Selasa, 18 Disember 2012

Resepi Udang Masak Mentega

Aku ni bab memasak memang hancuss.. Cuba jugak aku amsak lauk macam daging, ayam, udang .. tapi kesudahannya.. tak sedap. ini diaku oleh abg suami.. dia tak cakap tapi aku tahu bila dia makan lauk aku tak bertambah nasi.. maknanya tak sedaplah tu... hehehe. Cuma hari tu aku telah mencoba satu resepi baru.. udang masak mentega.. Aku dapat di internet..  belek punya belek kat internet.. mencari resepi yang sesuai dengan tekak aku dan abg suami, dan paling penting tekak Raudhah... terjumpalah aku satu resepi ni.. dari blog http://www.hairul.com/ ... . memandangkan udang dah ada, bantai ajelah.. resepi ni aku dah ubahsuai sikit dari resepi asal.. maaf iye En  Hairul... maghrib2 nak cari 3 dahan pokok kari.. jenuh jugak iye.. dan hasilnya.. tada... licin dah pinggan lauk.. abg suami sampai bertambah 4 kali nasi.. Then lepas tu membebel kerana aku lah perut dia buncit.. tak senonoh sungguh!
Maaflah kekawan, tak sempat ambil gambar... dah licin... apa2 pun kat bawah ni resepinya iye. Cubalah..

Bahan-bahannya :

4 sudu mentega ( aku guna majerin aje... apa yg adalah kat dapur tu)
4 biji kuning telur
1 sudu serbuk kunyit
1/2 kilo udang galah
4 sudu serbuk kari daging babas
3 ulas bawang putih - dicincang halus
3 biji lada cili - nak lagi pedas letak ler banyak2.. (ikut selera tekak iye)
5 sudu minyak masak
1 cawan air

Cara Membuatnya :

Pukul kuning telur( jangan sampai kembang sangat- nanti tak jadi)
Cairkan majerin dalam kuali... bila dah cair, masukkan kuning telur tu.. (cara terbaik- tuang kuning telur tu tinggi2 sambil tangan sebelah lagi memutar telur bersama cairan majerin dlm kuali.
Letak serbuk kunyit and then telur tu  diangkat segera  menggunakan penapis  sebelum majerin tu membuak-buak tau. Cairan majerin terus dibuang dan tidak digunakan lagi
Panaskan minyak masak... tumis bawang putih dan lada sampai naik bau, masukkan udang dan bila dah serasi taburkan serbuk kari. Jangan lupa masukkan garam dan gula. then masukkan air untuk melembutkan udang. Biarkan dulu dan bila air hampir kering, dan dah sedap rasa garam dan gula, taburkan telur tadi. Biarkan sekejap... dan boleh diangkat. Dicadangkan makan panas-panas.. kaw tau!
Selamat mencuba!

Ahad, 16 Disember 2012

Kek Oren Badam

Mula-mula aku buat kek.. ialah kek menggunakan mejerin ni.. tu citer masa aku berusia 15 tahun, so memang dari dulu aku memang suka buat kek.. so, tapi makan nya aku tak berapa gemar, suka buat aje.. kalau ada kesempatan tiap-tiap minggu aku mesti buat.. macam gian gitu. Kat bawah ni resepinya... sesapa yg suka makan kek, boleh cuba iye...

Bahan-bahannya :
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan majerin
2 sudu besar susu pekat
2 sudu teh serbuk penaik - baking soda
1 sudu teh esen oren
5 biji telur - gred A ( kalau Gred B sila guna 6 biji)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan badam cincang
1 biji oren - diparut kulitnya

Cara Membuatnya
Mula-mula pukul gula dan majerin hingga kembang..
Masukkan telur sebiji demi sebiji  ke dalam adunan gula majerin tu sambil dipukul rata
Masukkan esen oren dan susu pekat
Then masukkan tepung yang telah digaul dengan serbuk penaik
Masukkan kulit oren yang dah diparut dan buah badam cincang.. godak sampai rata.
Masukkan dalam loyang pembakar dan bakar sampai masak

Selasa, 11 Disember 2012

Kalau Dah Tak Suka!!!..

