-akan telah terhenti.Belum sempat Naurah bertanya, Saim menghentikan langkah kakinya. Tangan yang mengenggam sapu tangan itu segera Saim lepaskan. Perlahan-lahan Saim berdiri menghadap Naurah. Melihat Naurah yang terpinga-pinga dan tangannya masih memeggang sapu tangan Saim,  dia segera tersenyum.
" Simpan iye dik sapu tangan tu" lembut suara Saim. Naurah menggelengkan kepalanya.
"Terima kasih abang sebab tolong saya." tangan Naurah segera menghulurkan sapu tangan tu kepada Saim
"Kalau adik menghargai pertolongan abang, simpan ler sapu tangan tu, ia akan menjadi penghubung diantara kita" Naurah tak faham, tapi melihat riak wajah Saim yang sedikit keruh, dia tak sampai hati menolak pemberian Saim, lelaki yang telah dua kali menolong dia.
"Baiklah, terima kasih abang"
"Nama saya Naurah Hana" Saim hanya menganggukkan kepalanya sambil dia tersenyum. Aduh, manisnya senyuman Saim. Naurah ingin bertanya. Banyak persoalan timbul berkenaan dengan lelaki di hadapannya ini.
"Percepatkan langkah kakimu dik. Loceng sekolah hampir berbunyi tu"  Tersentak Naurah dan barulah dia menyedari yang dia kini berada di depan pintu pagar sekolah.
"Lain kali ler kita berborak iye dik, Abang akan jawab segala soalan adik bila tiba masanya. Dan dengan izin dari Allah" Segaris senyum nipis Saim berikan dan seperti semalam, saat Naurah ingin melihat Saim pergi, dia disergah oleh suara Murnee. Naurah geram dan hampa, tapi bila teringatkan sapu tangan Saim yang kini dalam genggaman dia, hati Naurah kembali berbunga. Cepat-cepat sapu tangan itu di simpan di dalam kocek baju. Dan tiba-tiba Naurah rasa selamat.Sangat selamat. Dia terasa dilindungi oleh seorang lelaki selain bapak. Ya Allah, terima kasih. hanya itu yang mampu Naurah lafazkan. Rasa bersyukur.


Nota Kecik...
Selamat Menyambut Merdeka Malaysia..
Yang ke 58 Tahun..
Semoga Malaysia aman dan rakyatnya hidup sejahtera walau berbilang bangsa...
Semoga semua orang cukup makan dan pakai..
Dan sentiasa bersyukur dan berdoa untuk kesejahteraan anak cucu cicit di masa depan..
Bina Malaysia yang Sejahtera untuk masa depan.. waahh emo ler pulak!
huhuhu

Sabtu, 29 Ogos 2015

Bab 2 : Sapu Tangan Dari Saim

Cuaca petang ini sangat panas, debu berterbangan naik ke udara bila jalan tanah merah di depan rumah ini dilalui kenderaan. Naurah memandang ke arah jalanraya. Debu berterbangan tidak sekalipun menarik perhatiannya. Hatinya rusuh.. sudah hampir rembang petang tapi bapak masih tidak pulang. Hari ini adalah hari giliran bapak ke rumah kayu ini. Hari ini adalah hari dimana Naurah rasa sangat-sangat bahagia, keluarganya jadi lengkap, ada bapak, ada ibu, ada dia dan ada Ngah Siah yang dipanggil nenek walaupun cuma orang gaji sahaja tetapi telah dianggap sebagai ahli keluarganya sendiri
"Hana, Hana" 
Terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya. Langkah kaki dihalakan ke arah suara itu. Naurah tersenyum memandang empunya suara.
"Ibu nak minum?" sapanya lembut. Belas rasa hati melihat keadaan ibu. Semenjak ibu diserang sakit lumpuh seluruh badan selepas kelahiran dia, ibu hanya mampu terbaring sahaja. Untuk menguruskan diri sendiri pun ibu tak mampu, apalagi menguruskan rumahtangga.
Naurah melihat ibu mengelengkan kepala. Muka dan tubuh ibu basah dek peluh. Pantas tangan Naurah mengambil tuala basah yang diletakkan ditepi  katil dan digunakan untuk mengelap tubuh ibu. 
"Bapak Hana dah balik nak?" soal ibu perlahan. Naurah hanya mampu menggelengkan kepala. Tak sampai hati untuk bersuara lebih-lebih lagi bila dia memandang ke dalam mata ibu. Pandangan mata ibu sarat dengan kerinduan pada lelaki yang dipanggil bapak oleh Naurah.
"Kejap lagi sampai ler Jah! suara nenek menjawab lembut terdengar di belakang Naurah. Senyuman lebar cuba Ngah Siah pamerkan tapi Naurah tahu senyuman itu cuba untuk menyembunyi rasa resah di dada Ngah Siah.
"Janganlah kau bimbang Jah, Cintanya pada kau kekal utuh. Rindunya menggunung hanya pada kau aje Jah." lembut suara Ngah Siah memujuk sebelum punggungnya dilabuhkan di birai katil. Ibu tersenyum dan akhirnya memejamkan mata. Tidur
Perlahan-lahan Naurah segera berlalu ke bilik. Langkah kakinya teratur tapi hatinya sarat dengan pertanyaan, Benarkan cinta bapak pada ibu sangat utuh? Kalau benar, kenapa dia ada ibu tiri, ada adik-adik tiri yang seramai 4 orang. Kalau rindu bapak begitu menggunung pada ibu, kenapa mereka kini tercampak hidup bertiga sahaja di dalam kebun getah, dihujung kampung. Sedangkan keluarga tirinya hidup di banglo besar di tengah kampung. Mewah dan meriah malah mereka sangat-sangat dihormati oleh orang kampung. Lebih-lebih lagi kerana bapaknya adalah Pengurus Kilang Sawit tempat orang-orang kampung menghantar hasil tuaian sawit yang dipunggut saban bulan.
Jiwa remaja Naurah memberontak. Benar, dia sangat rindukan bapak. Perlahan-lahan Naurah beristighfar. Bukankah ini takdir dariNya. Kenapa mesti kita menolak takdir. Mempertikaikan takdir  yang tersurat samalah seperti kita tidak menerima qada dan qadar, Sedangkan ini telah termaktub dalam Rukun Iman, masih terngaing-ngaing suara Ustazah Rohana ditelinga Naurah. Benar.. ini takdir.
"Sebab cinta mereka tidak direstui ler!" masih terdengar di telinga Naurah suara Murnee ketika dia bercerita kerinduan dan derita hatinya melihat kebahagiaan Zara Alia, adik tirinya memaut tangan bapak yang ketika itu datang menjemput Zara Alia pulang dari sekolah. Sedikitpun bapak tidak memandang wajah Naurah, Pilu rasanya hati Naurah. Kolam matanya bertakung air, hampir-hampir melimpah keluar.
"Mana kau tau Murnee?" soal Naurah, sangat-sangat tertarik dengan cerita yang pertama kali dia dengar.
"Aku dengar emak aku cerita dengan abah aku semalam." Kening Naurah terangkat. Kenapa pulak dah timbul cerita keluarga dia ni?
"Kitaorang simpati dengan nasib kau ler, tapi tak boleh buat apa bila dapat amaran dari nenek kau. Jangan masuk campur!" Perlahan aje suara Murnee.
"Iye, aku faham" senyum tawar Naurah pamerkan. Nenek! Walau ada depan mata, tidak pernah sekalipun Naurah melihat nenek tersenyum bila melihat dia. Nenek yang jugak ibu kepada bapak lebih banyak mencebikkan bibir malah kerapkali dia melihat nenek memalingkan mukanya ketempat lain jika terserempak dengan Naurah. Jijik benar nenek untuk memandang dia seolah-olah dia ni macam najis mutawassitah pulak.
'Aku akan pastikan jika suatu masa nanti aku jatuh cinta, Cinta aku direstui oleh keluarga. Aku tidak mahu menderita kerana cinta seperti cerita cinta bapak dan ibu. itu tekad Naurah. Serentak  itu, hidung Naurah segera menangkap bauan yang lembut dan manis. Sama seperti bauan pada lelaki bernama Saim yang ditemu pagi tadi. Tiba-tiba Naurah teringat pada pertemuan pertama dia dengan lelaki itu. Seraut wajah tampan yang menenangkan! Dan hati Naurah menjadi berdebar-debar. Langkah kaki dihalakan ke tingkap. Matanya liar memandang keliling. Tiada apa yang kelihatan kecuali suasana gelap menandakan rembang petang telah tiba ke penghujungnya. Sayup-sayup suara muazzin melaungkan azan kedengaran ditelinga Naurah tanda waktu maghrib telah tiba.

