Isnin, 26 November 2012

Budak Gemuk Nama Medan




Ini  anak bulus aku, namanya Medan.. pelik kan nama dia.. abg suami yang bagi..sebab dia di kutip di Medan Selera Bandar Penawar. Aku suka kucing ni sebab dia nampak cerdik.. tahu kat mana tempat nak poo dan pee.. (itu yang paling aku titikberatkan tau).. 
Dia suka kejutkan aku.. bila pukul 6 pagi tu, kalau aku masih tak bangun, mulalah dia meletakkan hidung dia kat hidung kita.. biasalah hidung kucing ni.. sejuk aje.. mesti aku terbangun punya sebab terperanjat apa lah yng sejuk2 melekat kat hidung ni.. rupanya hidung si Medan..
Budak ni gemuk aje.. tapi tak kuat makan.. cerewet bab makan.. dia cuma suka makan nasi lauk ikan aje.. lauk ayam ke apa ke dia tak pandang.. bab ni buat abg suami marah.. sebab kata dia.. penat tau tumbuk ayam dan gaul nasi! itulah nak lagi bela kucing.. hehehe
Sebab Medan ni duduk aje dalam rumah, bila ada kucing luar masuk, mulalah dia suka.. suka membuli. Paling gemar menyakat anak Citam yang berempat tu.. sampai kitaorang terpaksa masuk campur meleraikan pergaduhan mereka..
Dan paling aku suka bila time aku balik keja, Si Medan ada dalam keta.. turut menjemput.. tu bila dia dah boring duduk dalam rumah lah tu... hehehe

Khamis, 22 November 2012

Budak Kucing Nama Cimbe...

Salam...
Macam biasalah kisah dunia aku.. salah satunya ialah kucing.. ini anak kucing aku... generasi ketiga dalam belaan aku.. anak si Palit! Namanya Cimbe.. hadir dua beradik dalam hidup kami sekeluarga, satu namanya Cimbe dan seekor lagi diberi nama 'Padaiyappa', Mula-mula duduk dalam rumah, lepas tu kami keluarkan bila mereka start 'menanda kawasan'. tak lama duduk kat luar.. Padaiyappa hilang. Puas jugak aku dan abg suami mencarinya.. dan akhirnya kami redha akan kehilangan Padaiyappa..
Apa yang aku nak citer ni ialah kisah Cimbe, Umur Cimbe ni adalah dalam 2 tahun.. Citernya bermula 8 minggu lepas, kaki Cimbe ni luka.. tak pasti luka disebabkan oleh apa, so, aku celup aje dengan minyak gamat.. Alhamdulillah baik..  tak lama kemudian, aku dan abg suami dapati Cimbe ni hilang! Ghaib dari kawasan rumah..  begitu jugak kucing-kucing jantan yang aku bagi makan.. salah seekornya aku panggil 'Boya" .. kucing jantan tua yang selalu minta makan dan akhirnya menjadi penghuni tetap verandah rumah aku.. hanya aku aje yang boleh pegang dan belai kucing ni.. abg suami tidak.. si Boya ni garang dengan abg suami!
Dekat dua minggu Cimbe hilang, tetiba aje dia pulang ke rumah dalam keadaan terhincut-hincut.. luka tangannya yang hampir pulih tu bengkak dan membiru.. paling haru di sangat-sangat lapar.. Begitu juga Boya.. jika Cimbe balik waktu pagi.. Boya pulak sampai waktu maghrib.. jugak dengan kelaparan dan tangan yang bengkak dan membiru ! Dari pengamatan aku, si Cimbe ni baru balik dari berjalan jauh.. Macam biasa, aku tuang minyak gamat lagi..  tapi tak dapat melakukannya pada Boya sebab dia nampak takut sangat-sangat.
Dua hari kemudian, aku tercium bau busuk.. bangkai apa pulak ni?.. rupa-rupanya.. ulat sudah membiak dalam luka Cimbe.. punyalah banyak sampaikan aku yang penakut dengan ulat ni.. (eh.. eh.. bukan takut! aku geli!) tetiba aku jadi berani.. setiap kali ada waktu yang terluang.. aku dan abg suami akan mengerjakan ulat tu.. macam-macam ubat yang kami guna.. kebanyakkannya masa kami sebur aje dengan dettol.. Cime pon dah tak kisah.. dia diam aje saat aku menarik ulat yang rakus memakan daging dia ni.. dan hasilnya.. tada..



