Selasa, 1 November 2016

Bab 6 : Sapu Tangan Dari Saim

Tangisan Naurah yang kedengaran di telinga meruntun hati Saim. Bulat matanya merenung ke arah dua beranak yang sedang terbaring kaku di dalam bilik tidur ini. Ringan tangannya hendak diangkat untuk memaut bahu Naurah bagi memujuknya. Tapi hatinya menahan, 'Sabar Saim, sabar! Jangan diturut rasa hati nanti binasa badan' Terngiang-ngiang suara Lang Merah di telinganya.
Dari sepanjang tengahari tadi, sekembalinya Naurah Hana dari sekolah, Saim mengekorinya. Dengan niat untuk melindungi Naurah dari gangguan Pojie dan Jali. Mujurlah tadi Lang Merah membantunya, Dalam diam dan tanpa Saim sedari, sahabat sedarah dengannya itu telah melakukan kerosakan kecil pada motorsikal kedua-dua makhluk tuhan itu. Bagi Saim kecil tapi bagi Pojie dan Jali, sangat besar. Kedua-duanya terpaksa menapak sambil menolak motorsikal masing-masing yang tetiba jammed kerana enjinnya tidak boleh dihidupkan. Sehingga kejauhan Saim mendengar mulut Pojie dan Jali menyumpah seranah ntah apa-apa. Padan muka kau! getus hati Saim. Dan dia sangat-sangat berterima kasih pada Lang Merah atas perbuatan khianat itu. 
Dan kini, Saim hanya berdiri kaku memerhatikan dua beranak ini, Mujur ada hijab yang melindungi dia dari pandangan mata manusia, tapi Saim tahu dan sedar, kehadiran dia dirasai oleh Ngah Siah, wanita tua yang membantu Khatijah Yong dan mengasuh  Naurah Hana. Dan perkara itu tidak boleh dielakkan kerana selama ini, Ngah Siah lah yang menyeru Saim datang untuk menambah 'rencah ' kepada sihir yang telah dibuat bagi melemahkan kekuatan tubuh badan Khatijah Yong! Tanpa Ngah Siah sedari, mentera yang diajarkan oleh Puan Sapura, ketika dia membantu meletakkan bahan-bahan sihir ke dalam masakan atau minuman Khatijah Yong, atau saat dia menabur serbuk sihir keliling rumah kampung itu, suatu masa dahulu, Saimlah yang turut membantunya. Tapi itu cerita dahulu, cerita yang cuba Saim lupakan. Namun Saim gagal, sehingga kini Saim tidak pernah melupakan saat menyaksikan penderitaan Khatijah Yong ketika melahirkan zuriatnya. Berhari-hari Khatijah Yong menanggung derita apabila bayi yang sepatutnya dapat dilahirkan gagal dikeluarkan, seolah-olah ada tangan ghaib yang menahan. Rintihan kesakitan diselangseli dengan suara ratipan dari mulut Khatijah Yong, menyerah diri kepada Allah, redha hati dengan nasib diri, telah menyedarkan Saim. Saat itu hati Saim telah dijentik oleh rasa belas kasihan! Kerana itulah, Saim mencari Pak Tua, Penghulu Bunian bagi membantu Khatijah Yong. Tidak mudah untuk Saim mendapat kepercayaan Pak Tua, lebih-lebih lagi kerana mereka berlainan puak! Malah berlainan kepercayaan! 
Saim terpaksa berjanji menerima hukuman dan menyerahkan dirinya untuk diadili oleh Pak Tua atas perbuatannya mengkhianati dan mencemar nama baik puak Bunian. Saim rela menerima hukuman, patuh dan akur  pada arahan puak Pak Tua. Bukan itu sahaja, Saim akhirnya mengikat janji untuk tidak menghampiri atau mendekatkan diri kepada makhluk bernama manusia bagi mengelakkan dia membuat kerosakan. Dan perasaan bersalah yang menyelubungi hati menyebabkan Saim turut mengubah kepercayaan! Dia akhirnya menganut agama Muhammad SAW!
Bantuan yang diberikan oleh Pak Tua, membolehkan Khatijah Yong  berjaya melahirkan Naurah Hana. Saat Saim melihat kecomelan dan kebersihan tubuh badan bayi itu, hatinya terpaut. Saim dapat merasakan hatinya penuh dengan rasa sayang dan kasih pada Naurah Hana. Dan dia terus berjanji untuk melindungi dan menjaga bayi comel itu. Sejak itu, Saim kerap bertandang ke rumah Khatijah Yong, bukan kerana diseru tetapi untuk  melihat Naurah Hana membesar. Kekadang, Saim akan merosakkan sihir yang dihantar, nasib baik sekutu jahat yang diseru adalah Lang Merah, saudara sedarahnya. Walaupun adakalanya dia terpaksa berlawan dengan Lang Merah, tapi atas nama hubungan sedarah,  mereka akhirnya berdamai. Malah Saim tahu, kekadang Lang Merah memejamkan matanya bila melihat perbuatan Saim merosakkan ramuan sihir. Kerana itu Saim sangat menghormati Lang Merah, dia rasa terhutang budi dan nyawa. Sangat-sangat memahami dan mengerti akan pendirian Saim yang telah berubah arah ini. Bagi Saim cukup-cukuplah penderitaan yang dititipkan kepada Khatijah Yong, apalagi lah yang mereka hendak, jika hendakkan  anak lelaki mereka yang juga suami Khatijah Yong, rasanya mereka telah pun memilikinya semula, Yusuf Mahzan telah lupa jalan untuk pulang ke rumah kampung ini! Malah pulangnya kerana terpaksa! Atas dasar kasihan dan rasa bersalah kepada Khatijah Yong yang masih lagi bersisa dihati Yusuf Mahzan, itu sahaja.  Saim tahu itu! Tapi iyelah, makhluk bernama manusia ini mana ada perkataan puas! Selagi manusia yang di dendam itu tidak hancur selagi itulah bermacam cara dan kaedah akan digunakan! Dan kerana itu, Saim telah berjanji selagi kudratnya kuat, dia akan melindungi dan melawan apa sahaja bencana yang akan dititipkan kepada Khatijah Yong dan Naurah Hana! Itu janjinya pada diri sendiri.
Helaan nafas berat Saim lepaskan, dan pandangan matanya jatuh kepada Ngah Siah yang masuk ke bilik bagi mengejutkan Naurah Hana. Saim tahu, Ngah Siah juga seperti dia, hidup diselubungi rasa bersalah dan kesal, Saim sangat mengharapkan agar Ngah Siah kekal dan patuh dengan janji untuk tidak lagi menyakiti keluarga kecil yang terbuang ini.
Saim melihat tangan Ngah Siah lembut mengusap tubuh Naurah Hana, memanggil nama Naurah dengan lembut dan penuh kasih sayang. Sejuk hati Saim melihatnya. Tetapi, tiba-tiba pergerakan tangan Ngah Siah terhenti, Saim melihat pandangan mata Ngah Siah meliar ke sekitar bilik sebelum berlabuh di sudut Saim sedang berdiri. Mata Saim dan Ngah Siah bertembung pandang!
"Kau?!" Suara Ngah Siah tertahan-tahan. Mungkin bimbang didengari oleh Naurah Hana dan Khatijah Yong yang turut tertidur dalam pelukan anaknya itu. Saim sedar Ngah Siah telah melihatnya. Hijab yang melindungi diri Saim dari pandangan mata manusia kini telah tidak berkesan di mata Ngah Siah! Mungkin kerana perhubungan yang selama ini terjalin antara mereka, diseru dan datang membantu untuk membuat kerosakan!