Rabu, 12 Ogos 2015

Bab 1 : Sapu tangan Dari Saim

Naurah melajukan langkah kakinya..  matanya meligas memandang kiri dan kanan. Ada rasa cuak dihati.. Ya Allah.. selamatkanlah perjalanan aku ini Ya Allah. Pepagi begini.. dalam suasana pagi yang masih lagi kelam dan embun pagi masih lagi membasahi daun.. tiada sesiapa yang boleh diharapkan untuk membantunya jika ada musibah mendatang.
Demi ilmu.. demi ilmu.. hanya itulah penguat hatinya. Berjalan kaki ke sekolah yang jaraknya sejauh 5 km dari rumah.. menyebabkan Naurah harus cepat.. dia tahu hari ini dia dah terlewat. Sepagi tadi dia sibuk, memandikan ibu yang terlantar sakit.. dan kemudian membersihkan pula najis ibu  banyak menuntut masanya. Walau ada Ngah Siah, pembantu yang digaji oleh bapak untuk menguruskan ibu, Naurah tetap dengan rela hati membantu menguruskan ibu. Naurah faham, kudrat seorang tua seperti Ngah Siah, tak terdaya untuk dia nak mengangkat tubuh badan ibu jika tidak Naurah yang membantu.
Sudahnya dia terlewat lagi.. dan kerana itu Naurah tiada pilihan.. dia akhirnya mengikut jalan pintas kebun Pak Teh.. Kebun getah yang telah lama ditinggalkan dan tidak lagi dikerjakan selepas Pak Teh meninggal dunia. Sudahnya kawasan kebun dipenuhi semak samun. Apa lagi pilihan yang Naurah ada.. inilah satu-satunya jalan pintas paling cepat. Dibuang rasa takut dihati.
Laju kakinya melangkah, seakan berlari pun ia juga. Tiba di sempadan kebun. Naurah terpempan. Ya Allah.. terkejut dia. Berdiri dalam jarak 10 kaki di hadapannya, diatas titi kecil di tepi sempadan kebun dengan tanah rizab tepi sungai milik kerajaan, sesusuk tubuh tegap seorang lelaki dengan seraut wajah tampan yang memandang wajah Naurah dengan mata yang galak  tetapi pandangan yang redup. 
"Nak gi sekolah iye dik?" soal lelaki itu. Tanpa sedar Naurah menggangguk. 
"Mari, abang temankan. Boleh tak?" soalnya lagi seperti meminta izin. 
"Boleh. Terima kasih abang" ringan aje mulut Naurah menjawab. Eh apasal ni.. selalunya dia susah nak bercakap lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak dia kenali. Pesanan bapak dan Ngah Siah agar pandai menjaga diri sentiasa tersemat dalam fikiran dia.
Naurah melihat ada segaris senyuman lebar di bibir lelaki itu. Sepasang lesung pipit jelas kelihatan di wajahnya bila tersenyum. Ya Allah, tampannya rupa paras mahluk Allah dihadapan ku ni, hati Naurah berbisik. Siapa dia ni.. manusia ke hantu. kalau manusia mesti ada nama. Anak siapa? Kenapa aku tak pernah melihat dia ni? Timbul pertanyaan dihatinya. Bertambah tertanya-tanya bila hidungnya menangkap satu bauan wangi yang belum pernah dia cium. Harum dan manis baunya. Pantas tangannya mengosok-gosok hidung yang mancung dan kecil itu.
Lelaki itu tersenyum sambil menggeleng- gelengkan kepalanya. Tangannya diangkat sebagai tanda mengarahkan Naurah berjalan dahulu.
Pantas kaki Naurah melangkah, dari ekor mata dia melihat lelaki ini berada dibelakang dia. Mengekor tidak terlalu rapat.. tiga langkah dibelakangnya. Mata  Naurah melirik jam tangan hadiah bapak sempena dia lulus periksa PMR dengan cemerlang. Alamak, lagi 5 minit. Habis ler aku. Tak sempat ni, jauh lagi tu. Kejap lagi pintu pagar sekolah akan ditutup. Dia dah jemu mengadap Cikgu Munir, guru displin yang garangnya ya ampun, yang selalu menjerkahnya hanya kerana nama dia aje yang naik sebab lewat datang ke sekolah. Ada rasa sebak dihati.
'Dah sampai dik" Eh, pantas Naurah mengangkat muka. Terkejut dia, di hadapan dia adalah pagar sekolah. Pantas matanya memandang wajah lelaki itu.  Masih lagi tersenyum manis. Terpinga-pinga Naurah. 
"Nama abang, Saim.. abang penduduk asal kampung dekat-dekat sini." katanya sambil tersenyum.
"Belajar rajin-rajin iye dik"  hanya anggukan yang mampu Naurah berikan. Dia masih bingung