Aku suka citer ni.. mula-mula baca dalam laman web http :/// www.megasutra.com.. dulu laman web ni mengandungi citer-citer pendek dan maklumat tentang sejarah Melayu.. dulu lah, sekarang ni laman web ni dah tak berfungsi.. (agaknya kot?) Aku buka laman web ni semata-mata nak membaca citer ni.. sebuah citer yang membantu menyedarkan aku untuk bersyukur dan menghargai apa yang aku ada.. ialah, kekadang2 aku tidak nafikan jauh di lubuk hati.. akan ada "sekelumit" (bahasa apa ni iye.. tapi aku selalu menggunakannya.. agaknya bahasa orang jambi kot!???!) perasaan tidak berpuashati dengan apa yang kita ada.. Akan timbul perasaan marah, sakit hati dan geram.. dan adakalanya ia dilepaskan pada yang tidak tahu apa2.. Raudhahlah yang selalu kena.. So, bila aku dalam keadaan tidak berpuashati, aku akan baca citer ni.. ia akan dengan cepat menyedarkan aku.. dan aku tidak mahu melalui nasib seperti Shamizi.. merasa  kehilangan setelah semuanya diambil olehNya..sedangkan itulah yang selalu diminta oleh Shamizi.. meskipun terdapat beberapa perenggan citer yang tak ada.. kalau ada lagi lebih meruntun jiwa.. tapi bolehlah ia dibaca untuk renungan dan iktibar serta peringatan pada diri kita.. semua yang ada di dunia ini adalah pinjaman aje.. hargailah selagi ada..  sebab kalau kita tidak suka.. ia boleh diambil bila-bila masa.. masa tu nak menyesal pon dah tak de guna! So.. nikmatilah citer ni iye..


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj.  "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya. "Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar

 anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila…" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu…"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

" Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana."

"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya.

Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.."

 "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"

 Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya.

Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya.. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.

"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."

"Abang tak suka tengok papa marah-marah.."

 "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

"Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan.

Baju mamanya dipegang kejap. Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan.

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah.

Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

 "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

 "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti.. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.
"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

"Laila…"

 "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.

 "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah..."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam.

"Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik."

"Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

 "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!"

Laila merenungnya dalam... Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan," Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung ketika memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya untuk menerima Laila dan anak-anaknya dengan seikhlas hati, mereka dipulangkan kepada penciptaNya meninggalkan dia yang kini hidup penuh dengan kesalan..

*Nota Kaki :
Kredit pada penulis.. terima kasih untuk sebuah citer yang penuh pengajaran.

Isnin, 10 Disember 2012

Palit Oh Palit

Ini anak bulus aku yang setakat ni paling lama aku bela. Namanya Palit, umurnya adalah dalam 8 tahun. Masih sihat dan gebu.. Palit ni lahir dua beradik.. adiknya emak beri nama sejemput... Lahirnya atas katil aku, masa aku bujang ler..so, dapat dibayangkan betapa rapatnya aku dengan budak bulus ni.. dari baby lagi dah aku ulit.. pagi petang.. siang dan malam. Bila aku kawen, Palit aku tinggalkan pada emak, tapi tulah, tak lama kemudian emak mengadu, abis anak ayam emak turun sepuluh dan tinggal zero.. anak ayam di makan oleh si Palit, tinggal ibu ayam meroyan. Bila mengadu pada abah... sonang aje citer abah,, buang aje si Palit ni kat kebun kelapa sawit. ngeri aku membayangkan segala kemungkinan... kot2 kalau Palit tak leh survive.. kena makan ular ke apa ke macamana? Sudahnya, aku pujuk abang suami untuk membawa Palit ke Penawar.. nasib baik abg suami sudi menerima Palit..
Kini Palit dalam jagaan aku.. dah tak makan ayam lagi sebab kat kawasan perumahan ini sapalah yg bela ayam kan.. Sejak duduk kat Penawar ni.. Palit dah jadi kucing outdoor.. ada jugak aku ajak dia masuk rumah, tapi selalunya tak bertahan lama. Satu perkara tentang Palit yang buat aku kagum ialah cara dia jaga badan.. tetap maintain gitu walau saban tahun beranak.., citer pasal anak dia, setakat ni yang hidup cuma dua ekor aje.. Si Padaiyappa dan Shinbeii...  citarasa Palit bab mencari 'suami' ni sangat tinggi.. dia berkenan dengan kucing jantan yang cun, berbulu tebal dan ala-ala kucing parsi ke kucing siam ke.. aku pernah tengok sendiri Palit mengoda seekor kucing jantan jenis kucing Parsi tapi kucing tu duduk dalam sangkar.. gelihati pulak bila melihat situasi yang berlaku.. sudahnya cinta Palit tak kesampaian..
Tapi kali ni aku nak tunjuk gambar Palit dengan anaknya.. memang jenis spesis bulu kembang, hidung kemek dan comel2.. tapi macam biasa.. anak2 dia tak panjang umur.. Tak pelah tak de rezeki.. Apa yg aku harapkan semoga aku diberi peluang membela Palit lama lagi... aku sayangkan Palit sangat-sangat..

Ahad, 9 Disember 2012

Erti Seorang Pengasuh...