Ahad, 30 Oktober 2016

Bab 5: Sapu Tangan Dari Saim

Pulang dari Sekolah, Naurah terus membantu Ngah Siah membersihkan ibu, penuh hati-hati dia mengelap tubuh ibu, kulit tubuh ibu yang kusam di bersihkan dengan lembut dan penuh kasih sayang. Hanya ibu sahaja yang Naurah Hana ada, ibu yang sangat dikasihi walau hanya terbaring kaku di dalam bilik.
"Anak ibu dah makan?" suara ibu lembut menyapa telinga. Naurah senyum, senang sungguh hati dia mendengar suara ibu yang lembut. Jarang sungguh ibu berkata-kata dengannya, selalunya perkataan yang keluar dari mulut ibu cuma pertanyaan tentang bapak, suaminya yang kini semakin jauh dari hidup mereka.
"Dah ibu" hanya dua patah perkataan tapi ia diiringi dengan leretan senyuman dan pandangan mata yang penuh dengan kasih sayang. Tanpa disuruh, Naurah segera mengangkat tangan ibu yang terkulai dan dilekapkan ke pipinya. Rindu sungguh Naurah dengan ibu.
"Dah besar anak ibu rupanya. Maafkan ibu kerana tidak mampu mengasuh Naurah. Semoga kuat dan tabah iye nak, Kalaulah ibu mampu.."luluh hati Naurah mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut ibu, cepat-cepat kepalanya digeleng, dia tak mampu mengeluarkan kata-kata, segala-galanya tersekat ditekak. Airmatanya menitis dan tanpa dapat ditahan-tahan, Naurah segera menyembamkan tubuhnya ke dada ibu, tangisannya  mula berlagu, lagu sedih dan penuh kesal yang tidak mampu diluahkan kepada sesapa. Dia mengharapkan seseorang mendengar suara hati dia, rasa resah pada kehidupan remajanya yang nampaknya tidak memihak kepada dia. Ingin sangat dia bercerita kisah gangguan yang diterima dari Pojie, betapa takutnya dia pagi tadi dengan perangai Pojie dan Jali.
"Biarlah airmata itu keluar sayang! Jangan ditahan-tahan, ibu ada" suara ibu perlahan dan dalam, Jauh disudut hati Khatijah Yong, dia teringin sangat nak mengusap lembut rambut hitam dan panjang milik Naurah, ingin sangat dia memeluk tubuh anak perempuannya itu, tapi dia sedar, keadaan dia yang lumpuh seluruh badan, menyekat hasrat hatinya itu, dia sendiri tidak tahu kenapa sebaik sahaja dia melahirkan Naurah, dia terus ditimpa sakit sebegini. Lumpuh dan kaku seluruh badan, hanya kepala sahaja yang mampu dia gerakkan. Ya Allah, Lindungi kami dan  permudahkanlah urusan aku dan anakku di dunia ini, doanya saban hari.
Tangisan Naurah telah reda, dapat Khatijah Yong rasakan tarikan nafas Naurah yang terasa payah, Dan dari sudut pandangan matanya, Khatijah Yong melihat mata sepet anaknya yang terpejam rapat. Tidur rupanya Naurah. Dibiarkan sahaja posisi tubuh Naurah yang tersembam dan memeluk tubuh kaku dia di atas tilam.
Tiba-tiba Khatijah Yong rasa rindu, rindu kepada suaminya, Yusuf Mahzan, Lama benar dia tidak melihat kelibat suaminya itu di dalam rumah ini. Terasa jauh sungguh hati dia, jika dahulu, sanggup Yusuf Mahzan berjuang mempertahankan cinta mereka, tegar melawan kehendak keluarga dan berdepan kemarahan ayahnya, Tuan Wang Yong, peraih susu getah yang boleh dikatakan kaya cuma berbeza bangsa dan agama.Apa taknya, satu-satunya anak perempuan keluarga Wang Yong, telah berpaling tadah semata-mata kerana cinta. Terlupa terus Khatijah Yong pada keluarga dia dan kesan yang timbul hasil tindakan dia dan Yusuf Mahzan. Pujuk rayu Yusuf Mahzan, menyebabkan dia rela mengikut kehendak lelaki itu, menukar agama dan akhirnya berkahwin kerana yakin cinta mereka suci dan agung. Dan akibatnya, Khatijah Yong terus dibuang keluarga, marah dengan tindakan si anak perempuan yang dikira telah menconteng nama baiknya, Tuan Wang Yong akhirnya memadam terus nama Khatijah Yong dari salsilah keluarga, bukan itu sahaja, seluruh ahli keluarga Tuan Wang Yong turut keluar dari kampung ini, meninggalkan Khatijah Yong sendirian.
Dan benarlah cinta itu buta, melayari bahtera hidup bersama Yusuf Mahzan, Khatijah Yong akhirnya menyedari lelaki yang dia kenali sebagai seorang pengurus Kilang Sawit ini bukan sahaja berjawatan, tetapi sebenarnya adalah pemilik kilang sawit itu, bukan sahaja bakal mewarisi harta dan tanah yang banyak tetapi juga memiliki seorang tunang yang diikat sedari kecil bagi mengelakkan harta itu jatuh ke tangan orang lain.
Terpempan dan terkejut dengan apa yang diketahui, bermulalah kehidupannya yang penuh dengan air mata. Khatijah Yong tidak diterima dalam keluarga Yusuf Mahzan, Seringkali bangsa dan keturunan dia disebut-sebut dan dihina, dipandang jijik oleh keluarga Yusuf Mahzan, lebih-lebih lagi oleh ibu mertuanya, Puan Sapura.  Tidak lama kemudian Khatijah Yong mengandung, sepatutnya berita itu menjadi berita gembira, tapi percayalah hanya Yusuf Mahzan dan Khatijah Yong sahaja yang meraikan berita itu dengan sujud syukur. Sepanjang kehamilannya,   kesihatan Khatijah Yong mula merosot, bermacam masalah mula menimpa wanita ini, Khatijah Yong tidak mampu untuk berdiri dan hanya mampu terbaring sepanjang tempoh kehamilan. Ketika itu, bertebaran khabar angin yang mengatakan anak yang dikandung oleh Khatijah Yong ini pembawa sial dan malang, lebih-lebih lagi, ketika itu kegawatan ekonomi mula melanda, dan kilang sawit yang diuruskan oleh Yusuf Mahzan mula dilanda masalah. Kasihan melihat isteri yang tertekan dan demi kebaikan keluarga kecil ini, Yusuf Mahzan berpindah duduk di rumah kayu berekabentuk kampung dan comel,  yang dibina dengan duitnya sendiri, di dalam kebun getah, jauh dari pandangan penduduk dan keluarganya, agar isterinya tidak mendengar umpat keji dan caci maki yang dihamburkan.
Tapi rupanya dugaan mula melanda, ketidakmampuan Khatijah Yong menguruskan rumahtangga dijadikan alasan oleh keluarga mentuanya untuk memujuk Yusuf Mahzan berkahwin dengan tunangnya sejak kecil. Pada mulanya Yusuf Mahzan enggan, tapi tekanan dari kelurga dan ditambah dengan desakan dan pujuk rayu tunang, akhirnya dia akur. Dengan  segala janji bahawa cinta mereka tetap utuh, Khatijah Yong akhirnya merelakan suaminya dikongsi dengan seorang wanita lain, Pada mulanya Yusuf Mahzan dapat melaksanakan tanggungjawab beristeri dua ini dengan adil, Khatijah Yong tidak merasakan kekurangan layanan, jika bukan giliran dia, Yusuf Mahzan menitipkan Ngah Siah, salah seorang pembantu keluarganya untuk menjaga Khatijah Yong.
Dan bila Naurah Hana lahir, keadaan kesihatan Khatijah Yong juga semakin merosot, dia lumpuh sepenuhnya, hanya mampu mengangkat kepala sahaja. Kaki dan tangannya turut kaku dan beku, berat seumpama batu. Segala urusan menjaga anak dan dirinya diserahkan kepada Ngah Siah. Semakin lama, Yusuf Mahzan semakin jarang kelihatan, mungkin kerana ketidakmampuan dia memberi layanan zahir dan batin kepada Yusuf Mahzan menyebabkan jurang kasih semakin lebar dan cinta mereka semakin pudar. Dan kini, Khatijah Yong sedar, cinta Yusuf Mahzan telah sirna, hilang kepada Siti Zaila, isteri barunya yang juga tunangnya sejak kecil, yang lebih disayangi dan dialu-alukan kehadirannya dalam keluarga Yusuf Mahzan, lebih-lebih lagi Siti Mariam telah memberikan anak-anak untuk menjadi penyeri dalam keluarga mereka. empat orang anak. Satu tanggungjawab yang besar tergalas dibahu Yusuf Mahzan hingga dia lupa pada Khatijah Yong. Dan Khatijah Yong sedar kini, rasa yang ada dihati Yusuf Mahzan cumalah  rasa kasihan dan tanggungjawab. Bukan lagi cinta, untuk membuang dia dalam hidup Yusuf Mahzan, adalah mustahil kerana Yusuf Mahzan lah yang telah menyebabkan Khatijah Yong dibuang keluarga, hendak tak hendak Yusuf perlu 'menyimpan' Khatijah Yong, Rela dalam terpaksa.
Perlahan-lahan airmata luruh dari pipi Khatijah Yong, Sebak dan kesal menghantui diri, Tertanya-tanya dalam hatinya, adakah ini khilaf dia, meninggalkan keluarga atau dalam erti kata menderhaka kerana cinta. Tetapi dia bukan membuang mereka, dia diberi Taufik dan Hidayah untuk memeluk agama islam dan Yusuf Mahzan cuma penguat semangatnya. Itu sahaja, jauh dilubuk hati yang paling dalam, kasih dan sayangnya pada papanya, Tuan Wang Yong dan adik-adiknya tidak pernah berubah. Malah semakin hari dia semakin rindu. Ingin sangat dia menunjukkan Naurah Hana, zuriatnya kepada keluarga Tuan Wang Yong. Dia mahu Naurah Hana mengetahui susur galur keluarga mereka, lebih-lebih lagi dia mengetahui yang anak perempuan nya ini tidak diterima dalam keluarga suaminya.
Dan dia yakin Yusuf Mahzan juga tidak mengasihi anak perempuannya itu. Dia tahu melalui perbualan antara Naurah dan Yusuf Mahzan lewat kelmarin dulu. Aduan yang terlontar dari bibir mungil Naurah Hana, gangguan yang diterima dari Pojie diadukan pada Yusuf Mahzan, Hati Khatijah berdebar-debar memikirkan keselamatan anak perempuannya itu. Tapi dia hampa bila mendengar jawapan suaminya, Satu kata-kata sinis menolak aduan si anak dan tidak percaya akan cerita buruk anak saudara belah isteri barunya itu. 
'Ya Allah, lindungi anakku dari manusia berhati iblis' doanya saban waktu. Khatijah Yong tahu Ngah Siah juga nampak bimbang, kerana itu, seringkali dia menyuruh Ngah Siah menunggu Naurah di hujung jalan, mengiringi langkah kaki si anak perempuannya sehingga jejak di pintu rumah! Tapi kudrat seorang perempuan tua bukanlah sekuat mana, kerana itu Khatijah Yong mengharapkan keajaiban, Semoga Allah menghantar seseorang yang mereka percayai untuk melindungi Naurah Hana, tapi rasanya permintaannya itu mustahil. Sangat-sangat mustahil. Kerana  Khatijah Yong tahu, rumah kampung di dalam kebun getah dan terletak jauh dari pandangan di hujung kampung, menyebabkan mereka terpisah dari dunia luar. Mereka tidak memiliki jiran, sebab ketika rumah ini dibuat, Yusuf Mahzan berjanji melindungi keluarga mereka dari gangguan manusia! Yusuf Mahzan telah membina satu dunia untuk mereka, dunia yang kononnya selamat kerana Yusuf Mahzan ada. Tapi itu cerita dahulu, saat hidupnya manis dan berbau wangi!
Luruh lagi airmatanya, matanya tunak merenung wajah anak, yang sedang lena tidur di atas dadanya. wajah anak yang banyak mewaris irasnya, sepasang mata bundar yang sepet kelopak mata, kulit putih gebu, bibir ulas penuh tetapi berhidung mancung, yang diwarisi dari Yusuf Mahzan. 
Khatijah Yong berusaha mengangkat tangan kanannya, teringin sungguh dia untuk mengusap dan memeluk anaknya itu, Berat sungguh tangan dia, seberapa daya dia berusaha, peluh mula merinik di dahi. Tapi dia cuba, dia akan cuba, mesti cuba kerana dia ingin Naurah tahu yang dia akan melindungi Naurah Hana, satu-satunya anak perempuan nya ini dari segala merbahaya di dunia ini. 
Dan di balik dinding bilik, Ngah Siah memandang usaha Khatijah Yong dengan linangan air mata, walau tanpa sepatah kata, Ngah Siah tahu, apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati Khatijah Yong. Terlalu lama mereka bersama, mengharungi hidup di rumah kampung comel di dalam kebun getah ini. Jika dahulu, Ngah Siah hadir cuma sebagai pembantu, yang dihantar oleh Puan Sapura dan dalam masa yang sama memainkan peranan memporak perandakan kehidupan keluarga ini, Ngah Siah tahu kenapa Khatijah Yong jadi begini! Ditimpa sakit lumpuh, kaki dan tangan beku dan kaku. Dia tahu kenapa dan siapa yang membuatnya. Bila hati dipenuhi dengan dendam dan amarah, lupa pada takdir yang telah tertulis sebelum manusia itu sendiri lahir,  manusia akan sanggup berbuat apa sahaja termasuklah bersekutu dengan syaitan, itulah yang telah menimpa Khatijah Yong, Marah dengan perbuatan Yusuf Mahzan yang sanggup membelakangkan keluarga, geram kerana Khatijah Yong lah penyebab hubungan dua keluarga berantakan, keluarga mentua Khatijah Yong sanggup menggunakan cara halus memusnahkan rasa cinta yang tersemai di dalam jiwa suami isteri ini, Kesudahannya seperti yang dia lihat kini. Rasa kesal menggunung apabila melihat penderitaan Khatijah Yong dan kini derita itu turut diwarisi oleh Naurah Hana, anak perempuan Khatijah Yong dan Yusuf Mahzan yang telah dianggap sebagai cucu sendiri. Rasa kesal mengunung kerana menyedari dia adalah salah seorang yang menyebabkan penderitaan kepada Khatijah Yong. Ngah Siah rasa berdosa, lebih-lebih lagi pada keluarga kecil itulah dia menumpang kasih kini, setelah kudratnya tidak lagi diperlukan oleh Puan Sapura kerana faktor usia.  Dahulu dia membenci Khatijah Yong kerana dihasut oleh Puan Sapura,  Tapi kuasa Allah, demi masa, segala -galanya berubah! Kini, rasa sayang dan kasihan yang dititipkan dihati mengatasi segalanya.
Dan Ngah Siah mula menyedari, betapa kuatnya cara halus yang telah digunakan oleh Puan Sapura, hingga kini khadam-khadam yang digunakan sentiasa bergentayangan di dalam rumah ni. Ngah Siah tahu mereka selalu diperhatikan. Kelibat-kelibat yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi dapat dirasai kehadirannya selalu kelihatan keluar masuk di dalam bilik tempat Khatijah Yong terbaring kaku! Ya Allah, Ampuni dosa aku, lindungi Khatijah Yong dan Naurah Hana, doanya selalu. Doa yang selalu dititipkan saat selesainya solat fardhu dan solat sunat yang dibuatnya. Cuma kini, nalurinya seakan terdetik, salah satu dari khadam itu seolah-olah datang untuk melindungi mereka, Ngah Siah pernah melihat, kelibat seorang lelaki berupa paras menarik kelihatan memandang wajah Khatijah Yong dengan pandangan sedih dan kesal, seperti dia. Apakah doa dia makbul? jauh disudut hati, mudah-mudahan Allah membalikkan hati salah seorang khadam itu untuk memihak kepada keluarga kecil ini sepertimana hatinya kini. Dan Ngah Siah tahu, tiada yang mustahil. Kun Fa Ya Kun, kerana itulah janji Allah. 