"Abang balik dulu" kata lelaki bernama Saim itu.
" Woii, Naurah, cepat woii." jerkahan suara seseorang jelas dipendengarannya. Pantas Naurah menoleh ke arah suara itu dan kelihatan kawan baiknya, satu-satunya kawan baik dia, Murnee sedang bercekak pinggang di depan pagar sekolah. Dah macam jaga jalan dah rupanya.
"Mimpi apa kau awal ni?" soal Murnee teruja. Dan soalan Murnee membuat Naurah tersentak, Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke sebelah kanan, tempat lelaki bernama Saim itu berdiri. Terkejut dia, Dah tak ada? Mana ni? Matanya segera meliar ke seberang jalan. Naurah menoleh ke kiri dan kanan.
"Kau cari apa?" soal Murnee yang tetiba dah ada di sebelah dia. Mata Murnee turut meligas ke kiri dan kanan. Tak tahu apa yang dicarinya. Aura seorang tukang kepoh mula kelihatan. Kepochi sungguh gayanya. 
" Tadi ada lelaki temankan aku"
"Lelaki?" soal Murnee sambil kening dia terangkat-angkat.
"Mana? Mana?" soalnya teruja
"Entah." hanya itu yang mampu Naurah lafazkan.
"Kau ngigau ke apa? Dari tadi kau sorang-sorang aje jalan macam ribut tau sampai aku ni pon kau hampir-hampir langgar" kata Murnee sambil kakinya pantas melangkah ke pintu masuk sekolah.
"Cepat lah Naurah, kau nak aku bagi nama kau kat Cikgu Munir ke? ugut Murnee.
"Iyelah, iyelah"
"Tahulah kau tu pengawas" rungut Naurah. 
"Tau tak pe" berlagak sungguh jawapan Murnee, tapi bagi Naurah yang telah lama mengenali Murnee sejak darjah satu, Tahu betapa baiknya hati Murnee. Jika hari  Murnee berjaga di hadapan pintu masuk sekolah, seberapa boleh dia mengelak dari mencatitkan nama Naurah jika Naurah terlewat. 
Naurah tersenyum manis, tapi jauh di sudut hati timbul berbagai persoalan tentang Saim. Naurah juga terasa ralat. Saim pergi tanpa sempat dia mengucapkan terima kasih. Perlahan-lahan Naurah melepaskan keluhan. Semoga kita jumpa lagi. Bisiknya sambil pantas kaki melangkah menuju ke kelas.
Dan di tepi tembok pintu pagar, sepasang mata sedang menyoroti langkah kaki Naurah. Saim hanya tersenyum. Iye Naurah.. kita pasti akan berjumpa lagi.

Prolog : Sapu Tangan Dari Saim

Prolog

"Lepaskan dia.. kalau kau sayang dia!" Dia menoleh pada yang empunya suara.. Kejam sungguh!
"Aku memang sayangkan dia.. cinta aku pada dia jauh tertanam di lubuk hati yang paling dalam!" kata-kata yang keluar dari bibir dia hanya mendapat cebikan dan senyuman yang penuh penghinaan.. Sinis.
" Kau bukan kaum kami.. kau tidak layak untuk duduk di sini.. Apalagi mencintai kaum kami" keras suara itu menjawab.. Mata dia menjadi bening.. Murahnya cinta dia.. terasa sungguh ketidakadilan dunia ini..
Apa salah dia.. hanya kerana cinta dia menjadi mahluk yang dihina..
"Pulanglah Saim.. kau tak layak berada di sini.."
"Pulang lah demi keselamatan kau dan Naurah!"
"Jika kau tak fikirkan nasib kau Saim.. fikir- fikirkan lah Naurah.. Kalau kau sayang dia.. kau tak akan menyakiti hati dia.. apalagi jasad dia.. Tengok betapa menderitanya dia!" Perlahan-lahan mata Saim melorot pada tubuh kaku di atas tanah. Mata sepet yang terpejam rapat.. hanya nafas aje yang turun naik menandakan masih bernyawa.. Naurah.. hanya itu aje yang mampu disebut..
Benar aku sayangkan Naurah.. sangat sayang.. terlalu sayang.. kerana itu aku akan pergi. Hanya lintasan itu yang terpancar di fikirannya.
Perlahan-lahan Saim mengundurkan diri.. dan jasadnya hilang terus dari pandangan mata orang kampung yang tekun memandangnya  dan ditangan masing-masing ada batang buluh kuning yang sama tajam dengan pandangan mata orang kampung.

Nota :
Ni satu idea giler dari aku.. Anggap ler cuma angan-angan dan inilah hasil dari berangan itu. Kalau rajin aku sambung iye

nina

Isnin, 27 Julai 2015

Aku Dan Novel...

