Sabtu, 25 April 2015

Hari Sedih Aku...

Ya Allah...
Berat dugaan ini..
Dah lah aku sedang bersedih..
Bila apa yang aku rancang menjadi tidak seperti yang aku harapkan..
Hati ini jadi bertambah sedih bila Yayat pergi..
Anak bulus aku...
Yang aku sayang sebab berperangai baik..
Tahu poo and pee kat tempat sepatutnya..
Lahir dalam rumah dan membesar jadi budak bulus
Yang comel dan memiliki sepasang mata ijoo cair yang bulat dan cantik
Aku suka ekoq Yayat yang pendek dan nampak gebu..
Aku berikan ia nama Yayat kependekan dari perkataan tahi lalat.. errr
Bukan tahi lalat sebenarnya..
Cuma satu tompok hitam comel yang terletak kat tepi hidung..
Malah nama dia dari pantun dua kerat yang aku selalu nyanyi time
hidung aku sibuk mencium pipi Yayat
" Tahi lalat "
" Tahi lalat kat tepi hidung"
" Muka bulat"
" Muka bulat minta dicium!"

Tapi Yayat akhirnya tinggalkan aku.. emak angkatnya.. adik-adik dia yang dua ekoq lagi.. iaitu si velang and timo.. malah emak dia si kitkit yang sedang berusaha pulih dari bisul yang pecah dan merebak jadi luka yang lebar kat muka dia..
Pagi tadi aku jumpa tubuh badan Yayat kat tepi jalan depan rumah aku..
kena langgar .. dengan apa aku tak tahu ler
Sedihnya aku,,
Tak kan ku lupa pandangan mata dia yang redup.... waahhhhh!!
Sakitnya tuh di sini.. dihati aku!

Ahad, 19 April 2015

Rumah Idaman Aku

10 April lepas aku balik ke Parit Lapis Mahang.. err betul ke aku eja ni???
Rumah Pak Sedara Encik Suami..
huhuhu.. biasa ler Parit Raja.. selalu hujan petang walau kat Penawar ni panas lit lit
Bab paling aku suka bila nak gi rumah Pak Sedara encik suami ialah pemandangan indah dua buah rumah yang selalu menarik perhatian aku ! Rumah kayu aje pon tapi rekabentuk dia.. wow
Kalau balik kampung.. lepas aje aku tengok rumah tu.. mulalah aku berangan.. kalaulah aku dapat rumah macam tu.. syok betul berangan.. tersengih2 sepanjang jalan.... sampai encik suami pon pelik.. apahal ni.. tersampok ke apa? huhuhu


 Ini salah satu rumah yang buat aku terpukau.. cantik tu.. ala-ala resort






 Ni satu lagi rumah yang aku berkenan.. best woo kalau ada rumah mcm ni..
ptg2 bleh ngopi2 dengan encik suami kat verandah dia.. sambil dengar nyanyian burung..
Time musim buah2an.. bleh kutip buah durian gugur  atau petik buah rambutan.. iye ler rumah  dikeliling dusun buah2an tu..




Aduh.. best betul bab berangan ni.. sedar2 dah sampai penawar.. ecececeh!


DIY Bantal Dari Felt....

Projek baru aku..
huhuhu..
Kalau rajin ler...
16 Mei ni kan hari guru... Raudhah aka kakak dah minta hadiah.. untuk bagi pada cikgu dia
errrr .. "apahal pulak kakak punya cikgu, emak yang kena sediakan hadiah?".. aku tanya pada kakak..
Terkebil-kebil mata sepet tu pandang aku.. "alah emak ni.." terus dia tarik bibir buat muncung itik sampai boleh ikat riben.. sambil tersebik-sebik nak nangis. Tu lesen besar dia dah keluaq tu.. airmata !
Teringat tahun lepas... tak bagi hadiah pada sempena hari guru.. aku lupa.. kakak pon tak ingatkan aku.. so, terbengang pulak bila kakak dapat souviener dari cikgu sempena hari guru. So, tahun ni aku wat dulu hadiah awal2.. DIY bantal dari kain felt...
Bahan2 dah beli..


Buatnya.. tak tahu lagi..
huhuhu....
banyaknya projek aku
Nanti kalau dah siap aku tunjuk iye.. 