Sabtu, 29 Oktober 2016

Ulasan Novel Rooftop by Farrah Izzlorna...

Aku tertarik dengan novel ini setelah dicadangkan oleh Anna Lee.. penulis kegemaran aku.. yang paham minat aku pada bacaan bergenre macam ni .. huhuhuhu..
Dah pon membaca 4 bab pertama dalam wattpad.. rasa tak puas, so aku minta bantuan Sis Ogyejaz untuk mendapatkan buku ini secepat mungkin.. Chaiyokk ler kak Ogyejaz.. cepat dan tepat giteww.. thanks sis!
Secara jujur... cerita ni lain dari lain! Manusia boleh berkomunikasi dengan roh!... Sebenarnya, aku pun ada keinginan nak alami situasi macam Aya ni, tapi aku ngeri pulak.. kalau roh yang handsome dan jambu macam pelakon korea tu boleh lah jugak kan.. Tapi kalau sebaliknya? Matilah hakak!
Tapi aku tabik dengan Aya... tak takut langsung dia dengan keadaan  K. Muka bengkak dengan mata kiri yang sepet dan bengkak dan hampir tertutup, serta bibir dan mulut yang pecah. Kulit lengan yang kebiru-biruan, baju yang koyak rabak dan lusuh..  K datang dalam hidup Aya bila mereka terjumpa di rooftop, rumah pangsa 14 tingkat tempat Aya duduk menyewa bersama-sama kekawan seuniversiti.. Lupa lak, Aya ni budak U, ambik course Law dan dalam masa yang sama bercita-cita menjadi penulis novel. Tapi malangnya dah 3 kali manuskrip dia ditolak oleh syarikat penerbitan, kecewa dan hampa menyebabkan Aya naik ke rooftop untuk menenangkan fikiran dan ketika itulah dia berjumpa K yang Aya percayai adalah roh orang yang telah mati dalam keadaan menderita.
Sebab apa dikata macam tu, sentuhan ke tubuh K, walaupun cuma libasan angin akan menyebabkan Aya moody, sedih dan mengalirkan airmata!
Pada aku, bab Aya dan K sepanjang bab 1 hingga 24 memang kelakar! Aya dikatakan  mengalami tekanan perasaan oleh kekawan serumah dan seuniversiti kerana sering dilihat bercakap sorang-sorang, walaupan Aya berusaha coverline dengan sentiasa memasang earphone kat teling, konon-kononya dia sedang berinteraksi dengan seseorang di handphone, sedangkan semua kawan-kawan Aya tahu yang dia seorang gadis yang suka bersendirian!
Bersama K, Aya meneroka dunia secara bebas, belajar menari dengan K, pandai berlakon, contohnya bila disergah oleh K di kedai buku, Aya yang menjerit terpaksa menerangkan dia teruja bila menjumpai buku idaman hati kepada jurujual yang menegur kenapa Aya menjerit. Aku tak tahan gelak..
Mereka bersama ke mana sahaja, Walau pada mulanya Aya tak rela si K asyik menempel dengan dia.. akhirnya Aya seronok kerana selain dari dia dapat kawan, K juga membantu untuk dia menghadapi keadaan di reject oleh Fikri, si crush yang Aya minat dari tingkatan 1 lagi.. Siap buat buku sebagai tanda cinta pada Fikri.. Oh ya, novel karya Aya tu dapat diterbitkan dan Aya sangat berterima kasih pada K yang membantu dia dalam membuat novel cinta untuk Fikri. Dan paling mengejutkan, kerana K, hubungan Aya dengan di Andrian yang selama ini berantakan, Andrian, si abang tiri Aya akhirnya menjadi baik dan mesra hanya kerana Andrian juga mampu melihat K, kata Aya, kalau orang tak tau kelebihan Andrian yang boleh melihat hantu, mesti Andrian tergolong dalam senarai bakal doktor yang kacak!
Dan tanpa diduga, mereka, Aya dan K saling jatuh cinta! Aya yang berusaha untuk menafikan perasaan sendiri kerana dia sentiasa percaya dengan realiti, cinta itu sepatutnya tidak wujud untuk hantu atau roh! Dan K, yang terang-terang menunjukkan perasaan cintanya, dengan sikap penyayang, ambil berat, perihatin dan melindungi, paling ketara, sikap cemburu pada lelaki disamping Aya, pada Fikri dan kawan-kawan satu course Aya! So, sweet... huhuhu
Kesudahan cerita ini sangat-sangat mengejutkan, Siapa K yang sebenarnya.. semuanya terjawab. Walaupun kisah Aya dan K ini berlanjutan hampir 3 tahun, tapi akhirnya semua perkara yang menjadi tanya tanya telah terdedah.
Walau cerita ni kesudahan nya tak menggembirakan aku, sebenarnya aku rasa macam novel tu perlu dipanjangkan lagi kisahnya.. err, sebenarnya tak puashati sebab baca novel ni macam pendek aje ceritanya... maknanya apa tu? Maknanya cerita Rooftop ni best. Aku bagi 5 bintang! Terima kasih pada penulis yang berjaya melahirkan cerita yang lain dari lain. Pada yang berminat, carilah Rooftop di Prolog Media..

"Sesungguhnya Kebaikkan Juga Boleh Membunuh!..  Adam Khaleef

Isnin, 24 Oktober 2016

Nilai Kasih Seorang Anak..