Aku memang suka membaca.. ehehe
Tapi habit tu on dan off.. bersilih ganti dengan habit aku suka menjahit dan memasak..
Err.. aku tak pandai wat banyak habit dalam satu masa.. kalau aku minat sesuatu tu, aku akan tinggalkan habit yang lain, beri tumpuan sepenuhnya pada minat aku tu.. dan kemuncaknya bila aku jemu, aku akan tinggalkan.. huhuhu.. Nasib baik dalam perkahwinan aku tak macam tu.. kalau tak buat naya aje anak teruna orang aje..
Cakap pasal habit terkini aku.. aku gila novel.. novel cinta, pengembaraan, misteri dan apa-apa ler.. Mula-mula tu aku tertarik baca novel Sunan karya Ramlee Awang Murshid.. Trilogy citer dia aku baca semua malah semua kedai buku kat Kota Tinggi ni sanggup aku jelajahi semata-mata nak melengkapkan koleksi.. Alhamdulillah.. 
Kemudian aku beralih membaca novel cinta.. err kelakar jugak bila dapat menyelami imaginasi penulis.. banyak kisah cinta yang aku baca ni melibatkan cinta antara CEO dan perempuan biasa.. Dan kelakarnya.. cara penulis membayangkan rupa paras CEO tu.. sangat-sangat melampau.. pada aku lah, Tinggi, anak kacukan.. kalau tak mix dengan omputeh.. mesti mix dengan cina bagi mendapatkan rupa paras CEO yang putih.. dan CEO ni mesti ada six pac.. kalau heroinnya pulak.. mesti tak cantik.. tapi kalau malu kulit muka akan bertukar merah macam buat tomato masak.. so, boleh agak-agak ler warna kulit heroin.. mesti putihkan.. belum pernah aku jumpa heroin yang kulitnya pure melayu ler.. alah kulit biasa-biasa macam aku ni.. ahahak.. Banyak dah aku beli novel.. beribu kot duit yang abiss. Malah rak buku kat rumah pon dah penuh dengan novel.. Incik suami jeling aje.. Tapi dia tak bleh nak kata apa.. sebab aku guna duit aku.. bukan usik duit dia pon.. Fuhhh, bunyi macam sombong benor.. 
Tapi aku rasa.. sampai ler kemuncak habit aku ni.. macam dah ada tanda-tanda nak malap aje.. aku dha mula bosan membelek novel..
ehehehe

Selasa, 21 Julai 2015

PESTA BUNGA FLORIA PUTRAJAYA 2015

Ni citer dah basi... agaknya ler
Apa taknya.. korang pon dah lupa pada Pesta Floria Putrajaya tu kan.. aku baru nak edit..
huhuhu
Dah dekat 18 tahun aku duduk keja kat KEJORA ni.. belum pernah lagi nama aku naik gi melawat Pesta Floria.. iyo ler dulu2 mana ada.. iyo tak.. cuma 5 tahun kebelakangan ini baru ada Pesta Floria yang berlangsung di Putrajaya tu kan..
Tapi macam biasa.. nama aku tak pernah naik nak gi melawat Pesta Bunga tu... balik2 nama orang yang sama saban tahun.. eheheh.. bab  ni aku tak campur.. walau dalam hati ada detik curiga.. iyer ler sapa ler kita ni kan.. (ni ayat sedor diri ni)
So.. bila nama aku naik pada kali ini.. bayangkan betapa terkejutnya aku.. Mimpi ke apa ni.. sapa ler yang bertuah tu yang telah mencadangkan nama aku.. Terima kasih banyak2..
So, bayangkan ler.. wat pertama kali pergi Pesta Floria tu.. tahap kejakunan nya macamana.. melampau tu terujanya..eheheheh..
Kita orang gi satu bas.. kena duduk satu malam kat hotel sebelah Alamanda Putrajaya..



Nama hotel yang aku duduk.. The Everly Hotel..


 Pemandangan luar bilik hotel pada waktu senja.., dan kat bawah ni pulak pemandangan yang aku ambik waktu pagi.. 



 Masa lawatan... 



 Kat atas ni adalah gambar pokok bunga lily.. pokok tema untuk Pesta Floria tahun ini..
Bila tengok pokok bunga ni.. aku teringat saat aku membelek pokok bunga plastik ni kat kedai Aiwah Enterprise Kota Tinggi dengan emak.. sama ler patten bunga tu dengan yang asli kat atas.. eheheh

 Bersama-sama kengkawan melawat rumah salji.. iye ke nama dia macam tu.. ke aku yang dah terlupa..!








 Aku sempat jugak melihat keputusan pertandingan orkid terbaik.. Wow.. cantik tu.. mesti mahal..Nasib baik emak tak de.. kalau tak teruk aku nak memimpin emak bawak balik rumah.. Sebab aku rasa emak mesti kena sawan.. sawan orkid.. huhu



 Sempat jugak melawat ruang pameran untuk hiasan-hiasan yang dibuat oleh wakil dari negara luar....  sapa sangka pokok yang selalunya aku tak pandang walau dengan sebelah mata.. bila dijadikan hiasan boleh nampak cantik dan elegan.. kreatif sungguh mata dan tangan orang seni ni.. kagum aku !

Ni pulak pokok bunga yang aku beli untuk dibawak balik.. ya ya ah.. aje Nina ni.. macam tak caya aje aku boleh ada simpan niat nak bela pokok bunga ni.. selain aku beli untuk emak dan emak.. aku ada dua emak yang tercinta.. ehehe.. 
Aku membeli jugak untuk diri aku.. ecehcehceh.. confident aje aku nak membelanya..
dan sudahnya.. incik suami jugak yang jadi tukang siram pokok tu..Apa taknya.. aku asyik lupa aje..
Bantut ler pokok tu.. dari saat beli sampai sekarang macam tu aje.. tak bertambah daunnya..
Nampak gaya lambat lagi ler.. pokok tu nak mengeluarkan bunga yang cantik macam gambar kat atas..
Ntah apa2.. Mimpi aje ler Nina!

Ahad, 19 Julai 2015

AKU yang Berkira...