Rabu, 15 April 2015

Sebuah Citer Homestay Untuk Rumah Jalan Surian

Dua ke tiga hari ni aku busy.. cewahh.. ayat tak bleh blah punya..
Tak de lah.. biasa ler kan setiap manusia tu dah diperuntukkan 24 jam... untuk setiap hari..
pandai-pandailah manage kan..
Aku aje yang kekadang suka menangguh kerja.. hmmm.. time kakak aka Raudhah buat  sikap suka menangguh kerja.. aku marah pulak...membebel sampai encik suami kata dia boleh mati cepat kerana terkejut.. tersentak dengar suara aku yang memetir bila membebel tu.. (ini ayat memerli aku ler tu) iyo tak.. tapi dari siapa ler si kakak tu dapat perangai suka menangguh kerja.. dari aku jugak lah kan.. ceh.. ngaku tu. Err ni sebenarnya nak citer lain.. kang dah terbabas.. Dah gi kona ikut lain pulak!
Aku nak citer ni.. lepas aku jual rumah aku kat Bandar Mas, aku beli satu lagi rumah.. kat Taman Desaru Utama.. tetiba teringin pulak nak ada rumah yang dindingnya berkongsi dengan orang lain.. cuma ada tingkap depan dan belakang aje. Ni lah manusia.. tak pernah bersyukur.. kata abah.
Aku sengih aje ler.. jeles ler tu aku ada rumah teres... cewah berlagak!
Cadangannya nak duduk.. tapi encik suami kata rumah tu jauh ler pulak dari Sekolah kakak... errr.. nak buat apa dengan rumah ni.. Aku tak tergamak nak sewakan.. Trauma aku tak hilang lagi dengan citer kat rumah lama aku dulu.
walau  hubungan aku masih baik dengan bekas penyewa lama.. tapi jauh kat sudut hati aku rasa ralat sebenarnya.. iye ler rumah aku .. dah aku yang bayar bulan2 pada bank.. tapi dia buat macam rumah dia.. ke ayat aku masa bagi kunci rumah tu dah disalahertikan? Aku cakap " tolong jagakan rumah aku ni seperti kau jaga rumah sendiri iye".. dan .. betul2 dia buat macam rumah sendiri..buat penambahan sana sini... dan aku ler yang tergamam bila tengok.. dan lagi nak menangis bila dapat surat saman dari pejabat aku.. no excuses walau aku kerja dalam pejabat ni.. amaran membuat penambahan rumah tanpa pelan!
So, aku macam serik sikit nak bagi sewa.. jadi aku dan encik suami bercadang nak wat homestay..
tu yang sibuk memanjang tu.. wat itu wat ini.. Dan rumah yang aku dapat ni.. paten siling ikut bentuk bumbung rumah..
Fening jugak kepala memikir macamana nak wat iye.. kaedah dan cara nak pasang lampu..
Nasib baik aku jumpa sorang tukang pendawaian letrik yang sanggup wat pendawaian lampu mcm yang aku nak! huhuhu
Dan sekarang ni aku sedang sibuk nak masuk perabot.. fuhh giler betul..
baru siap masuk perabot dan ada lagi yang nak aku buat..
ok gak.. baru ler aku bz sikit.. tak ler leka mengulit novel sampai lupa pada encik suami !

  Kat atas ni bilik utama..



sila  abaikan barangan yang berselerak atas meja makan iye


Haah.. ni paling best ni.. sesapa yang nak booking homestay rumah aku ni.. salah satu penawaran yang  datang dalam satu pakej.. dengan bibik sekali dan inilah bibiknya iye... adik aka Aiman.. boleh dilihat tak boleh di belek iye.. lengkap tu.
Masalahnya.. bleh ke si adik aka Aiman ni jadi bibik tukang kemas rumah.. lagi sepah ada ler.. huhuhu

Selasa, 14 April 2015

Citer Tentang Peti Besi....

Kesian aku tengokkan..
Apa taknya.. berat tu nak angkat peti besi
Ni salah satu 'harta' aku yang tidak aku rela menerimanya ketika mula kerja di kaunter  ni
Sebelum mula keja dan selepas abis keja.. aku mesti mengadap benda ni..
kalau 'mood'  peti ni baik.. sekali aku pusing kod nombor rahsia.. dia dah terbuka..
Tapi kalau mood peti ni tak baik... mampus aku.. berpeluh2 dibuatnya walau dalam bilik bos aku ni aircond  terpasang..
Masa tu memang peti ni makan sumpah seranah aku ler...
Dah penat menyumpah.. tak buka2..
last sekali ikhtiar aku.. baca doa makan and..
jeng jeng jeng
Terus boleh buka.. tak paham sungguh.. apa 'dia' ingat yang 'dia' ni adalah sejenis makanan dan aku duduk mengadap 'dia' untuk nak memakannya.. ntah.. kompius aku.
Kata penolong akauntan aku.. peti tu berhantu.. erkkk.. iye ke..
Ada hantu?? sapalah yang malang jadi hantu peti tu..
Kau lah kak.. sapa lagi.. jawab bos kecik aku.. Hampeh sungguh!
Boleh pulak bos kecik aku wat lawak untuk citer yang tak berapa lawak ni... aku tak gelak tau..

 Ini adalah satu kaedah nak mengangkat peti tu.. err bukan angkat.. golek kan.. huhuhu.. kesian.. ramai yang jadi bos tak diiktiraf dari membantu.. kan... kan



Isnin, 13 April 2015

Aku dah pindah pejabat...

Pindah lagi
Aduhai.. masuk ni dah 3 kali pindah kaunter..
kata orang tua2.. kalau makan asyik berpindah itu maknanya nak tambah cawangan isteri/suami
ni pindah kaunter.. cawangan apa nak aku tambah..
huhuhu

Ni Kaunter lama..
Kelebihannya parking dekat depan mata
Kekurangannya... Orang ramai berpanas wooo...
Aku suka duduk sini... mata aku ijooo aje.. sebab berdepan dgn kaunter aku ni tasik dan hutan belukar

Sudut lain kaunter aku ni
Dan kat bawah ni kaunter baru aku..
huhuhu
Kelebihannya.. orang yang berurusan dengan aku sejukk aje..
aircond you
Kekurangannya.. parking jauh.. kena jalan 500meter baru jumpa port aku
huhuhu

yang best kat kaunter ni... hanya aku dan penolong akauntan aje yang ada acces masuk kat dalam kaunter ni..
Terasa aku ni orang besar2 dan penting aje..
hehehehehe