Inilah hasil usaha keras kami.. setelah dikuratinkan 3 minggu.. akhirnya Cimbe bebas dari serangan ulat.. cuma yang sadisnya tangan dia tak dapat diselamatkan.. Aku ler yang jadi tukang potong daging tangan dia yang membusuk tu.. tu pon sebab dah tak sanggup melihat Cimbe menyeret daging tangannya yang dah terkulai tu ke sana sini..  Tapi itu kisah 4 minggu lepas.. berita terkini lagi sadis.. tunggu aje ler aku sambung citer iye..
Tapi Boya tak dapat kami selamatkan.. aku jumpa dia dalam keadaan yang sangat-sangat teruk.. Ulat bukan sahaja berada di dalam daging tangan yang telah membusuk, tetapi turut berada di bahagian leher.. Rupa-rupanya ini jenis ulat pemakan daging segar.. di depan mata aku, aku melihat sendiri bagaimana ulat-ulat tu cuba membuat lubang kat daging tangan dia yang sebelah lagi.. kemain kuat lagi dia meraung.. Kami berusaha sedaya upa untuk mencabut keluar ulat kat tangan dan leher.. punyalah dahsyat keadaan si Boya.. sampai aku boleh nampak lubang tekak dia.. dalam dua hari dia menderita.. akhirnya Boya pergi jugak.. iyelah aku redha aje.. sebab tak tahan rasa hati melihat penderitaan dia.. apa yang di makan dan di minum akan keluar dari lubang yang dibuat ulat kat leher dia.. sadis sungguh.. tapi aku puashati sebab walau Boya bukan kucing aku.. dia kucing mendatang.. hadirnya dalam keadaan sudah sangat-sangat tua, dengan air liur menjejes aje.. tapi aku tetap bagi makan dan layan dia mcm kucing sendiri..
Sampai sekarang aku dan abg suami tertanya-tanya.. apa dah jadi sepanjang  kehilangan Cimbe dan Boya selama dua minggu sehingga pengakhirannya begitu kejam sekali.. kena buang orang ke atau cuba 'menanda kawasan'  yang lebih besar? Kalau Cimbe tu aku percayalah.. ini Si Boya yang dah tua sangat2. Kejanya cuma tahu makan dan selebihnya melepak atas bontot pasu! Tidur sambil menunggu saat aku panggil makan. Hanya Allah aje yang tahu citer sebenar makhlukNya ini..


Rabu, 7 November 2012

Buat Apa tu?


Buat apa tu Aiman?..

Ralit sungguh!


Baru sedar emak dia panggil.. isk13x

eh.. ralit sungguh.. citer apa?

Oooo "Hantu Durian" rupa-rupanya... patutlah leka..


Anak bujang aku ni jenis manusia yang boleh hidup sendiri dan berdikari.. memang senang jaga si Aiman ni. Dia tahu yang dia tidak dipedulikan oleh si kakak time kakak ada kawan baru ( lupa lah tu dia ada adik!).. So, diam-diam Aiman datang pada aku sambil hulur ipad.. mintak tolong bukakan.. Dan kalau aku kata aku sedang 'charger' ipad tu, sanggup tu duduk sebelah ipad menunggu masa sampai boleh guna.. Alhamdulillah.. anak baik yang mendengar kata! Terima kasih Ya ALLAH!