Eheheheeh..
Dah 4 tahun aku duduk kaunter.. satu tempat yang suatu masa dahulu tidak aku rela menerimaya.. 
Iye ler.. apa taknya.. duduk kat kaunter ni aku melihat tak ada kelebihannya.. ni citer kaunter kat tempat aku ler.. tempat lain aku tak tau..
Sepanjang duduk kat kaunter ni.. aku tak de waktu rehat.. yang 15 minit tu pon tak de.. sampai hati sungguh bos kat KEJORA ni.. tak pandang pon isu aku yang susah nak cari orang ganti
Cuti pon berkira.. bukan kerana aku tak ada cuti tahun.. ada.. wajib untuk orang kerajaan kan.. yang aku maksudkan.. time aku nak bercuti aku kena kawtim dengan pengganti.. dan selalunya aku kalah ler.. dah aku yang duduk kat sini kan.. Cuti Raya tak pernah dapat sambung.. kalau aku nak cuti Raya kena ambik cuti sebelum Raya.. kesian sungguh ler
Malah aku balik keja tak pernahnya tepat.. paling cepat aku balik ialah setengah jam selepas abiss waktu keja.. kalau hari khamis lagi teruk.. iyeler kitaorang yang keja kat johor ni.. dapat balik pukul 3.30 petang.. tapi aku balik macam biasa aje.. sebab? sebab time khamis ler orang menderu datang kat kaunter membayar segala apa yang patut dibayar.. macam takut cuti hujung minggu selama 2 hari tu akan menghabiskan duit diaorang.. sampai aku jammed.. 
So, rasanya mimpi paling indah bagi aku ialah dapat balik keja awal.
Paling sadis aku bukannya dapat claim OT.. sebab bayaran OT hanya akan dibayar bila kerja lebih masa tu adalah dalam tempoh 1 jam! Cehhh..
So, aku belajar menjadi seperti Sesumpah.. yang boleh mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling..
Bila tahu yang sia-sia aje aku bercakap pasal isu aku ni.. iye ler isu kecik aje kan.. sekadar tak makan waktu rehat.. bukan bleh bawak mati pon.. itu aderlah suara sumbang yang makin menyumbangkan rasa sakit hati aku.. Aku atur balik cara hidup aku di kaunter ni.. demi nak cari rezeki dan keberkatannya..,
Setakat ni boleh ler, bila kita redha dan ikhlas.. seperti kata Leonard Raden Ryszard " Urip Iku Urup" Hidup Itu Nyala.. Maksudnya sebaik hidup adalah dengan memberi manfaat kepada orang lain di sekitar kita. makin besar manfaat yang boleh kita bagi, tentu hidup kita lebih positif..   Aku dah tak kisah.. Aku sentiasa berusaha memandang semua yang berlaku dengan pandangan positif.. Walau aku tenggelam di kalangan rakan sekerja.. Iyer apa jua aktiviti oleh jabatan yang diatur time keja memang aku tak dapat joint.. lain ler kalau waktu cuti.. tapi itupon aku berkira jugak.. time cuti adalah time aku selesaikan semua perkara yang aku tak dapat selesaikan time aku keja.. iyer ler.. rakan2 sekerja boleh aje nak urusan isu personal time keja kan.. aku tak bleh.. kaki dah dipaku dikaunter dari pukul 8.00 pg hingga abis keja 5.30ptg, So, ramai rakan yang dah lama tak melihat aku, malah ada yang ingat aku dah berhenti keja.. sadis sungguh!
Tapi aku dapat ramai rakan baru yang terdiri dari penduduk sekitar.. nak2 aku ni bleh tahan peramah... 
Citer pasal kerja aku.. duduk kat sini aku jadi manusia yang berkira.. iyeler KEJORA yang mengajar aku untuk bersikap berkira.. kalau ada orang datang selepas waktu urusniaga aku tamat.. memang aku tak melayan ler. Agaknya dia orang geram.. siap buat aduan lagi. , tapi aku wat bodoh aje..
Last2 PRO sangkutkan satu gambar.. kat depan kaunter.. SENTAP ooo bila membacanya..


Ceh... KEJORA ni.. pandai pulak nak manipulasikan keadaan.. Aku tahu ler pepatah jawa selalu sebut " Customer Is Always Right".. tapi kena jugak ambik kira perasaan dan kebajikan yang jaga kaunter ni.. Aku ni bukannya robot! Aku marah ni... dan aku masih tegar dengan prinsip aku.. kerana itu.. aku buat bodo aje walau kekadang hati sentap jugak bila terpandang gambar tu..
Tapi nak dijadikan citer..
Suatu hari tu.. ntah tetiba aku jadi rajin menguruskan seorang hamba Allah ni.. ntah, tetiba aku rasa kasihan.. terpikiq dalam hati, bila tengok alamat surat-menyurat dia dari Melaka, nak bayar cukai harta untuk rumah dia kat Penawar.. kesian pulak.. Masa tu mesin kaunter belum lagi "close akaun".. walau waktu sudah menginjak ke pukul 5.00petang, aku terima jugak bayaran yang dia buat..
Hilang sudah sikap suka berkira aku... dah selesai aje urusan dia.. hati aku rasa lapang dan puashati.. tak tau kenapa.. bila aku pandang kat gambar dan membaca ayat "Integriti Adalah Membuat Perkara Baik Walaupun Tidak Dilihat Orang".. aku rasa sangat2 berpuashati..
Ceh... jangan  ler lepas ni.. akan ada lagi pelanggan yang datang lambat dari waktu urusniaga.. kesian ler kat aku. ni.. Ceh.. datang balik prinsip suka berkira ku iye.. eheheheeh