Dalam tahun ini kita kecoh kan dengan isu pengasuh sebuah Taska yang sanggup memasang pita pelekat kat mulut baby yang dijaganya semata2 kerana baby tu suka buat "bising". Then budak2 lain yang dijaga ada dibedung dengan ketat.. isu ni sensitif.. aku malas ler nak citer panjang lebar..sebab Aiman dan Raudhah pun dihantar ke pengasuh.. cuma yang mengasuhnya dalah Wak Yah dia.. kakak ipar aku yang menetap bersama ibu dan bapa mentua aku. ini citer dari pengalaman aku.. iyelah kita kan dulu pernah kecik.. pengasuh ni ada dua jenis.. yang memang suka dan sayang budak dan suka dengan keja sebagai pengasuh. Sementara satu jenis lagi yang bekerja sebagai pengasuh semata2 kerana duit.
Masa aku kecik2 dulu, time emak ikut abah gi motong buah kelapa sawit, kami berdua, masa tu aku baru dapat angah, akan dihantar ke rumah jiran untuk dijaga. Duduklah kami kat rumah jiran tu sampai emak dan abah balik. Pengasuh yang membela tu adalah seorang wanita tua.. so, paham2 ajelah memang semata2 kerana nak duit. Kita orang tak bleh berlari, bermain atau bising. Kalau emak letak tepi dinding, sampai balik nanti kitaorang masih kat tepi dinding.. tak berani gerak sebab kalau gerak kena jerkah, dijerit-jerit kononnya rumah akan bersepah. Yang pelik tu, bila depan emak pandai pulak pengasuh tu berlakon, kononnya dia adalah pengasuh paling baik, tak segan memeluk dan mencium kami.. cuba kat belakang emak.. kami ni jijik tau. Bila aku dah dewasa, aku tak ingin mengenang saat kena tinggal kat rumah tu, walau dijaga cuma 4 jam setiap 2 minggu, iye adalah saat yang paling2 menyeksakan jiwa. Punyalah aku cuba lupa, hingga dewasa malah hingga mak cik tu meninggal, aku tak rasa sedih.. Biarlah memang dah ajal dia.. sampai begitu sekali.. Tak pernah terniat nak sedekah Al Fatihah khusus untuknya...
Berlainan dengan pengasuh yang memang mengasuh kerana sayang budak.. aku pernah jumpa, seorang makcik tu, dia mengasuh sangat2 ikhlas.. sehinggakan budak yang dibela kini dah 20 tahun umurnya tak pernah lupakan dia, perkara wajib saban tahun ialah, mengunjung rumah pengasuh ni bila tiba hari raya, sepasang sepersalinan untuk pengasuh malah jika ada masa, dia akan melawat pengasuh ni secara mengejut. Dulu masa sekolah, dalam setahun bila tiba cuti sekolah, dia akan tido kat rumah pengasuh ni untuk semalam dua,, sanggup tu turun dari Kedah semata2 kerana sayang sangat dengan pengasuh dia ni.
Perbandingan yang aku citerkan ni, iyelah sebagai peringatan kepada sesapa yang berminat dengan kerja mengasuh budak ni.. terutama yang melakukannya di rumah. Tanggungjawab anda besar.. andalah yang mencorakkan kain putih yang dihantar untuk menjadi manusia.. Iyelah budak inikan umpama kain putih, jika ibu bapa sanggup menyerahkan anaknya kepada anda untuk dijaga jadi tanggungjawab anda mendidik dia menjadi manusia. kalau melakukannya semata2 kerana duit, jadilah macam citer yg pertama tadi.. anda akan dilupakan, nama anda akan terus terpadam dalam ingatan, yg timbul cuma citer seram masa kecik.. Sanggup ke kita nak diri kita dikenang sebagai orang yang kejam.
Sekurang2nya bila kita berlaku adil dan baik pada budak kecik, bila ajal menjemput nanti ada jugak sedekah al fatihah untuk kita dari budak yang pernah kita bela.. baru sejuk dan berkat duit kita.. Tak gitu..

Sabtu, 8 Disember 2012

Aku Kena PUkau ?????!!!???