Aku sedang 'tersentuh' sekarang..
Ada rasa sedih dan terbuku di hati, dan ingatan aku kuat pada emak aku.. seorang perempuan yang paling aku sayang..
Hari ni , macam biasa aku memang ada kerja tetap, menjengah kekawan di bank yang terletak kat depan pejabat aku, biasalah... tugas seorang kerani kaunter, membank in kan pendapatan yang diterima sebelum akaun urusniaga di tutup. Dan macam biasa, muka sejukbeku aku pamerkan, mood malas nak tegur orang, kononnya lah, sebenarnya aku geram pada diri sendiri sebab sudah terlupa nak bawak hp, bukan sahaja hp tertinggal, novel yang selalunya aku baca sambil menunggu nombor giliran aku dipanggil pon dah tertinggal, tak dapatlah aku berangan, oh ya hp tu bukan nak melayari internet iye kekawan, aku bukannya gila hp, tak de pon tak pe, yang aku gilakan ialah games yang aku downloadkan dalam hp aku tu.. game 'fruits tiles' huhuhu..
So, nak mengubat hati yang lara, cewaahh, aku pon mulalah dok perhati kan orang disekeliling aku yang turut ada urusan di kaunter, aku duduk dikerusi tengah  yang diapit oleh seorang perempuan tua di sebelah kiri dan kanan aku seorang wanita yang rasanya sebaya aku dan sedang leka dengan hpnya.
Bila satu nombor giliran dipanggil, tetiba perempuan muda disebelah kanan aku bersuara, "Emak, no emak dah dipanggil tu, cepatlah bangun gi kat kaunter" gesa dia dengan suara kuat. Aku pon tolehlah perempuan tu, sapa pulak emak dia ni? dalam hati dah tertanya-tanya.
Perlahan-lahan perempuan tua sebelah kiri aku bangun, menyeret kaki ke kaunter, Lorr.. emak dia ke? Sampai aje perempuan tua tu ke kaunter, wanita muda yang kat sebelah aku, bangun dan terus keluar, Lahhh.. dia tinggalkan emak dia macam tu aje, berurusan sorang-sorang kat kaunter, Nasib baik si Ema, budak kaunter tu baik melayan. Tersentak aku. Tetiba ada satu 'rasa' tertusuk dihati.
Kalaulah perempuan tua tu emak aku.. kalaulah emak aku, hisshhhh... aku mengaku aku ni memang tukang sibuk, Kalau ada urusan yang melibatkan emak, aku memang busybody, tukang sibuk, tukang tanya dan tukang seret emak..
Emak citer pasal derma wakaf, akulah tukang cari info, isi borang semua sekali nama kaum kerabat emak untuk buat derma wakaf, asalkan hati emak senang, kwsp.. emak susah hati tak de penama, aku tukang bawak.. asalkan hati emak senang, dan aku sangat-sangat-sangat susah hati  untuk melepaskan emak gi umrah sorang diri, doa aku mengiringi langkah kaki emak, hati aku berat masa melihat emak gi umrah.. sebab aku tahu tak de tukang sibuk melayan emak, dan kaki emak pon tak kuat sangat. Tapi bulat hati aku berdoa, aku serahkan emak pada jagaan Allah.. semoga emak selamat pergi dan selamat balik. Alhamdulillah.. selamat pon emak pulang ke pangkuan aku.. Legaa sangat aku.
Itulah, tak tau nak cakap apa.. nilai kasih aku pada emak, tak de harganya, sangat mahal, segala cinta untuk emak asalkan emak gembira, sebak aku bila melihat perempuan tua tu terkial-kial buat segalanya seorang, sementara perempuan muda yang memanggil dirinya emak hanya pandang dari jauh! Aduh.. sebaknya aku! Hilang terus mood aku nak senyum lebar... tetiba aku jadi rindu pada emak. Hadiah untuk emak Al Fatihah.. semoga emak gembira hari ni.. senang hati ! Aku tahu sebab kami sentiasa berbalas mesej.. Alhamdulillah!



Selasa, 13 September 2016

Cerita Sebuah jam Dinding...

Hi...
Err sebenarnya aku tertarik dengan perumpamaan tentang jam dinding ni..
Dapat kat FB.. dan terima kasihlah pada sesapa yang bijak pandai yang pada aku telah berjaya membuat perbandingan kenyataan hidup manusia dengan jam dinding ni.. Satu kiasan yang pahit!
Pada yang tak terasa, mungkin akan anggap cerita jam dinding dan fungsinya ni, biasa2 aje.. tapi pada yang menghadapi situasi sama seperti jam dinding ni.. membaca bait-bait kata yang tertulis, ada rasa sebak di dada, ruang dada jadi sempit dan tarikan nafas jadi perlahan, ayat makan dalam sungguh.. nak diluah tak de sapa nak dengar kan.. So hayatilah iye.. Moga jadi iktibar dan pada yang menghadapi situasi macam Jam Dinding ni.. bertabahlah iye, semoga sentiasa kuat, Allah ada!



Nota Lutut :
Ni bukan kisah aku iye.. tak de kena mengena dengan aku.. 
Haip.. haip.. haip.. apa tu, kutuk aku dapat dosa, jenuh karang nak cari aku kat Padang Mahsyar.
Dah aku kata.. cerita Jam Dinding ni tak de kaitan dengan aku! Cis!Cis!Cis!

Isnin, 22 Ogos 2016

Jangan Tanam Pokok Buahan Pada Hari Rabu...

Erkkk.. Terkejut aku dengan statement kat atas..Apa salah dengan hari rabu?
Rupa-rupanya.. ini adalah petua orang lama.. terutama untuk pokok buahan..
Tolong jangan tanam ia pada hari Rabu.. nanti tak berbuah..ooo.. aisyeh.. boleh pulak gitu ???
Petua ni aku dapat dari kawan baru  aku.. makcik Nursiah  yang aku jumpa masa sama-sama menunggu nama dipanggil untuk jumpa doktor kat klinik kesihatan bandar penawar ari tu..
Dan hari paling best dan digalakkan untuk menanam pokok buahan ialah hari khamis, sabtu dan ahad
Insya Allah.. kalau tanam pokok buahan pada hari yang tersebut.. pokok akan berbuah lebat.

Statement tu buat aku termenung panjang.. sampai rumah.. turun aje dari kenderaan, aku terus belek pokok pelam aku sampai Incik suami jadik pelik.. apahal ni pulak.. dapat jampi apa tetiba ngadap pokok pelam? Tanya dia .. tulus dan lurus aje..

Berkerut-kerut dahi aku dok memikiq hal pokok pelam ni yang aku tanam sempena kelahiran Raudhah aka kakak.. hari apa iye ?... jangan2 hari rabu.. sebab tu dia segan nak berbuah..
Abiss ler aku... kesian Raudhah, sampai ke tua ler tak dapat merasa buah dari pokok pelam yang aku tanam sempena kelahiran dia... sadis woooo


Ini ler pokoknya... walau tak berbuah, dia rajin berdaun.. lebat sungguh... dan kemetot aje pokoknya,...



DUIT SYILING MALAYSIA TAHUN 1967

Hi....
Aku tak tahulah sejak bila aku tercebur dan jatuh suka dalam projek menyimpan duit syiling ni..
Mungkin minat ni bermula bila aku terlibat dalam pengiraan duit syiling yang diterima oleh Tandas/Bilik Bilas Tg Balau... oohhh untuk pengetahuan, pengurusan tandas tu dibawah seliaan pejabat aku.. dan pada setiap awal minggu waktu bekerja, aku akan menerima duit syiling untuk dibank inkan ke dalam bank.. kiranya kutipan tandas/bilik bilas yang dibuat pada hari semalam akan aku terima dan seperti biasa aku akan dipertanggungjawabkan untuk mengira dan memeriksa duit syiling tu.. bukannya apa, adakala duit syiling dari negara Indonesia, Thailand dan Singapura turut berada dalam kelompok duit syiling tu, malah token pon ada.. apa daaaa.
So, sebagai tukang belek duit syiling (ada ke jawatan tu?) aku memang banyak koleksi duit ntah apa2 tu... tapi kali ni aku betul2 tertarik, dah lama aku cari syiling tahun 1966.. tak de, rupanya sejarah duit syiling Malaysia ni bermula pada tahun 1967, so, akhirnya aku jumpa jugak.. jeng-jeng.. dak kira orang kata duit ni biasa2 aje.. bagi aku luar biasa pasal, umur duit ni dah hampir sebaya dengan incik suami.. huhuhu.. baru terasa dia tua... ciaciacia..



Kata kengkawan duit ni ada harga.. 
Errr aku tak tahu tapi kalau ada yang berminat nak membeli, bolehlah cuba-cuba hantar pantun pembuka kata... mana tahu aku boleh jawab.. 


Sabtu, 20 Ogos 2016

Potluck Dekat Pejabat....

Ni cerita dah basi dah... Tapi x kira, aku nak cerita gak... bukannya apa, takut aku lupa.. err sebenarnya aku ada masalah dgn ipad aku.. tak bleh post gambar kat pages berkenaan dengan Cheesecake Zarin.. dah semua 'sangkut'..
Tapi x pe, ni ada cerita yang aku kumpul kan...
So, kita mulalah iye..
2-3 sebelum raya abiss, pejabat aku ada buat potluck jamuan raya, alah jamuan kecik2 aje, panggil kekawan makan, so, aku sangat berbesar hati menyumbangkan Cheesecake aku ni,  bagi kekawan rasa dan jamah... mudah2an murah rezeki aku..




Cheesecake Zarin

Aku ada jual cheesecake...
Taraaaaaaaaa...

Khas untuk penduduk Bandar Penawar
Tapi kena buat tempahan awal...
Kalau beminat.. Sila hubungi :
013-7715571  
 @ 
013-7005570 (wssup only)
(Nina)
Rega sebiji cuma RM25.00 aje...

Sabtu, 13 Ogos 2016

Sunyinya hari ini.....

Ehehe..
Hari ni aku sorang jaga kaunter.. eheheh.. bos kecik aku yang comel dan cute tu sedang bercuti.. Menjaga Una, si kecik yang comel loteh.. kena sakit kuku kaki tangan dan mulut atau dalam bahasa singkatannya HFMD..
Err.. aku tak tau nak cakap macamana.. info yang aku dapat pasal sakit ini memang sikit sangat.. iyeler tak kena kat anak kitakan.. so, baca pon sekadar kat permukaan aje.. kata orang Jawa "surface" aje.. bukan sebab malas, sebab takut, yup, takut nak ambik tahu nanti terjangkit pulak ( err bleh pulak macam tu.. kalau ambik tahu nanti jangkit.. bukan sepatutnya dah ambik tahu, kalau sakit tu terjadi kat ahli keluarga, kita dah ada informasi dan tahu cara-cara menanganinya!) ni fikiran macam  orang tak ada pelajaran aje ni! Tak sedap pulak bunyinya, so anggap ler aku malas nak ambik tahu... ciaciaciacia..
Dah tak de geng borak.. kira aku mati kutu ler! Sebenarnya aku ni memang suka bercakap! Dapat pulak bos kecik yang pendiam, bila aku bercakap dia tak reti menyampuk, aku kira dapat 'durian runtuh' ler.. Bila bercakap aku aje menang.. dah bos kecik aku angguk aje. Angguk sebab paham atau angguk sebab tak dengar aku cakap, main taram aje semata-mata nak jaga hati aku, itu aku tak tahu lah malah aku tak peduli pon, yang aku tahu aku ada kawan borak.. huhuhu
Sebab hari ni dunia aku sunyi.. aku mengharapkan pelanggan yang datang ke kaunter buat bayaran, tak kisah lah bayar cukai harta atau sewaan atau urusan lain2  menjadi kawan borak aku, err kalau dapat kaki pandai menjawab soalan aku, best ler.. tapi kalau dapat kawan yang sekali aku tanya berpatah-patah perkataan, dia cuma tahu jawab iye atau tidak, buat penat aje aku bercakap sampai kering tekak! lagipun mana bleh cakap lama-lama, jammed nanti urusan di kaunter..
So, nak hilangkan sunyi dan sepi dan ngantuk lagi, akhirnya aku dapat geng.. nasib baik ada, walau tak bercakap tapi aku jadi leka melihat bebudak ni menghabiskan gula.. patutlah ada pepatah melayu.. mati semut kerana gula! Err sebenarnya ku tak sampai hati nak bunuh bebudak ni.. sebab nyawa tu! Tak pelah, ada jugak geng buat aku leka dan tak mengantuk.. umat nabi sulaiman.. bolehlah dari tak de!