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...
Diam tak diam dah masuk Raya yang ke4.. ehehe.. macam terlupa lak..
Selamat Hari Raya....
Tahun ni aku menyambut Hari Raya dengan macam-macam isu..
Pertama.. Entah angin lintang mana yang merasuk.. aku tetiba jadi semangat menjahit.. siap belajar menjahit seluar kargo.. alah seluar yang penuh dengan kocek dan dipakai time keja untuk incik suami.. malah aku jugak sempat belajar menjahit baju kurta.. jugak untuk incik suami..
Nasib baik ler dapat cikgu yang penyabar macam Kak Gee.. Cikgu jahit aku 10 tahun lepas... sabar sungguh melayan aje karenah aku.. dalam dia sibuk menguruskan kedai belajar memandu .. dia pon sibuk mengajar aku buat paten baju dan seluar.. sama-sama tertonggeng2 mengira ukuran baju dan paten.. eheheh
Kedua.. aku tak buat kuih raya.. kelako rasanya mendengar suara terkejut adik2 aku .. iyeler selama ni aku memang rajin wat biskut raya.. resepi kuih tart, almond london, samprit, cornflake&nestum.. semuanya dalam tangan aku.. tetiba aku mogok tak nak buat.. maunya tak terkejut semua orang.. emak pon tak tercakap dah.. 
Ketiga... dah dekat 9 tahun aku kawen.. maknanya dah 8 kali sambut raya.. eh tak.. 6 kali sambut raya.. yang 2 tahun tu kena tolak time aku berpantang.. eheheh.. Belum pernah aku sibuk nak memasak ketupat, rendang, lodeh dan sambal kacang.. tetiba raya kali ni aku sibuk memasak.. Incik suami tayang muka pelik.. Nina tak demam kan? bz menanya.. iyeler dia pulak naik heran.. kot2 aku ni buang tebiat.. hampeh sungguh..
Apa-apa pun aku puashati.. apa yang aku rancang semuanya selesai.. sampai rosak mesin jahit aku kerjakan.. eheheh.. abissler aku.. kena marah dengan kak Gee.. (mesin tu dia yang susah payah carikan walau aku yang susah payah cari ongkosnya.. hehehe) 
Di Syawal ni.. 
Aku mohon maaf iye pada semua.. kalau ada yang tersinggung.. dengan mulut tak bertapis aku ni.. 
Oh yee. aku dah naik keja.. dan macam  biasa.. kat tempat aku ni.. semua kedai tutup.. so, kenalah bersarapan dengan kuih raya aje..
Pada sesapa yang nak rasa beraya dengan aku.. boleh ler dtg kaunter.. aku jamu kuih.. tapi kuih aje tau.. air bawak sendiri !
Selamat Hari Raya


Isnin, 13 Julai 2015

Seorang Shamsiah Yang Aku Kenal..

Aku kenal Shamsiah ni dah lama.. masa aku bujang dulu..
Mula-mula aku belajar pergi kerja naik bas.... inilah kawan yang sama-sama menunggu bas denganku.
Aku panggil dia Kak Sham.. kerja sebagai pembantu klinik kat Poliklinik Penawar Caw Bandar Penawar..
Hari-hari kami berjumpa.. pergi dan balik kerja
Banyak kenangan kelakar dengannya.. antaranya berlari macam kena  kejar anjing..
padahal kejor bas.. semata-mata takut kena tinggal..
Sepanjang aku kenal dia... Kak Sham ni.. dia dengan aku memanglah peramah tetapi kalau dikalangan kekawan yang lain, Kak Sham ini dikategorikan manusia pendiam, jenis tak banyak cakap.. selalu senyum aje.. Err, aku pon tak pasti apasal lah dengan aku Kak Sham ni banyak cakap.. ader aje yang nak diciterkan. Agaknya aku ni peramah kot?. Ataupun kalau aku bercakap bila otak aku jammed, mula ler keluar idea yang merapu, merepek dan meraban..Kan? kan dan kona citer lain.. Ni yg malas nak citer ni.. Bercakap pasal Kak Sham kan.. Apa yang aku tahu orangnya tak pernah marah.. walau macamana sekalipun situasi.. contohnya kami kena tinggal bas.. dia tetap senyum aje..
Aku aje yang membebel meluahkan rasa tak puas hati.. dah tak bleh buat apa.. membebel aje ler kan..
Kekadang bila aku kurang sihat dan mendapatkan rawatan kat klinik tempat dia keja.. Kak Sham senyum aje melihat aku.. iye ler nak berborak tak boleh.
Hubungan kami sebagai kawan mula renggang bila kak Sham dah tak duduk kat Air Tawar..
dan aku pulak sudah pergi kerja naik kereta.. Al maklum ler dah dapat lesen... huhuhu
Tapi kekadang aku terserempak dengan dia.. kami borak-borak jugak..
Hubungan on/off aku dan Kak Sham ni tidak merenggangkan persahabatan kami..
Malah ada kekawan sekerja Kak Sham yang terperanjat melihat aku boleh berborak mesra dengan Kak Sham.. mengetahui latar belakang hidup dia.. serba sedikit walau tak banyak.. kekadang diaorang tertanya macamana aku bleh kenal Kak Sham semesra ini sebab rakan sekerja dia beritahu yang Kak Sham ni perahsia orangnya.. tak banyak cakap dan kalau ada yang mengajak berborak.. dia cuma senyum dan mendengar aje perbualan sesama mereka tanpa menyampuk..
Sedar tak sedar dekat 18 tahun aku kenal Kak Sham..
Suatu hari.. aku terjumpa kawan sekerja Kak Sham.. mengetahui yang aku ni boleh dikata rapat jugak dengan Kak Sham.. dia beritahu aku yang Kak Sham sekarang ni sedang mendapatkan rawatan kat Hospital.. Terkejut aku!., Sakit apa??.. Barah Payudara.. Terpempan aku dengar citer tu..
Teringat kali terakhir aku jumpa Kak Sham.. 3 tahun lepas.. jumpa yang borak-borak ler.. Kalau terserempak dengan dia itu memang ler kerap..hanya say hi hi bye bye aje ler.. tak bleh borak..Dia ada cerita pasal Barah Payudara.. beria-ria suruh aku buat monogram.. tanpa aku sedar yang Kak Sham ketika itu sedang berjuang melawan penyakit barah tersebut yang ketika itu baru diperingkat awal..
Aku citer pada incik suami.. ada rasa bimbang kat hati.. so, aku ambil keputusan wat monogram.. Alhamdulillah.. keputusannya negatif..
Dan citer tentang Kak Sham luput dari ingatan aku..jauh disudut hati aku doakan dia cepat sihat.. tak sempat aku nak jenguk dia kat hospital. Lupa nak tanya pd kawan Kak Sham setakat mana kritikalnya penyakit Kak Sham tu. Aku sangka yang baik-baik sahaja. 
7 hari lepas.. pada Ramadan yang ke 21 hari.. aku terjumpa kawan sekerja Kak Sham.. selain menyapa.. ringan mulutku bertanya khabar Kak Sham.. dah sihat ke belum..
Terkejut dia.. bila aku bertanya.. lama dia pandang muka aku.. Kau tak tau iye Nina?.. Apa dia? jawab aku polos aje..
Bulan April hari tu Kak Sham meninggal dunia!.. rupanya seminggu lepas aku tau citer Kak Sham sedang dirawat di Hospital.. Kak Sham pon meninggal dunia.... Sebenarnya Kak Sham dah tenat masa tu...
Menitik airmata aku.. seorang kawan yang baik.. Iye ler selalunya orang baik-baik ini memang cepat aje kembali kepadaNya..
Aku tak akan lupakan seorang Shamsiah ni.. kawan yang tak pernah marah.. senyum aje..
Al fatihah untuk seorang Shamsiah..