Tak paham aku.. beberapa hari ni aku macam bengong aje.. sepatah kata kak izan omar.. macam termakan pil tonggong!.. Ni bahasa orang jawa ni.. hehehe., Citernya begini, pada 28 Ogos ni suasananya macam kelam kabut sikit. Apataknya, biasalah kita ni bangsa melayu suka buat keja saat2 akhir. Bayarn cukai harta penggal kedua akan tamat pada 31 hb ni. so, biasalah nak mengelakkan kena denda, semua orang sibuk nak membayar cukai harta ni.. Aku pon apalagi bz ajelah.
Dan tak sangka aku dalam aku bz melayan dan menguruskan orang2 yang nak bayar cukai harta ni, aku boleh kena pukau.. itupun ia disedari bila waktu petang, aku dah close akaun, aku baru menyedari duit aku short RM200. 
Pelik jugak, dan bila aku ingat2 balik, aku baru sedar, ada beberapa kejadian pelik yang berlaku semasa aku menguruskan sorang mamat ni. Antaranya ialah, aku boleh "blur" kod bayaran,  lepas tu "terprint" dua kali bayaran, terpaksalah aku "void"kan bayaran tu semula,  paling mengharukan.. baki duit yang sepatutnya aku cetak.. aku boleh cetak angka kosong.. pelikkan.. lepas tu sepanjang urusan tu berlangsung, telinga aku berdengung aje.. mamat ni datang dua orang... maybe orang rumah dia.. dan apa yang peliknya orang rumah dia ni langsung tak pandang aku, maksud aku dia berdiri setentang dengan aku dan mesin cashier tapi dia membelakangkan aku..  Dan bertambah pelik, mamat ni boleh panggil nama panggilan yang cuma digunakan dikalangan keluarga abang suami aku aje.. Aku pandang2 dan belek jugak muka dia, kot2 dia ni aku kenal ke tak.. tak pulak tapi macamana dia boleh panggil aku guna nama panggilan yang hanya digunakan dalam kalangan ahli keluarga mentua aku. 
Aku ni banyak sangat nama.. nama manja dengan keluarga aku.. lain, nama panggilan kat tempat keja lain dan nama panggilan dikalangan ahli keluarga suami aku lain.. iyelah nama aku ni banyak sangat yang boleh dibuat singkatan.. hehehe..
Dan paling mengejutkan aku, bila aku ingat2 balik.. jumlah bayaran cukai harta mamat ni ialah RM144.00 aje, dia bagi aku duit RM200.00 dan aku boleh bagi balik duit RM200.00 tu pada dia.. Tu yang short duit aku.. Tapi benda ni semua aku sedari setelah keesokkan harinya.. bila aku cuba ingat2 balik, Nak kata macamana, ganti ajelah duit tu guna duit aku... Isk13x.. sedihnya.. itupasal ler aku benci duduk kaunter!
Bila citer pada abg suami, dia pon terkejut, tapi nasib baik kata abg suami dia cuma minta balik duit dia, kalau dia minta semua duit dalam mesih cashier macamana, iye tak iye jugak, masa tu dalam mesin cashier ada RM5000.00 duit tunai. Kalau tak naya aku.. menganiaya orang sungguh mamat ni, aku tak halalkan dunia dan akhirat.. Apa-apa pon ini salah satu sebab aku benci duduk kaunter!