Bab 4 : Seorang Jiran Sebelah Rumah

Pagi ni suasana kedai tak berapa sibuk, Ana baru aje melabuhkan duduk di kerusi, lenguh dah pinggang dia, berdiri sambil mengira stok buku dan alat tulis, satu tugas pengiraan iventori yang wajib Ana buat bila tiba hujung bulan. Nasib baik ada Nurin dan Warda yang membantunya, Alhamdulillah berkat kerjasama kerja jadi mudah, wonderpet! yeaayy! Hishh..
Tangan Ana pantas membuka lappy, nak memasukkan data yang telah dibuat tadi ke dalam komputer, lagi senang kerja dia. Nurin pulak sedang duduk di kaunter bersama-sama Warda.
Hari ni cuma Ana bertiga aje kat kedai. Abang Anuar sibuk cari stok alat tulis dengan Pak Mail. Tak pelah dah memang tugas Abang Anuar cari barang, Ana tak cemburu pun walau kadang-kadang Ana rasa Abang Anuar ni banyak melagha aje kerjanya, tapi bila mengenangkan yang tanggungjawab Abang Anuar dah besar, Ana pejamkan aje mata dia, buat-buat tak nampak.
Selesai tugas, Ana ke kaunter pulak.
'Pergi makan Nurin, Ajak Warda" sapa dia pada dua gadis remaja yang tekun membelek senarai novel baru yang diterima dari karyaseni.
"Abis tu, akak?" soal Nurin.
"Tak pe, biar akak jaga kaunter, belikan akak nasi bungkus iye, lauk ayam tak nak sayur" kata Ana sambil menghulurkan duit belanja. 
"Banyak ni akak" sapa Warda yang menerima huluran duit tu.
"Beli sekali untuk korang, akak belanja" segera senyuman terukir dibibir dua anak gadis itu, gembira benar mereka dengan kebaikan hati majikan mereka ni. Baik Abang Anuar dan Ana, kedua-duanya sangat merendah diri dan humble, walau boleh dikatakan orang ada-ada jugak. 
Leka Ana dengan kerja, apatah lagi dah hampir waktu tengahari ni, pelanggan pun tak de, Ana pun maklum, ni dah nak masuk hujung bulan, memang susah sikit pelanggan nak membeli, lain kalau masa gaji, ada aje yang datang membelek buku dan novel terkini terutama remaja-remaja yang baru nak belajar 'mengepak'.
Bunyi loceng pintu tanda ada pelanggan datang menyentakkan Ana, dan serentak dengan itu hidung Ana  menangkap satu bauan yang harum dan manis, sangat menenangkan!. Ana segera mengangkat muka, matanya meliar memandang sekeliling, Tak de pun, bisik hati kecil Ana, matanya terus dihalakan ke monitor  CCTV yang terletak disebelah kanan dia, 'Pon tak ada sesiapa' detak jantung Ana mula laju, apahal ni, dan bau haruman mula semerbak. Dalam kekalutan memandang monitor CCTV, Ana tersentak bila meja kaunter diketuk. Matanya segera memandang ke depan dan dia terpukau melihat keindahan di hadapannya ini. Sepasang mata yang nampak kecil tapi tajam, bulu kening lebat dan alis yang lentik, hidung yang mancung dan bibir yang penuh dan merah.
'Mak Aiii wanginya' bisik hati Ana saat satu bau harum menyapa hidungnya. Minyak wangi apa lah yang dia pakai ni. Habis satu botol ke? Tertanya-tanya Ana. Eh! apakehalnya aku membelek  mamat ni yang sedang turut memandang ke wajah Ana. Berkerut-kerut muka dia. Mesti pelik ni.
"Selain jaga kaunter, tugas anda turut membelek wajah orang ke wahai cik jaga kaunter?" soalan skema sudah keluar daa dari bibir berulas penuh tu.
"Errr tak, tak" tersipu Ana jadinya.
"Maafkan saya, encik nak beli apa iye?" soal Ana cuba menutup rasa malu yang diwajah. Tebalnya rasa pipi dia,dah macam kuih pau rasanya.
Lelaki di depannya menghulurkan satu novel. Salju Kyoto karya Sara Aishah. Ana mula memasukkan data ke dalam sistem bayaran,
"Buku ni ada diskaun kalau encik ada member card" terangkat kening lelaki itu.
"Kalau tak ada ?" soal lelaki tu.
"Harga macam biasa"
"Ok, saya nak joint jadi ahli kelab ni" terangkat kepala Ana mendengar perkataan yang disebut. 'Ahli kelab'?, Kelab apa?
Tolong isi borang ni Encik?" Huluran tangan Ana dipandang sepi. Ana melihat lelaki itu mengetap bibirnya.
"Boleh tolong isikan? " soal lelaki itu sambil mengedipkan matanya beberapa kali. Ceh, macam mata kucing nak minta  cium aje dah rupanya. Ana mengangguk dan mula membelek borang ditangan. Tak kisah lah memandangkan sekarang ni dia banyak masa lapang,
"Nama encik?" soal Ana sambil tangan dia lincah mengisi butiran kosong di atas borang.
"Arjuna" tersentak Ana mendengar nama itu disebut. Terhenti terus tanganya dan pantas dia memandang wajah lelaki di depannya ini.
"Sama macam watak dalam novel ini, cuma nama sebenar saya ialah Iman Arjuna" Renungan mata yang lembut bersama senyuman yang terukir menyebabkan Ana terpegun. Ya Tuhan, adakah ini Iman Arjuna, anak Mak Leha merangkap jiran sebelah rumah dia ni? Bertalu-talu soalan terbit di fikiran Ana. Terpegun dan terpempam, malah detak jantung dia menjadi laju dan tidak teratur. Ada rasa sebak bertandang di hati.
"Kak, apasal senyap aje ni?" suara Nurin yang kedengaran mengejutkan Ana. Eh, mana dia? mata Ana mula meligas ke kiri dan ke kanan. Mencari-cari satu batang tubuh yang sepatutnya berdiri di depan dia.
"Kak, kenapa ni? " Bahu Ana digoncang lembut. Ana merenung wajah Nurin dan Warda yang sekarang sedang memandang ke arah dia dengan wajah beriak bimbang dan risau.
"Tadi ada seorang pelanggan nak beli buku dan akak tolong isikan borang" tersekat-sekat lontaran suara Ana.
"Pelanggan?" Ana melihat kedua-kedau anak gadis ini saling berpandangan dengan muka macam pelik.
"Akak biar betul, dah 15 minit kitaorang balik kak, yang kita orang nampak cuma akak berdiri diam-diam sambil mata merenung ke depan aje. Itu pasal kitaorang panggil, kot-kot akak tidur berdiri ke" jawapan dari Warda menyebabkan Ana pulak berkerut muka. Apakah?? Tak terluah pertanyaan yang Ana nak keluarkan, perlahan-lahan Ana rasa bulu roma ditangan mula berdiri.. Siapa Iman Arjuna yang sebenarnya ni?