Selasa, 7 Julai 2015

Marhaban Al Ramadan 2015.. Citer Tarawikh

Diam tak diam dah 21 hari  kita berpuasa.. Alhamdulillah..
Tapi ada rasa bersalah dalam hati.. janji nak bawa kakak dan adik ke masjid untuk bertarawikh nampak gayanya macam tak kesampaian..
Aku penat dan letih..
Siang dah memang sibuk dengan keja..
Malam pulak aku sibuk menjahit...
Alah.. macam tak kesampaian aje hajat nak bertarawikh.. ehehe..
Kalau kuat semangat boleh kan....
Nanti.. Insya Allah aku akan bawak jugak bebudak tu merasa bertarawikh...
Kuat Semangat.. Chaiyok ! Chaiyok!

Ahad, 7 Jun 2015

Dia Yang Ku Cinta...

Selamanya ku cinta....
Anak bulus aku..
Yang dulu pernah aku kesalkan kerana mengkembirikan ia.. errr.. ada ke perkataan mengkembirikan.. ntah.. ada kot.
agaknya ler..
huhuhu...

Tapi sekarang tak de istilah kesal di hati..
Mungkin ini yang terbaik..
Walau dah dewasa.. dia sentiasa menjadi mangsa pelukku.. cium ku..
Lupa lak.. namanya Medan.. tapi aku panggil dia Edan aje..



Rabu, 3 Jun 2015

Homestay Di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Johor

Akhirnya... semoga  menjadi happy ending iyo..
Setelah bertungkus lumus menyiapkan dan melengkap segala barangan perabot untuk kesenangan aku dan bakal tetamu yang bertandang.. tataaraa.. rumah aku akhirnya siap untuk di homestaykan..
Aku  namakan ia LANINA HOMESTAY.. Chaiyok ! Chaiyok!
Gabungkan nama aku dan incik suami.. huhuhu

So.. kepada para bakal tetamu yang budiman.. berikut adalah kemudahan yang disediakan oleh Lanina Homestay iye
- Rumah 3 bilik.. 
- Dilengkapi perabot dan kipas angin sahaja
- 2 bilik tidur.. ada katil kelamin
-1 bilik tidor hanya dibentangkan toto sahaja.. (khas untuk tetamu yang bila tidur atas katil akan ada masalah asyik jatuh katil aje).. so, kita bentang toto untuk memudahkan bergolek-golek.. huhuhu
- Peti sejuk, cerek eletrik, mesin basuh dan dapur comel
- Seterika dan papan pemuka pon ada
- Kelengkapan dapur ada jugak.. sikit aje tau !
- Astro Injoy turut ada..
- Water Heater untuk bilik air depan

Lanina Homestay terletak di alamat :
No 14, Jalan Surian 2,
Taman Desaru Utama,
81930 Bandar Penawar,
Johor

Sesapa yang berminat boleh hubungi .. Nina : 013-7715571 @ 013-7005570



Ruang Tamu 



 3 Bilik Tidur Dan kelengkapan Yang Disediakan




Ruang Makan Dan Dapur

Isnin, 18 Mei 2015

Tempahan Bantal Dari Kain Felt

Akhirnya siap  jugak !!
4 biji bantal tempahan pertama yang aku terima sempena Hari Guru..
Alhamdulillah..


Lega sungguh rasanya.. terutama bila melihat bibir si pembuat tempahan.. tersenyum lebar melihat bantal yang dia order siap dalam masa yang ditetapkan..
huhuhu

So, kengkawan, kalau ada yang berminat bleh bagi tahu iye.. 
Ni untuk bantal size 20"x15" 
Boleh hubungi.. 013-7005570 (azarina)

Sabtu, 25 April 2015

Hari Sedih Aku...

Ya Allah...
Berat dugaan ini..
Dah lah aku sedang bersedih..
Bila apa yang aku rancang menjadi tidak seperti yang aku harapkan..
Hati ini jadi bertambah sedih bila Yayat pergi..
Anak bulus aku...
Yang aku sayang sebab berperangai baik..
Tahu poo and pee kat tempat sepatutnya..
Lahir dalam rumah dan membesar jadi budak bulus
Yang comel dan memiliki sepasang mata ijoo cair yang bulat dan cantik
Aku suka ekoq Yayat yang pendek dan nampak gebu..
Aku berikan ia nama Yayat kependekan dari perkataan tahi lalat.. errr
Bukan tahi lalat sebenarnya..
Cuma satu tompok hitam comel yang terletak kat tepi hidung..
Malah nama dia dari pantun dua kerat yang aku selalu nyanyi time
hidung aku sibuk mencium pipi Yayat
" Tahi lalat "
" Tahi lalat kat tepi hidung"
" Muka bulat"
" Muka bulat minta dicium!"

Tapi Yayat akhirnya tinggalkan aku.. emak angkatnya.. adik-adik dia yang dua ekoq lagi.. iaitu si velang and timo.. malah emak dia si kitkit yang sedang berusaha pulih dari bisul yang pecah dan merebak jadi luka yang lebar kat muka dia..
Pagi tadi aku jumpa tubuh badan Yayat kat tepi jalan depan rumah aku..
kena langgar .. dengan apa aku tak tahu ler
Sedihnya aku,,
Tak kan ku lupa pandangan mata dia yang redup.... waahhhhh!!
Sakitnya tuh di sini.. dihati aku!