Khamis, 6 Disember 2012

Cerita Dolu2... Tg Semberong

Masa aku kecik2 dulu, adalah ketika umur aku 7 tahun, kami sekeluarga pernah balik kampung emak... kat Tg Semberong, Batu Pahat. Aku masih ingat, kami ramai-ramai jalan kaki nak gi rumah Nyai iaitu mak saudara emak. masa tu manalah mampu nak beli keta, gi Tg Semberong pun naik bas.. dari Felda Ayer Hitam. tak pernah aku lupa, pemandangan yang aku lihat dan ingat sampai sekarang. Parit di kiri dan kanan jalan dipenuhi air..sebab masa tu musim hujan. Untuk sampai ke rumah Nyai, kami melalui sebuah masjid. Masjid Tg Semberong namanya.. sambil berjalan kaki tu, emak berciter, kenangan zaman kecik2 dia, sejarah masjid tu, wap kat Balai Polis.. wap tu rupanya jeti.. tapi org kg panggil dia wap. pelikkan. Zaman sekolah dia dan macam2 kisah lagi,... dan bila nak sampai, dari jauh aku melihat sebuah rumah kayu warna hitam, tinggi sungguh untuk mengelakkan banjir masuk rumah.. banjir? rupanya belakang rumah tu adalah sungai Tg Semberong yg besar dan luas. Pertama kalinya aku masuk rumah tu dan duduk kat dapur yang tinggi. dari lantai dapur yang agak jarang-jarang, aku terpandang bawah rumah tu ada pangkin yang dibina dari kayu katil lama. Emak cakap, masa dia kecik2, kalau musim panas, Nyai akan masak kat atas pangkin tu sambil menikmati angin dari arah sungai Tg Semberong.  Keliling rumah dipenuh pokok pelam, manggis, dan jambu bol yang batangnya sebesar 3 pemeluk lelaki dewasa. Aku rasa umur pokok2 tu dah beratus tahun. Masa emak kecik2, pokok tu pun dah sedia besar... Bayangkanlah, betapa redupnya keliling rumah diteduhi oleh pokok buah-buahan yang besar dan tinggi.
Malah yang bestnya, mandi sungai.. sepupu aku, namanya Piah, mangajar kitaorang cara mandi sungai, iyelah aku ni budak Felda, eh bukan cucu Felda, apataknya, bila umur emak 10 tahun, dari Tg Semberong , keluarga emak pindah ke Felda Ayer Hitam, then bila emak kawen dapat pulak Felda Air tawar kat Kota Tinggi... dan dah biasa mandi guna air yang keluar dari batang besi, menikmati api dalam kaca, bila kembali kepada yang tradisional ni.. mandi guna air sungai, bila malam tengok lampu gas menyala, pelik jugak kan? Terasa kekok nak mandi kat tepi sungai ni.. ada buaya ke.. ntah apa2 perasaan yang timbul. Lampu tu aku tak heran sangat sebab masa tu Air tawar belum ada api elektrik.. samalah macam diaorang..  Bila malam aje, bunyi unggas menyanyi2 cukup kuat dan bising.. meriah sungguh. Tapi kami tak lama kat kg emak, satu malam aje.. lepas tu aku tak jenguk2 lagi kg Tg Semberong tu.
Seingat aku, selepas itu adalah aku jenguk kampung emak tu masa umur aku 25 tahun... bayangkan lama sungguh, suasananya pon dah berubah, rumah kayu hitam yang tinggi dan besar dan telah berusia beratus-ratus tahun telah lama Nyai tinggalkan. Bila Kerajaan ambil keputusan melebarkan Sg Tg Semberong, untuk mengelakkan banjir, rumah tu terpaksa dikorbankan.. begitu juga pokok2 buahannya.. semuanya ditebang bagi memberi lalu kepada usaha melebarkan sungai. Masa aku datang Nyai dah tua sangat-sangat.. dan uzur. Dia duduk dengan Piah yang membelanya.. sampailah dia meninggal dunia. Masih lagi duduk kat Tg Semberong cuma dah naik ke darat aje.. kata emak. Rumah pun dah jadi rumah moden.. rumah batulah katakan.
So, raya tahun lalu, aku bawa emak dan abah gi Tg Semberong, melawat sepupu emak.. itulah aje keluarga emak yg tinggal di Kg dan jugak aku nak menjenguk Piah.. tersenyum aku bila bertemu dia.. iyelah masa berubah selain fizikal yang dah semakin berubah.. hehehe.. rupa paras nampak semakin matang.. zuriat pon dah bertambah. Cuma yang tak berubah adalah Masjid Tg Semberong yg masih utuh dan kukuh.. juga segala kenangan zaman kecil emak yang selalu emak citerkan pada aku bila kami minum kopi petang2 .. time aku balik air tawar waktu hujung minggu. Aku tak pernah lupakan Tg Semberong, terutama pada satu pantun  yang selalu emak dendangkan..ciptaan arwah Nyai..
Malam ini malam Jumaat ;
Pasang dian tujuh keramat ;
Kalau rindu teramat sangat ;
Tepuk bantal panggil semangat....
Masjid Tg Semberong

Rumah sepupu emak

Keluarga emak dengan Piah yang kanan sekali

Ini pulak anak dara aku.. Raudhah, pantang ada peluang bergambar, perasaan tak pada jalan kg ni.. kecil dan sempitkan

Selasa, 4 Disember 2012

Anak Gebuss Emak Yg Aku Geram...

Sungguh2 rawan dihati ni... setiap kali balik air tawar, jantung hati aku jadi tak menentu..terutama bila terpandang engkau.. wahai budak gebuss 3 ekoq... walau luruh hati aku engkau kait... tapi punyalah sombong engkau iye... berlagak sungguh dengan aku.. tu yang buat aku geram dan berbuku di hati.. jangan sampai aku letakkan minyak 'senonyong' kat engkau... meraung nanti nak ikut aku balik ke penawar... ( coretan ini sekadar melepaskan geram pada anak bulus milik emak... yang gebu dan montel tapi liar.. cuma manja time nak makan aje.. lepas dapat makan.. cuit pon dah tak boleh.. dia lari.. nah ambik engkau.. sungguh2 menguji kesabaran den!)

ini budak yang buat hati aku jadi rawan!


Namanya Kembang


Ini pulak namanya Bulat.. jinak sikit.. dah kena jampi dengan aku dah... hehehee


Dan ini yang paling liar.. emak bagi nama Manis.. apa yang manis aku pon tak tahu... aku tengok comot dan bucuk aje.. acccoomm. hah kan aku dah cakap tadi.. betul tak?