Pokok Kapal Terbang

Aku baru tahu citer ni.. rupanya pokok kat bawah ni boleh digunakan untuk mengubat sakit sendi iaitu gout. Caranya ialah dengan menepek daun pokok ini yang telah direnyuk-renyukkan di tempat yang sakit, balut dan biarkan.. Seeelok-eloknya dibuat pada waktu nak tido..Selain dari tu, ( ceh.. macam nak buat karangan)  daun pokok ini pon boleh digunakan untuk mengeluarkan selumbar yang menusuk daging.. terutama kalau daging tu dah busuk dan bernanah. Caranya serupa macam kat atas tadi.. tepek tempat daging yang membusuk tu dengan daun pokok ni.. dan balut serta dibiarkan untuk selama beberapa jam. Selumbar ini akan keluar dari daging kita yang busuk dan bernanah. ( Anak jiran aku telah membuktikannya - bertahun merana kerana serpihan kayu tertinggal di dalam daging.. hingga mati jari tangan dia, nak membaikkannya dengan menepek daun pokok ni kat luka dan hasilnya, serpihan kayu tu keluar, 2-3 hari kemudian, luka dia pon baik!)
Ciri-ciri pokok ni dia mempunyai daun yang serupa seperti daun sirih, dan berbulu halus.. macam rupa pokok senduduk bulu..  Batang dia hijau dan selalu kita temui di tepi-tepi jalan raya. Selalunya pokok ni akan dihapuskan sebab nampak "menyemak"  aja kat tepi jalan. Ia dikenali dengan nama pokok Kapal Terbang.. apa kena mengena kapal terbang dengan pokok ni.. aku tak tahu.. Tapi kat bawah ni adalah ciri-ciri pokok ni..




Batang dia berbulu begitu juga daun dia..

Mula-mula dia akan tumbuh serumpun sebelum batangnya menjalar bagi membolehkan ia membiak. Ohh.. sebab itulah pokok ini selalu ditebas oleh mesin potong rumput! Walau apa pun, jangan sangka pokok yang nampak macam semak aje tu tak de gunanya..

Selasa, 6 November 2012

Kak Dah Oh Kak Dah!



Aku tak tahu kenapa... tapi bila aku perhatikan dan teliti.. kemudian  aku dapati ialah.. anak sulungku ini :


Suka ambil gambar pesen ini....

Ni pon sama.. sepesen aje...

Suka main kucing.. (ni kucing sapa aje lah yang kena peluk!)

Teruja dengan barangan besi terutama jika ia boleh terbang..

Sesuka aje ajak orang bergambar

Ni lagi satu pesen dia bila bergambar..

Ni adalah beg tempat dia isi segala peralatan kedoktoran.. ni gara2 tengok kartun DocMcstuffin..


Suka nak buat tanduk kat adik dia!.. nampak ak muka pelik aiman?

Aku paling suka gambar ni... hari dia terima sijil konvo TAJ

Dan inilah kegilaan dia.. ipad jenama murah aje.. Made in China..

Khamis, 1 November 2012

Bila Dah Berniat..

Aku memang sayang kucing.. kat rumah aku aje ada berbelas ekoq kucing.. yang dikutip, yang dipunggut ( sama aje kan maksudnya), yang datang sendiri ( yang ni aku tak kisah.. yang datang tu kucing tua ke kucing muda ke, anak kucing ke..) asalkan dia datang rumah, pandai bawak diri.. maksud aku tak bergaduh dengan kucing aku, aku menerimanya dengan 'lapang dada' . Aku pernah menerima seekor kucing parsi yang dah tua sangat-sangat dan dah tak de gigi (sapalah tuannya ni..  sampai hati biar kucing 'bulu kembang' ni mencari makan sendiri.. dari pengamatan aku, kucing tua ni dibela dalam sangkar.. dan bila dah nak mati baru dilepaskan - akhirnya aku tahu jugak sapa tuannya!) Kesudahan nasib kucing tua bulu kembang ni.. dua minggu dalam belaan kami yang sangat-sangat menyiksakan.. apa taknya makanan dia semuanya terpaksa dilembutkan.. kesian sungguh aku melihat cara dia makan.. lebih banyak bertabur dilantai dari masuk dalam mulut.. Dua minggu aje aku membela dia sebelum dia mati..
Lupa lak nak beritahu.. kucing2 ni semuanya aku letakkan kat luar rumah.. aku dilarang membawa masuk kucing2 ni, tak bagus untuk kesihatan manusia.. tapi aku pelik jugak sebab aku telah hidup dengan kucing sejak aku lahir.. membesar bersama-sama.. malah dulu rumah emak aku siap berkarpet dan kucing berkeliaran dalam rumah, belum pernah kami dapat semput atau asma kerana kucing! (Bukan nak cakap besar... tapi sistem imun aku sangat2 kebal dari jangkitan penyakit kucing ni). Menghormati kehendak orang tua, so semua kucing yang aku sayang, aku letakkan kat veranda luar ni.. lepas dan bebas..
Tapi ada jugak risikonya... cabaran membela kucing kat kawasan rumah aku ni ialah kami terpaksa berjaga-jaga dengan khinzir.. bab ni memang sakit hati.. aku sedih melihat makanan kucing aku turut dinikmati oleh khinzir.. malah kalau tak ada makanan, anak kucing aku pulak jadi makanan si khinzir ni.. punyalah sedih bila aku tak dapat pertahankan nyawa si ketam.. anak kucing yang baru aku punggut dalam 2 minggu.. ralat sungguh sebab si ketam ni montel dan gebus.. aku tak lupa pandangan mata dia setiap kali minta makan dengan aku..
Sebab tu aku berkeras dengan abg suami, kalau kami buat rumah, akan ada verandah belakang yang bertembok batu dan berpagar besi khas untuk aku letakkan kucing aku. Itu niat aku.. bagi aku jika dah sanggup membela, kita mesti sanggup melindungi.. Niat aku cuma satu, jika aku selesa dengan rumah tu.. aku jugak mahu kucing aku selesa hidup di rumah tu.. ada jaminan keselamatan dan kegembiraan.. walau cuma hidup di luar rumah.. lebih spesifikasi.. tempatnya kat verandah.. tapi mereka gembira..
Mudah2an niat aku itu akan tercapai jua.. Insya ALLAH!