Selasa, 26 April 2016

Bab 3 : Seorang Jiran Sebelah Rumah

Dan pencarian tentang siapakah  Iman Arjuna mula Ana buat. Setiap pagi, err sebenarnya pagi bebeno kata orang Joho, Ana dah terhendap2 dicelah langsir tingkap memandang pagar sempadan, kot-kot ternampak Iman Arjuna. Ana tahu Si Iman Arjuna tu ada berdasarkan suara macho yang kedengaran saban pagi, selalunya sebelum subuh, Ana akan dikejutkan dengan suara seseorang mengaji ayat-ayat suci Al Quran, satu suara yang lembut dengan  bacaan berlagu yang mendayu-dayu akan sampai ke telinga Ana sehingga dia terjaga dari tidur yang lena. Sampaikan   alaram handphone yang selalu di setkan untuk mengejutkan Ana dari tidur pun dah tak ada fungsinya kalau tuan empunya badan dah bangun dulu iye tak?
Macamana Ana tahu tu suara Iman Arjuna? sebab suara tu datangnya dari rumah sebelah, rumah Mak Leha, kemain jelas lagi suara tu berkumandang macam seolah-olah tingkap bilik Ana terbuka. malah kadang-kadang terfikir jugak Ana, suara tu macam kedengaran sebelah telinga dia ni aje hah. Dah kenapa pulak ke situ fikiran si Ana, Fikir logik Ana, tang mana si Iman Arjuna tu nak masuk bilik dia, tembus dinding ke? Hissshh. Tergeleng -geleng kepala Ana menidakkan rasa tak sedap hati yang tercuit masuk dalam hati dia ni. Tapi bab yang paling pelik tu, bila Ana mula selesai memakai telekung dan duduk di sejadah sambil menanti azan subuh, suara tu dah tak kedengaran dah, macam hilang dibawa bayu pagi. Bertambah Ana pelik sebab pada ketika itu tingkap bilik memang sengaja Ana buka lebar-lebar, konon nak ambil feeling syahdu mendengar bacaan Ayat Quran yang dibawakan oleh qari bernama Iman Arjuna dari rumah sebelah, rumah Mak Leha.
Dan suara yang sama akan mula kedengaran di tepi pagar sempadan, sedang menyanyikan lagu lama tu.. pelik sungguh ler...pada ketika itu memang Ana macam lipas kudung berlari ke tingkap untuk menghendap si Iman Arjuna. Tapi hampa, memang tidaklah dapat dia berpeluang melihat si Iman Arjuna tu. Hanya kelihatan baju dan kain yang telah siap berbasuh, cantik aje terayun dijemur atas pagar sempadan rumah. Bertambah pelik Ana rasakan, kekadang terfikir pulak dia, Si Iman Arjuna ni ada ilmu ke? Ilmu mengghaibkan diri. Ke Iman Arjuna ni halimunan?  Atau Iman Arjuna ni pemalu, malu dengan anak dara sebelah rumah ni. Sapa pulak yang sepatutnya jadi pemalu , bukankah Ana yang anak dara dalam cerita ni, bukannya si Iman Arjuna? Ah sudah, kenapa pulak si Iman Arjuna ni menjadi isu besar pulak pada Ana dalam seminggu  ni? Berbagai persoalan mula timbul, tak sedap sungguh hati Ana, tak puas rasanya hidup dia selagi dia tak mendapat jawapan yang pasti tentang siapa Iman Arjuna ni.
Nak tanya pada Mak Leha, memang tidak ler, sebab selalunya pertanyaan Ana akan mendapat jawapan yang entah apa-apa dari Mak Leha. Kona sana, kona sini. Teringin jugak Ana nak call Abang Man, tapi dia tak berani, Laki orang tu, kang tak pasal-pasal Abang Man salah faham,  dikatanya Ana ni gatal sangat sebab call dia semata-mata nak bertanyakan tentang Iman Arjuna, seorang lelaki yang entah siapa-siapa dan bertambah ngeri Ana bila mengenangkan jika perbuatan dia call Abang Man dapat dihidu oleh Kak Su, isteri Abang Man yang garang macam singa tu, boleh meletus perang dunia ke 4 kat  kat taman perumahan ni, Sekejap-sekejap.. iye ke perang dunia ke 4, bukan sepatutnya ke 3 ke? Ana tepuk dahi, kenapa pulak aku jadi bengong ni, Berbalik cerita pasal Kak Su, Ana sedar sangat-sangat yang Kak Su tu tak suka dia dan  Bihah. Dah lah Kak Su tu kerjanya menjeling sahaja Ana dan Bihah kalau terserempak kat mana-mana, menjeling dengan muka benci, tak tau pasal apa, agaknya dia marah kot Ana dan Bihah tu jadi jiran Mak Leha, pulak dah, benci Mak Leha takkan kena benci semua yang berkaitan dengan orang tua tu, gila namanya tu. Hish!
"Kau ni sejak dua menjak ni macam lain aje? Mabuk ketapang ke?" Suara Bihah mula kedengaran pagi itu ketika mereka sedang enak bersarapan dengan nasi goreng hasil air tangan Ana.
"Ketapang? Bukan sepatutnya kepayang ke?" soal Ana balik, Apalah Bihah ni, sibuk nak memartabatkan bahasa melayu dengan menggunakan segala simpulan bahasalah, metaforalah, peribahasalah,  tapi perkataan yang diguna entah apa-apa. Ana memandang muka Bihah, kelakar pulak bila melihat Bihah menjegilkan biji mata sambil mulut terkumat kamit bercakap tapi suara tak keluar.
"Kutuk aku ler tu." Ana senyum sambil angkat-angkat kening.
"Kau ni, bukannya nak sokong ayat aku, Tahu ler kau kerja kedai buku, selalu bergelumang dengan buku, tapi jangan kutuk aku. Sentap tau sentap" emo sungguh ler Bihah pagi ni.Terkeluar juga suara dia selepas menarik nafas panjang!
"Apahal ni? PMS ke?" soal Ana
"Kau tu yang sepatutnya jawab soalan aku Ana, sejak dua menjak ni kau nampak lain tau"
"Lain macam mana?" soal Ana pelik
"Macam kepochi dah, terjangkit penyakit Mak Kiah depan rumah ke?" soal Bihah, polos aje bunyinya.
"Choiii... selisih woiii, kalau penyakit tu hinggap kat aku, jenuh aku nak pusing Padang Masyar nanti cari orang yang aku kata semata-mata nak minta maaf"
"Abiss tu yang asyik selak langsir mengendap kat tingkap tu apa cerita?"
"Masih lagi tak jumpa si Iman Arjuna ke?" Bihah mula mengusik. Geram hati Ana, cerita dia dan Iman Arjuna menjadi bahan oleh Bihah untuk mengusik dia. Teringat dia masa mula-mula  dia sibuk bercerita tentang Iman Arjuna, Reaksi Bihah? Cuma Ohh. Itu aje.Bengang sungguh dia.
Bihah tak tau betapa tak sabarnya  dia menunggu Bihah pulang dari kerja pukul 11.00 malam tu, hari yang sama dia buat pertama kalinya mendengar nama Iman Arjuna. Pulang dari rumah Mak Leha setelah selesai makan malam dan membersihkan pinggan mangkuk, Ana dah macam kucing nak beranak menunggu Bihah, Sanggup dia korbankan masa tidur dia yang selalunya awal tu semata-mata nak bergossip dengan Bihah. Terkejut Bihah bila buka aje pintu rumah melihat Ana merenungnya tak berkelip. Jatuh rahang dia ketika melihat mata Ana yang bulat merenung dia tanpa senyuman, dengan pandangan mata yang kosong dan beku. Dah macam bukan Ana dah. Hampir hilang semangat Bihah. Dah lah masa tu jarum jam dah menginjak ke angka tengah malam, suasana sunyi sebab televisyen tak dipasang oleh Ana, malah hanya lampu dinding antik yang terangnya macam lampu tidur tu aje yang dibuka oleh Ana. Dengan rambut panjang terurai dan berbaju tidur satin putih, Ana nampak lain, Bihah dah nak mula buka langkah seribu dah, yang terfikir kat kepala otak dia yang letih dan penat itu ialah macamana nak lompat pagar rumah kot-kot kalau si Ana tu terbang menghala kat dia!
Nasib baik ler lepas tu Ana bersuara dan perkataan pertama yang disebut oleh Ana ialah Iman Arjuna! Bukan nak tanya Bihah dah makan ke belum. Macamana ler Bihah tak berangin, Dah lah dia penat dan serabut kepala otak dia dengan angka dan nombor yang tak selesai-selesai, dengan lagi nak mengadap audit minggu depan, tetiba Ana buka cerita baru pasal lelaki nama Iman Arjuna yang kononnya anak Mak Leha, memang tak masuk ke hati ler cerita Ana tu. Itu pasal ler reaksi Bihah cuma ohh aje. Satu reaksi yang sangat-sangat mengecewakan Ana rupanya!
" Dah lah Ana, lupakan ler Iman Arjuna tu." tersentak Ana mendengar suara Bihah, terputus ingatan dia terhadap cerita beberapa malam sudah. Ana diam, dan Bihah faham yang Ana kecewa. Nak buat macamana, menyedari ketelanjuran dia memberi tindak balas yang tidak sepatutnya pada cerita Ana yang memang telah  dianggap kawan sampai syurga dia ni bukan kawan sampai mati aje tau, jangan main-main!, So, keesokkannya Bihah pun terpaksalah joint Ana untuk sekodeng si Iman Arjuna, yang kononnya anak jiran sebelah rumah ni hah. Tapi tiga hari aje Bihah mampu bertahan! Sebab serasa Bihah, setelah puas dia fikir-fikir, tak ada ler pulak dia mengalami simptom diganggu dengan suara si Iman Arjuna tu pulak! Memandangkan dia tak mendengar apa-apa, so malam kedua, dia dengan rela hati menumpang tidur kat bilik Ana semata-mata nak dengar juga suara Iman Arjuna mengaji yang kata Ana dah macam suara qari bertanding dalam Pertandingan Musbaqah AlQuran yang selalunya muncul dalam bulan  menjelangnya puasa tu kan, suara yang dikatakan berbunyi sebelum masuk waktu subuh. Tapi Bihah hampa, yang dia sedar ialah Ana kejutkan dia dan bagi tahu yang subuh dah hampir habis. Terperanjat dia bila mengetahui yang dia hampir-hampir 'subuh gajah'. Tak pernah-pernah dia buat perangai pelik-pelik gitu. Agaknya bantal dan tilam kat bilik Ana ni empuk sangat sampai dia tidur mati dah.
Begitu jugak dengan kisah jemur kain, dia cuma sedar ada kain baju Mak Leha dah elok terjemur kat pagar sempadan. itu aje. Bab dengar suara Iman Arjuna menyanyikan lagu zaman tok dan tak de ler pulak! Ke Ana aje yang mendengarnya? Hisshhh, Ada hantu ke rumah yang dia duduk ni? Jangan memain. Dah lama dah Ana dan keluarga dia duduk sini. Ni rumah peninggalan arwah emak dan bapa Ana yang telah kembali ke Rahmahtullah setelah terlibat dengan kemalangan masa Ana dalam tahun pertama kat Universiti. Bihah tahu itu sebab Bihah kenal Ana pada hari pertama mereka mendaftar masuk U!  Kenal semua ahli keluarga Ana yang Bihah panggil keluarga nukleus! Sikit sangat ahli keluarganya. Cuma ada Ana, Ayah Ibu dan Abang Anuar.Cuma sejak Abang Anuar berkahwin dan berpindah duduk kat rumah mak mentua dia di taman sebelah sebab membantu isteri dia  menjaga bapa mentua yang kena strok, Bihah diminta menemani Ana, kata Abang Anuar, Ana ni pendiam sangat bila dalam keluarga mentua dia. Iyelah tu pendiamnya..
'Jangan-jangan Iman Arjuna tu tak ujud kot! " amboi kenyataan Bihah, memang mudah nak sebut. Terkejut Ana mendengarnya. Sungguh -sungguh bunyinya provokasi dari Bihah, err sebenarnya Bihah bukannya apa, risau dia dengan gelagat tak semengah Ana yang lari dari kebiasaan sepanjang dia menjadi kawan Ana ni,Luar Biasa dah jadinya,  Bihah sedaya upaya cuba mengalihkan perhatian Ana dari mengingati Iman Arjuna. Rasanya Iman Arjuna tu tak ujud kot. Kot aje. Ini mesti Ana dah terlebih baca novel, apa iye tajuk novel yang Ana tunjuk minggu lepas, hah! Bihah dah ingat, Salju Kyoto karya Sara Aishah.. rasanya nama hero tu pun Arjuna jugak!
"Kau nak kata aku gila ke?" Soal Ana, bunyi suara dah macam sentap.
"Eh kau ni Ana, kesitu pulak perginya"
"Abiss tu?"
" Aku rasa kau ni dah terlebih baca novel yang banyak terjual kat kedai buku dan alat tulis kau tu kot! Sebab tu ler kau nampak macam cuak sangat dengan macam-macam benda kat sekeliling kau" perlahan-lahan tangan Bihah mengenggam jemari tangan Ana yang terletak elok kat atas meja.
"Ana, walau siapa pun engkau, aku sayangkan engkau kerana kaulah satu-satunya kawan yang tak pernah pandang sikap lepas laku aku ni. Tak pernah ada keraguan tentang aku yang selalunya kena label sebagai perempuan otak senteng ni hah" ada kesedihan dalam suara Bihah. Ana senyum, benar, dia tahu kenapa Bihah berperangai kasar dan adakalanya nampak gila-gila. Lepas laku dalam menyuarakan pendapat dan adakalanya kata-kata yang terlontar dari mulut Bihah mengundang kesakitan pada orang yang mendengarnya. Ana tak pernah ambik hati, dia jujur dan ikhlas berkawan dengan Bihah walau semua orang tak suka dengan persahabatan dia dengan Bihah, termasuklah kak Seri, isteri Abang Anuar dia.
"Lupakan Iman Arjuna"
"Anggaplah ini cuma satu mimpi dan hanya berlaku sepanjang kita jaga Mak Leha. Aku rasa kau ni terbeban dengan ikutkan sangat rasa belas kasihan kau dekat Mak Leha tu. Kita ni cuma bertindak sebagai jiran yang prihatin aje Ana, jangan lebih-lebih.  Nasib baik  lagi 3 hari Abang Man balik kan? Lepas tu kurang sikit rasa tanggungjawab kita menemani orang tua tepok tu dan kau tak perlulah rasa bersalah bila merasakan Mak Leha tu terabai" Bihah senyum, Ana diam, berfikir-fikir, betul kot kata Bihah, rasa kasihan dicampur dengan rasa sedih melihat kehidupan Mak Leha yang sunyi dan sepi tanpa ada orang yang peduli menyebabkan dia stress hingga benda kecik dianggap besar.
Agaknya Bihah betul, Iman Arjuna tu tak ujud, buktinya hanya dia sahaja yang perasan isu suara mengaji dan kain di jemuran itu. Mungkin Mak Leha pasang radio sebagai peneman dia masa tidur kot. Hal kain di ampaian, hah yang tu tak tahu ler pulak dia nak cari alasan. Dia dah tak tahu nak kata macamana, lagipun dia kasihan jugak tengok Bihah yang cuba jugak menolong dia mencari Iman Arjuna tapi sepatah kata Bihah, aku tak dapat merasainya walaupun biji mata aku ni dah besar guli dan letak mata tambahan dua lagi dah!Takkan nak tunggu sampai biji mata jadi besar bola, alien lah pulak! Namun tetap tak nampak tanda-tanda ada orang lain selain Mak Leha kat rumah sebelah ni hah.
"Janji pada aku Ana, lupakan Iman Arjuna. Dia tak ujud, dia cuma imaginasi kau aje" Akhirnya Ana menggangguk dan Bihah senyum, senyum kemenangan! Apa taknya risau dia melihat Ana yang kalut semacam dalam empat lima hari ni mencari Iman Arjuna, sehingga mengundang bisik-bisik dan pandangan pelik jiran. Pada Bihah biar dia sahaja yang kena cebik, kena kata  dengan jiran tetangga, jangan Ana, Ana budak baik, gadis yang naif dan polos. Aturan hidupnya mudah dan senang sehingga kini.
Ana menghantar Bihah ke kereta untuk ke tempat kerja dan sehingga hilang kereta Bihah, Ana masih lagi berdiri tegak memandang jalan yang sedang sibuk dengan kenderaan penduduk nak ke tempat kerja. Ana kerja sendiri, hari ni dia lewat sikit, kedai buku dia ada yang tukang jaga. Si Nurin pembantu dia yang boleh diharap. Hembusan nafas dikeluarkan perlahan-lahan. Teringat kata-kata Bihah masa sarapan pagi tadi. Agaknya benar kata Bihah, jangan-jangan Iman Arjuna ni tak ada, aku aje yang lebih-lebih, habis tu, suara siapa yang aku dengar dan macamana pulak kain baju Mak Leha boleh terjemur, apa kain baju jalan sendiri ke? Ada kaki? Ahhh, lupakan, jangan jadi kepochi Ana!
Belum sempat Ana nak tutup pintu pagar, dia terpandang Pak Soleh, teragak-agak nak seberang jalan. Hisshh  orang tua ni, apa aje lah yang dibuat pepagi ni, time kereta dan motor banyak lalu lalang depan rumah, time orang sibuk nak gi keja, time tu ler Pak Soleh nak menyeberang jalan!
Laju kaki Ana halakan ke Pak Soleh. Cepat-cepat tangannya memegang lengan Pak Soleh, memberitahu yang dia ada.
"Sapa ni?" soal Pak Soleh. Bunyinya macam cuak.
"Ana pak cik" Sahutan suara Ana melegakan hati tuanya. Lelaki tua yang buta kedua belah matanya itu tersenyum. Hidung Ana tetiba  menangkap satu bau yang lembut dan manis.Mmmm
"Dari mana Pak cik?" soal Ana berbahasa basi sambil mereka melintas jalan, bukan jauh pun, dekat ni aje depan rumah Ana, Pak Soleh ni adalah suami Mak Ani, jiran Ana yang sangat peramah dan happening orangnya.
"Baru lepas borak-borak dengan Iman Arjuna" terhenti terus langkah kaki Ana.Mujur dah sampai seberang dan depan pintu pagar rumah Pak Soleh. Kalau tak buat naya aje.
Iman Arjuna? Maknanya dia ujud ler dan bukan imaginasi aku. Kalau tak, takkan lah Pak Soleh boleh gi borak-borak dengan dia. Ana pegang dada sendiri dan tiba-tiba dia rasa degupan jantungnya menjadi laju.
'Aku tak mimpilah Bihah!' bisiknya perlahan.