Kek Coklat Tanpa Mentega

Hari-hari terakhir sebelum persekolahan berakhir.. aku telah buat kek ni.. untuk dimakan oleh kekawan kak di TAJ..  tercapai juga hajat dihati.. ialah tahun depan kakak dah tak sekolah di TAJ.. Aku memang suka buat kek ini.. walau tanpa mentega, ia tetap gebu dan lembut.. selain dari rasanya yang sedap. Dah dua tiga kali jugak aku membuatnya, malahan pernah menerima tempahan untuk kek ini. Terima kasihlah kepada fendi75@myresepi... yang telah sudi berkongsi resepi ni pada aku.. So pada kekawan yang nak mencubanya.. kat bawah ni resepi dia k...

Bahan-Bahannya
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanilla
11/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Topping
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara membuatnya :
Pukul telur hingga kembang, masukkan gula dan pukul lagi, kemudian masukkan minyak masak.
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
Untuk toppingnya ........ masukkan semua bahan-bahan  ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok... tuang atas kek yang dah sejuk... then blehlah dingappp...

HAri Sukan Sekolah TAJ

Citer ni dah lama.. tak lah sampai bertahun.. aku tak nyempat-nyempat nak masukkan.. Apa-apa pon kat bawah ni gambar sepanjang hari sukan sekolah kakak (Tadika Agama Johor Bandar Penawar)  berlangsung. Macam-macam karenah ada.. geli hati sungguh melihat gelagat bebudak ini.. tulus dan mulus aje bila buat kerja.
Kak Dah masuk pertandingan sepit baju kat 'hanger', tapi tak dapt nombor.. tercorot adalah sebab dia sibuk melawa bila abg suami ambik gambar ! Tapi akhirnya dapat juga hadiah.. no satu dalam permainan jalan berganti-ganti sambil junjung air kotak! Ada juga permainan macam tu kan.. masa aku belajar dulu tak ada lah pulak!

Patriotik sungguh... sayu hati aku bila mendengar bebudak ni menyanyi lagu Gemilang Malaysia!


Chicken Dance..

Sempat lagi tu... orang sepatutnya dengar arahan urusetia dia sibuk nak bergambar... hehe


Cepat kak.. cepat..

Muka frust... sebab kalah.. tapi tak pe kita cuba lagi.



Permainan Kedua...

Muka Sedih.. sebab dah puas menunggu.. dia tak dapat hadiah..

Alhamdulillah.. akhirnya...


Muka Bangga... hehehe.. Tahniah kakak.... emak pon tumpang seronok.. Sesekali  joint program bebudak ni.. teringat zaman tadika dulu.. hehehe

Ahad, 2 Disember 2012

Kisah Aku Dan Ating.. suatu kenangan...