Jangan Pandang Rendah...

Salam semua.. hari ni aku nak citer pasal satu sikap manusia ni..  yang mudah memandang rendah pada keupayaan dan kebolehan orang lain. Aku bercakap ini berdasarkan penilaian orang terhadap aku! Aku jumpa seorang wanita ni.. keja dia pon boleh tahan.. kami berhubung kerana dia adalah salah seorang yang sangat-sangat berminat untuk membeli rumah aku.
Menanti proses jual beli ini selesai.. sampai sekarang tak selesai lagi tau!.. Aku tak kisah sebenarnya.. sesekali bila di'push' oleh rakan sekeliling.. barulah aku bertanya.. dan jawapan yang selalu aku terima saban minggu.. ialah.. masih peringkat PTG (Pejabat Tanah Dan Galian).. aku diamkan aje..
Tapi lama-lama timbul kemusykilan.. ialah, tak ada apa-apa yang telah ditandatangani untuk di bawa ke PTG.. sebab setahu akulah.. urusan di PTG hanya bermula bila S&P dan Borang 14A (Pindahmilik)  telah selesai ditandatangan.
Rupa-rupanya dia dalam proses mencari bank yang sanggup beri loan yang 'tinggi'. Cakap ajelah.. tak usah memperbodohkan aku. Walau aku keja kaunter aje.. aku pon tahulah urusan apa yang layak di bawa ke PTG..sebab dulu pon aku duduk kat Unit Undang-Undang.. setakat Borang 14A -- itu Borang pindahmili.. 16N... itu Borang Melepaskan gadaian.. semuanya aku pernah uruskan..(malas aje nak citer.. takut dinamakan riak! inipon dah bunyi macam riak dan bongkak kan?)
Dan aku rasa si akak ni pon terkejut jugak.. tak sangka aku boleh 'ambush' dia dengan satu sms ugut - terpaksa tau aku buat begini.. ini pon aku lakukan supaya dia tahu yang aku boleh cari siapa peguam dia.. setakat mana urusan dia.. Dan agaknya dia tak menjangka yang aku boleh bertindak sejauh ini.. Sudahnya, barulah bertubi-tubi aku dapat maklumbalas.. hah! kan bagus macam tu.. So, aku tahulah apa citer dan tindakan terkini dia.. Tak gitu! Jauh kat sudut hati, ada sedikit rasa kesal.. aku tahu aku ni orang kecik aje.. tapi janganlah beri alasan yang ntah apa2.. nampak macam nak memperbodohkan orang.. Kang aku dah mengamuk.. Tak naya.. nasib baik aku 'ketuk' sikit aje..Kalau banyak? Hish... ke laut ler jadinya..