Ahad, 19 April 2015

Rumah Idaman Aku

10 April lepas aku balik ke Parit Lapis Mahang.. err betul ke aku eja ni???
Rumah Pak Sedara Encik Suami..
huhuhu.. biasa ler Parit Raja.. selalu hujan petang walau kat Penawar ni panas lit lit
Bab paling aku suka bila nak gi rumah Pak Sedara encik suami ialah pemandangan indah dua buah rumah yang selalu menarik perhatian aku ! Rumah kayu aje pon tapi rekabentuk dia.. wow
Kalau balik kampung.. lepas aje aku tengok rumah tu.. mulalah aku berangan.. kalaulah aku dapat rumah macam tu.. syok betul berangan.. tersengih2 sepanjang jalan.... sampai encik suami pon pelik.. apahal ni.. tersampok ke apa? huhuhu


 Ini salah satu rumah yang buat aku terpukau.. cantik tu.. ala-ala resort






 Ni satu lagi rumah yang aku berkenan.. best woo kalau ada rumah mcm ni..
ptg2 bleh ngopi2 dengan encik suami kat verandah dia.. sambil dengar nyanyian burung..
Time musim buah2an.. bleh kutip buah durian gugur  atau petik buah rambutan.. iye ler rumah  dikeliling dusun buah2an tu..




Aduh.. best betul bab berangan ni.. sedar2 dah sampai penawar.. ecececeh!


DIY Bantal Dari Felt....

Projek baru aku..
huhuhu..
Kalau rajin ler...
16 Mei ni kan hari guru... Raudhah aka kakak dah minta hadiah.. untuk bagi pada cikgu dia
errrr .. "apahal pulak kakak punya cikgu, emak yang kena sediakan hadiah?".. aku tanya pada kakak..
Terkebil-kebil mata sepet tu pandang aku.. "alah emak ni.." terus dia tarik bibir buat muncung itik sampai boleh ikat riben.. sambil tersebik-sebik nak nangis. Tu lesen besar dia dah keluaq tu.. airmata !
Teringat tahun lepas... tak bagi hadiah pada sempena hari guru.. aku lupa.. kakak pon tak ingatkan aku.. so, terbengang pulak bila kakak dapat souviener dari cikgu sempena hari guru. So, tahun ni aku wat dulu hadiah awal2.. DIY bantal dari kain felt...
Bahan2 dah beli..


Buatnya.. tak tahu lagi..
huhuhu....
banyaknya projek aku
Nanti kalau dah siap aku tunjuk iye.. 



Rabu, 15 April 2015

Sebuah Citer Homestay Untuk Rumah Jalan Surian

Dua ke tiga hari ni aku busy.. cewahh.. ayat tak bleh blah punya..
Tak de lah.. biasa ler kan setiap manusia tu dah diperuntukkan 24 jam... untuk setiap hari..
pandai-pandailah manage kan..
Aku aje yang kekadang suka menangguh kerja.. hmmm.. time kakak aka Raudhah buat  sikap suka menangguh kerja.. aku marah pulak...membebel sampai encik suami kata dia boleh mati cepat kerana terkejut.. tersentak dengar suara aku yang memetir bila membebel tu.. (ini ayat memerli aku ler tu) iyo tak.. tapi dari siapa ler si kakak tu dapat perangai suka menangguh kerja.. dari aku jugak lah kan.. ceh.. ngaku tu. Err ni sebenarnya nak citer lain.. kang dah terbabas.. Dah gi kona ikut lain pulak!
Aku nak citer ni.. lepas aku jual rumah aku kat Bandar Mas, aku beli satu lagi rumah.. kat Taman Desaru Utama.. tetiba teringin pulak nak ada rumah yang dindingnya berkongsi dengan orang lain.. cuma ada tingkap depan dan belakang aje. Ni lah manusia.. tak pernah bersyukur.. kata abah.
Aku sengih aje ler.. jeles ler tu aku ada rumah teres... cewah berlagak!
Cadangannya nak duduk.. tapi encik suami kata rumah tu jauh ler pulak dari Sekolah kakak... errr.. nak buat apa dengan rumah ni.. Aku tak tergamak nak sewakan.. Trauma aku tak hilang lagi dengan citer kat rumah lama aku dulu.
walau  hubungan aku masih baik dengan bekas penyewa lama.. tapi jauh kat sudut hati aku rasa ralat sebenarnya.. iye ler rumah aku .. dah aku yang bayar bulan2 pada bank.. tapi dia buat macam rumah dia.. ke ayat aku masa bagi kunci rumah tu dah disalahertikan? Aku cakap " tolong jagakan rumah aku ni seperti kau jaga rumah sendiri iye".. dan .. betul2 dia buat macam rumah sendiri..buat penambahan sana sini... dan aku ler yang tergamam bila tengok.. dan lagi nak menangis bila dapat surat saman dari pejabat aku.. no excuses walau aku kerja dalam pejabat ni.. amaran membuat penambahan rumah tanpa pelan!
So, aku macam serik sikit nak bagi sewa.. jadi aku dan encik suami bercadang nak wat homestay..
tu yang sibuk memanjang tu.. wat itu wat ini.. Dan rumah yang aku dapat ni.. paten siling ikut bentuk bumbung rumah..
Fening jugak kepala memikir macamana nak wat iye.. kaedah dan cara nak pasang lampu..
Nasib baik aku jumpa sorang tukang pendawaian letrik yang sanggup wat pendawaian lampu mcm yang aku nak! huhuhu
Dan sekarang ni aku sedang sibuk nak masuk perabot.. fuhh giler betul..
baru siap masuk perabot dan ada lagi yang nak aku buat..
ok gak.. baru ler aku bz sikit.. tak ler leka mengulit novel sampai lupa pada encik suami !

  Kat atas ni bilik utama..



sila  abaikan barangan yang berselerak atas meja makan iye


Haah.. ni paling best ni.. sesapa yang nak booking homestay rumah aku ni.. salah satu penawaran yang  datang dalam satu pakej.. dengan bibik sekali dan inilah bibiknya iye... adik aka Aiman.. boleh dilihat tak boleh di belek iye.. lengkap tu.
Masalahnya.. bleh ke si adik aka Aiman ni jadi bibik tukang kemas rumah.. lagi sepah ada ler.. huhuhu