Membaca blog  myqza.blogspot.com tentang dia pernah kehilangan anak bulusnya bernama Dak Onchet mengingatkan aku satu citer lama..ia berlaku masa aku bujang dan kami kat air tawar sedang sibuk membuat persiapan nak menyambut orang baru dalam keluarga kami... adik aku yg nombor dua sedang sibuk nak kawen........... kisah aku dan Ating..  anak bulus ni aku kutip dari Bdr Penawar.. umurnya masa tu adalah dalam 3 bulan.... tak ingat pasal apa aku berkenan dengan Ating ni.. dah lama kan citer ni, adalah dalam 6 tahun lepas.. cuma apa yg aku ingat, aku ambil dia ni sebab kesian, hati aku dipenuhi rasa simpati yang sangat membuak-buak.. ditambah pulak ditengkuk dia ada gelembung kulit yang besar hingga menjadikan tengkuk dia mengembang.. kesian sungguh.
Balik rumah, gelembung tu aku sapu minyak gamat.. dan dua tiga hari kemudian, gelembung tu pecah dan mengeluarkan nanah yang banyak. Semuanya aku uruskan.. Alhamdulillah, Ating suka duduk kat rumah aku.. dia kucing jantan yang bijak.. pandai poo dan pee diluar.. Oh ya.. kerana sejak aku lahir aje emak dah bela kucing, so bila buat rumah, abah siap tebuk satu lubang di dinding dapur untuk kemudahan kucing keluar masuk. Lengkap dengan pintu yg kami boleh kawal bila tak mahu ada kucing luar menerjah.. So, kalau ada kucing baru datang ke rumah, memang tak de masalah untuk dia menyesuaikan diri kerana pintu keluar masuk memang dah ada.. hehehee
Berbalik dgn kisah Ating.. masa kat rumah tengah sibuk2 rewang... biasalah kat Felda, amalan gotong royong ni masih dipraktikkan... so, seminggu sebelum majlis besar, kaum2 ibu dah datang ke rumah.. buat keja.. macam2 lah keja.. yg motong kuih, buat rempeyek, buat kerisek.. siang ikan bilis,  lada, dan macam2 lagilah.. Bolehlah dibayangkan kesibukkannya kaum ibu keluar masuk rumah.. so, anak2 bulus emak yang berjumlah 10 ekor  ni sedikit terabai... mana yg takut org, pandailah membawa diri.. tapi si Ating ni pulak, jenis kucing manja... dengan badan yg gebu dan putih, ada aje dia berlegar2 kat dalam rumah.. dan lagi 2 hari majlis nak mula, si Ating hilang.. Masya Allah, mana dia  ni? Puas aku cari.. kot2 sembunyi atas loteng ke apa ke... tak de pulak. Masa tu tumpuan pun tak dapat diberikan 100% sebab aku kan ketua kendarat.. hehehe.. Mana nak uruskan orng motong rumput.. oh ya masa tulah aku sedar Ating dah tak de..
Selesai majlis.. yg selamt bina masjid dah selamat lah.. tapi yg tak selamat hati aku.. rusuh.. sunyi rumah tak de Ating.. sedih jangan dicakap ler.. walau ada anak kucing lain, tapi kerana Ating ni budak yang tengah sedap dibawa main2.. berlari keliling rumah, so, memang penghibur hati aku dan emak, bolehlah dibayangkan sedihnya.. Macam2 kemungkinan terbayang dibenak fikiran.. kot2 dia mengikut org rewang balik rumah ke apa ke.. kemudian ada yg tak suka kucing, dibuang ni si Ating ni.. kat tepi jalan ke.. and then kena lenyek keta ke.. hisshh.. semuanya terbayang di depan mata..
Sejak tu aku buat keja gila.. dengan tekad dan nekad.. kalau dah jadi bangkai sekalipun aku tetap bawa Ating balik, setiapkali pergi dan balik keja, aku akan bawa keta perlahan2.. kot2 terjumpa bangkai kucing, aku akan berhentikan keta, turun dan belek bangkainya.. kot2 Ating. Tabiat aku ni rupanya dah jadi bualan org yang terserempak dengan kereta aku kat tepi jalan.. Sampai abah pon bising.. udah2 ler lupakan Ating..
Genap sebulan Ating hilang, pak ci potong rumput datang menjalankan tugasnya macam biasa.. dan petang tu Ating balik!. Badannya masih gebu dan bersih, agaknya dia dibela orang.. kata Jalal.. anak jiran sebelah rumah aku ... masa tu kat depan rumah aku ni ada bengkel motor, seharian dia melihat kucing putih ni mengiau2.. bising macam cari tuan..  emak pon ada dengar.. so, petangny sambil emak duduk kat luar rumah.. emak pon panggillah nama Ating, tak sangka si Ating ni boleh terjah emak.. sambil berlari mengiau2.. kata emak punyalah gembiranya melihat Ating balik sampai menitik air mata emak..
Aku balik keja aje bila melihat kelibat Ating terus berlari memeluk dan menciumnya.. tak sangka dah dekat sebulan hilang, dapat jugak aku jumpa dia lagi.. aku rasalah, salah seorang dari mak cik yg datang rewang ni sudah berkenan dgn si Ating... tu yg dia bawa Ating balik masa kitaorang tak menyedarinya.. Nasib baik Ating tau jalan nak balik rumah.. tapi ni mesti ada kaitan dengan  mesin potong rumput.. masa Ating hilang, rumah aku dipenuhi dengan bau rumput dipotong.. dan dia dijumpai selepas sebulan dan ketika tu.. rumput kat rumah aku baru aje dipotong...
Lama jugak aku bela Ating.. dari bujang sampai aku kawen.. setahun lepas tu. Masa dapat raudhah, Ating dah jadi kucing dewasa.. handsome sungguh.. tapi itulah dia tak panjang umur sebab keracunan.. Aku pon tak pasti kenapa, tapi masa tu emak bela kucing dekat 15 ekor.. dan ada suara2 tak puas hati bila melihat kucing emak berkeliaran di halaman rumah jiran.. iyelah kawasan rumah emak bukannya berpagar kan.,.dan sudahnya banyak kucing emak mati akibat keracunan.. salah seekornya Ating.. tak pelah, nak menuduh tak de bukti.. biarlah ALLAH saja yang membalasnya.. semoga suatu hari nanti, jika di Akhirat kelak, aku ditemukan semula dengan Ating.. kucing jantan putih bertompok hitam yang handsome dan baik.. yang pernah aku miliki ketika di dunia ini... Insya ALLAH.