Bab 2 : Seorang Jiran Sebelah Rumah

Ana menyanyi-nyanyi riang, Pantas tangannya membuka kunci mangga di pintu pagar.  Setelah memarkirkan keretanya, Ana segera keluar dari kenderaan, Penuh tangannya kiri dan kanan dengan beg plastik berisi barangan dapur. Petang ni turn dia memasak. Bihah belum balik lagi. Biasa ler minah tu, rajin buat OT, gila kerja. Sibuk kumpul duit untuk kahwin katanya, giler.. calon belum ada dah sibuk berangan nak kahwin. Ketawa kecil Ana bila memikirkan gelagat Bihah.
Tangan Ana yang sedang membuka kunci rumah tetiba terhenti, pantas pandangan mata Ana alihkan ke pagar rumah. Eh? Dah tak ada? Terpinga-pinga Ana melihat kain baju yang terjemur pagi tadi dah tak ada kat pagar rumah yang menjadi sempadan antara rumah Ana dan Mak Leha ni. Siapa pulak yang mengangkatnya? Timbul persoalan dihati sambil kakinya melangkah memasuki pintu rumah. Namun soalan itu terus dilupakan bila Ana mula 'bersilat' di dapur menyediakan makan malam.
Selepas maghrib, Ana bersiap ala kadar, hanya berTshirt lengan panjang dan berseluar track suit. Dikepalanya tersarung tudung segera, Kakinya ringan melangkah ke rumah sebelah sambil di tangannya terjinjit mangkuk tingkat berisi nasi dan lauk pauk masakkan dia. Sudah 3 hari Ana bertandang ke rumah Mak Leha, makan malam dengan orang tua sebelah rumah ni. Selalunya dia berdua dengan Bihah, tapi malam ni Ana bersendirian, Bihah sibuk menyiapkan kerja untuk pengauditan minggu depan katanya.
"Assalamualaikum" nyaring suara Ana memberi salam.
"Walaikumsalam Ana, masuk nak, pintu tak kunci." sayup-sayup suara Mak Leha kedengaran. Ana segera menjengukkan kepalanya di pintu yang terdedah sedikit. Lafaz Bismillah disebut di dalam hati. 'Sunyi aje' getus hati Ana sebelum kakinya melangkah ke dapur, belum lagi jejak ke ruang dapur, Ana menghentikan kakinya di depan pintu bilik Mak Leha. Kelihatannya Mak Leha sedang sibuk melipat kain yang berlonggok di tepi dia. Huluran tangan Ana disambut dengan senyum ceria Mak Leha.
" Ana sorang aje ke" soal Mak Leha sambil tangannya lincah melipat baju. Ana senyum.
"Bihah kerja sampai malam Mak Leha" senyuman masih terpamir di bibir Ana sambil terkesan di dalam hati dia, walau Mak Leha tepok, tapi kelincahannya dalam membuat kerja dengan menggunakan kudrat tangan sangat mengkagumkan.
"Tak pe lah, hari ni kita makan berdua aje" Ana mengangguk. Macam gitulah perangai Ana, tak peramah tapi senyuman yang sentiasa terukir dibibir mencuit kemesraan dihati.  Hati tua Mak Leha sangat menyenangi perangai Ana, begitu juga Bihah , cuma Bihah ni agak lepas laku sedikit perangainya, gaya gadis moden dan berpelajaran, lebih terbuka dan kurang mempercayai sesuatu yang tidak ada penjelasan kukuh.
" Siapa tolong Mak Leha uruskan kain baju kotor ni?" teragak-agak Ana menuturkan soalan.
" Mak Leha sendirilah" jawapan Mak Leha mengundang pertanyaan di muka Ana. Berkerut-kerut muka Ana. Matanya bulat memandang ke wajah Mak Leha. Biar betul? dengan kakinya yang tepok ni, tak mungkin ler Mak Leha mampu menjemur kain baju di atas pagar sempadan rumah. Nak panjat guna apa? Takkan Mak Leha nak menyeret kerusi pulak? Aduh, bertalu2 soalan muncul di kepala Ana, Nak diluah kepada Mak Leha tak sampai hati pulak Ana, bimbang hati Mak Leha terluka, iye lah orang tua kan, Dah lah tu tepok pulak tu, atau dalam erti kata sebenar Mak Leha lumpuh dari pinggang hingga ke kaki selepas terbabit dalam kemalangan suatu masa dulu.
Tiba-tiba Mak Leha gelak, tersentak Ana mendengarnya, bunyi gelak tu sangat menyeramkan.
"Ana, Ana" hanya itu yang mampu terluah dari mulut Mak Leha. Ana masih diam, dan Mak Leha tak sampai hati pulak nak bergurau dengan anak gadis di depannya ini. Naif dan jujur budak ini, bunyi suara hati Mak Leha saat dia memandang wajah Ana.
"Mak Leha suruh si Iman tolong" jawapan Mak Leha semakin buat Ana tertanya-tanya.
 'Iman?' Iman mana pulak ni?' soalnya dalam hati.
"Iman Arjuna, anak Mak Leha lah" seakan tahu soalan yang ada dalam hati Ana, Mak Leha menjawab sambil tersenyum memandang wajah Ana. Tanpa Ana sedar mulutnya melopong, rahangnya jatuh.
"Hah" hanya itu aje yang mampu diluahkan oleh Ana, biar betul Mak Leha ni, setahu Ana, Mak Leha ni tak ada anak. Abang Man tu pun cuma anak angkat, yang dibela Mak Leha semasa bayi lagi, Anak saudara dari adik bungsu Mak Leha. itu yang Ana tahu sebab Mak Leha suka bercerita kisah hidup dia. Bila masa pulak ada Iman Arjuna ni? Tak pernah pulak Mak Leha cerita. Blurr sekejap Ana dibuatnya.
"Ana bawak lauk apa? Mak Leha dah lapar ni." pertanyaan Mak Leha mengembalikan Ana ke alam nyata. Mata Ana bertembung pandang dengan Mak Leha. Tiba-tiba timbul persoalan. Mak Leha ni macam nak mengelak aje bercakap tentang Iman Arjuna.
"Ikan kembung masak kicap, sayur sawi masak lemak dan sambal belacan.Nasi pulak lembik sikit Ana buat untuk Mak Leha" jawapan Ana menyenangkan hati Mak Leha. Terangguk-angguk kepalanya sebelum dia turun dari katil menyeret tubuhnya untuk ke dapur. Ana cuma membiarkan Mak Leha bergerak sendiri, bukan Ana tidak mahu membantu, tapi permintaan Mak Leha yang tidak suka ditolong  menyebabkan Ana membiarkan sahaja Mak Leha bergerak sendiri
"Mak Leha jemput makan" pelawa Ana selepas Mak Leha dapat menstabilkan diri duduk di kerusi di depan meja makan. Suasana di meja makan jadi sunyi, Tapi jauh di lubuk hati Ana berbagai persoalan mula timbul. Suara orang bernyanyi pagi tadi selepas subuh tu adakah suara Iman Arjuna? Siapa iye Iman Arjuna?


Bab 1 : Seorang Jiran Sebelah Rumah

Terintai2...
Terhendap2...
Terjeling2..
Err.. dah macam lirik lagu Dato Siti Nurhaliza dan Dato SM Salim lah pulak..
'Menjeling- menjeling ku... Lupa lak liriknya.. Ana tepuk dahi.. Apa ke hal ke lirik lagu jadinya ni...
Tapi melihat situasi sekarang  memang ler sepatutnya macam lirik lagu tu.. sebab sekarang ni Ana sedang berdiri di tepi tingkap dan langsir yang sengaja dibuka sedikit.. sedang menjenguk ke rumah sebelah..
Maaf ler bukannya nak menjadi tukang sibuk apalagi tukang kepochi... Tapi dengan fikiran yang sedikit terganggu dan hati yang tertanya-tanya, Ana gagal membendung sifat ingin tahunya.. Cuak sungguh ler rasanya.
" Hooiiii"
"Oh mak kau cun!" hah hambik kau... Terkejut Ana dengan jerkahan yang berbunyi di tepi telinganya ketika dia sedang leka  memerhatikan pagar jiran sebelah ni hah..
Kepalanya dipaling ke arah suara ketawa mengekek- gekek .. lucu ler tu. Geram sungguh dia dengan perangai si Bihah ni..
" Napa ler kau sebut mak aku cun.. Cakaplah ler aku yang cun" Bihah bersuara sambil menekan-nekan perut.
 'Perasan' getus hati Ana.. bibirnya dicebikkan.. dah serupa muncung itik boleh sangkut 'hanger'.
"Kau apahal ni Ana? Nak kata jiran sebelah rumah kita ni ada anak bujang handsome.. rasanya mustahil.. Tapi dari cara kau mengendap macam ada kes tangkap khalwat kat sebelah ni hah" amboii statement Bihah.. tak boleh blah sungguh ler.
"Aku pelik" Perlahan aje Ana menjawab.
"Huh?" Mata Bihah mengecil. Muka nak mintak jawapan terpamer kat wajah Bihah
"Apasal? " Tak puas hati dia bila Ana hanya terkebil-kebil sambil pandang muka dia. Perlahan-lahan Ana mengembuskan nafas.
"Perasan tak.. sejak bila Mak Leha pandai jemur baju kat pagar rumah ni?"Soal Ana.
"Errr... Kak Su kot yang buat pagi tadi" Jawab Bihah acuh tak acuh..
"Kau biar betul,.. Kak Su nak buat? Dia cecah kaki kat depan pintu pagar rumah Mak Leha pun tak pernah, apalagi nak buat kerja rumah dekat rumah Mak Leha. Aku rasa kalau Kak Su yang datang menjenguk, hujan turun 7 hari 7 malam tau." Bihah terdiam, betul jugak kata Ana, mustahil ler menantu kepada anak angkat Mak Leha nak buat, lagi meluat ada ler. Bukannya dia tak tahu betapa "mesranya" hubungan Kak Su dengan Mak Leha. Satu taman ni tahu yang Kak Su tu benci pada Mak Leha.
"Abang Man ler tu yang buat" senang aje jawab Bihah. Ana terdiam.. betul jugak, Abang Man kot tapi macam tak aje jawabnya, bukan ke Abang Man sekarang kat Sabah, sedang berkursus, lagi 7 hari baru balik.
"Eh, bukan Abang Man pergi Sabah berkursus ke?" soal Bihah semula, iyalah, dia dengar sendiri dari mulut Abang Man kisah kursus 14 hari ni. Pesanan meminta Bihah dan Ana tolong tengok-tengokkan Mak Leha sepanjang ketiadaan Abang Man bergema di telinga Bihah.
Dan persoalan tentang siapa yang menjemur kain baju di pagar rumah sebelah ini bagaikan angin lalu sahaja di hati Bihah . Dan Bihah terus melupakan isu ini. Adalah yang menolong Mak Leha tu, katanya ketika mereka sama-sama menuju ke kenderaan masing-masing untuk ke tempat kerja.
Cuma Ana sahaja yang terganggu dan isu ini menjadi kudis dalam hatinya, apataknya, sudah ler kain baju tu terjemur dalam pukul 6 pagi, satu masa yang awal sangat lah, tapi yang menyebabkan Ana benar-benar ingin tahu ialah, si tukang jemur kain tu suaranya lelaki, Macho dan dalam bunyi suaranya sehingga Ana terkaku pertama kali mendengarnya. Suara seorang lelaki yang sedang menyanyi satu lagu lama, lagu apa iye? Ana ingat-ingat lupa lagu apa sebab rasanya lagu tu dicipta sebelum dia lahir lagi. Satu lagu lama yang sangat- sangat lama.
Dan ketika lalu depan rumah Mak Leha, mata Ana menjeling tingkap rumah Mak Leha, berderau darah Ana bila melihat kibaran langsir yang sedikit terselak. Ada yang memerhati. Siapa iye, tertanya-tanya Ana, dan tetiba degupan jantung Ana menjadi laju. Alamak!!!. Aku dah lewat ni bisik Ana. Lupa pulak dia, yang hari ni dia ada perjumpaan dengan Miss Goh, pasal pembekalan alat tulis ke kilang. Pantas kaki dia menekan pedal minyak.




Isnin, 25 April 2016

Pembuka Kata... Seorang Jiran Sebelah Rumah

Ana pandang ke depan. Matanya memandang seraut wajah tampan, harum dan manis milik Iman Arjuna. Airmata perlahan-lahan luruh menitis ke pipinya yang halus dan gebu.
Luluh sudah hatinya.
Iman Arjuna... hatinya berkata-kata. Dan lelaki yang sedang berdiri tegak di depannya itu hanya mampu memandang dia dengan mata yang turut berkaca-kaca.
"Pandang Abang, Ana. Pandang puas-puas sebab ini mungkin kali terakhir Ana dapat melihat Abang" terdengar suara lembut bersenandung di telinga Ana.
Cinta tidak semestinya memiliki...
Ana diam, dia tidak suka kenyataan itu. Dia ingin cinta dihatinya dimiliki, dipunyai oleh Iman Arjuna.. Tapi itu semua cuma mimpi.
Realitinya sangat menyakitkan hati.
Ana terasa bahunya di peluk. Dia menoleh ke sisi, Bihah sedang memandang dia dengan airmata yang berlinangan, dan ketika Ana menoleh ke hadapan, kelibat Iman Arjuna telah tiada..
Ya Allah, aku sayang Iman Arjuna... rintih hatinya bersama cucuran airmata yang bertambah lebat.

Sabtu, 23 April 2016

Bila Jari Lenguh..

Errr.. dah lama tak jenguk blog ni.. Nak kata mogok tak jugak.. nak kata betapa untuk tambah ilmu pon takk..  Nak kata merawat hati yang kena tinggal.. pon tak..
Sebenarnya aku kena Writer Block... Ntah kenapa tetiba otak aku jammed dan jari aku lenguh nak mula menaip..
Pening jugak bila idea di kepala semuanya hilang.. terbang melayang-layang .. Abis sudah citer si Saim.. kesian Melur tertunggu tunggu entry terbaru cerita Saim.. nanti ler.. senang2 aku bercerita iye..

Jumpa lagi..

nina