Sabtu, 1 Disember 2012

Suatu Kisah Seram Yang Pernah Aku Alami

Kali ini aku nak citerkan citer seram.. seram ke? Tak lah jugak.. cuma sampai sekarang bila dipikiqkan balik, kisah yang terjadi menimbulkan tandatanya.. Kisah ni berlaku masa aku menyertai kursus BTN di Kem Meru Selangor pada tahun 2008. Walau aku dah keja lama di jabatan kerajaan ini, tapi aku tak compom lagi. Maklumlah taraf jawatan aku cuma kontrak aje.. cuma pada awal tahun 2007... aku ditawarkan jawatan tetap.. dan nak compom kenalah mengikuti beberapa kursus wajib, salah satunya ialah kursus BTN ini. Kursus ni ala-ala ketenteraan.. ada komander, ada sarjan.. dan bahasa panggilan pon ikut bahasa tentera.. kiranya Puan dan Encik adalah perkataan pertama yang keluar bila memanggil orang tidak kira komanden atau pelajar..
Kami pergi seramai 40 orang... dan ditempatkan di dorm bercampur-campur dengan penjawat awam dari agensi lain... masa tu selain dari agensi kami, ada beberapa agensi lain yang ikut berkursus.. ok lah jugak kan. dapat berkenalan dengan kawan baru. Antara syarat kursus ialah tidak boleh berhubung dengan keluarga.. maknanya semua handphone yang ada akan disimpan oleh pihak pentadbiran kem dan akan diserahkan kembali kepada kami pada hari terakhir kursus.. Fuhhh.. 9 hari yang sangat memedihkan hati dan jiwa.. aku tak rindukan abang suami, aku rindukan Raudhah yang baru berusia setahun 3 bulan.
Kem ini terletak di dalam hutan.. rasa aku hutan tempat tadahan air. Ingat tak kes Altantuya?.. kem ini terletak dekat kawasan mayat Altantuya diletupkan. Dalam masa 9 hari berkursus, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil terdiri dalam 12 orang kot (lupa ler.. kisah dah lama.. hehehe), Ada beberapa aktiviti yang wajib disertai bagi membolehkan kami lulus kursus ini, tidak kira secara indvidu atau berkumpulan. Antaranya.. terjun bangunan guna tali.. (lupa lak namanya apa).. berlari dalam 5 kilometer dengan had masa yang telah ditetapkan.. (nasib baik aku lepas.. itupun dah sipi-sipi masanya.. lagi 5 minit nak habis masa.. hish)
Dan aktiviti terakhir yang aku paling tak gemar sangat2 ialah berjalan didalam hutan.. paling aku tak gemar sebab aku ni takut pacat.. dah lah suasana kat kem ni sejuk.. so, pacat punyalah banyak sampaikan kat bilik air, time mandi tu, kita akan terpandang pacat2 bergayut kat dinding nak melekat kat badan kita.. seram aku!
Ok kita lupakan dulu kisah pacat ni.. sebab aku dah jumpa penyelesaiannya.. kata orang.. badan kita hendaklah dilumur dgn minyak angin.. itulah yang aku buat, mandi minyak angin! sampai ada kengkawan yang perasan dan menegur, sapalah yang berbau minyak gas ni.. hehehe..
Macam aku beritau awal tadi.. kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.. kumpulan aku no 5, so, kami akan dilepaskan mengikut nombor kumpulan, dibiarkan berjalan di dalam hutan mencari  'check point'.. Dan sebelum dilepaskan, kami diberi taklimat oleh komander kem.. dan diberitahu supaya menjaga adab, kelakuan dan percakapan semasa aktiviti ini dilakukan.. lebih2 lagi, kami akan melalui kawasan lokasi mayat Altantuya diletupkan. Masa dengar cietr tu, aku dah seram.. alamak! kena berhati-hati ni.. mulut aku kumat kamit membaca ayat-ayat lazim yang aku ingat.. ayatul kursi dan Al Fatihah.. sebagai pertahanan diri.
Setiap kumpulan, dilepaskan dengan berjarak 5 minit setiap satu.. maknanya.. 5 minit selepas kumpulan no 4 dilepaskan, barulah kumpulan aku bergerak... denai yang kami lalui memang sukar.. berbukit bukau, meredah paya dan alur sungai.., denai ni baru aje dibersihakan oleh komander kem.. so, taklah semak sangat... masa berjalan ni aku diam aje.. hati aku sentiasa berzikir.. takut beb.. Tapi ada jugak ler mulut kengkawan yang celupar.. terutama yang lelaki lah.. mengusik dan menyakat sesama sendiri..
Aku seram sungguh terutama semasa melalui satu kawasan yang lapang dan terbakar.. dan akhirnya kami dimaklumkan, disitulah lokasi mayat Altantuya dijumpai.. hish, nasib baik tak de apa2 yang berlaku pada kami selepas itu. Ok yang aku nak citerkan ialah misteri yang timbul selepas itu.. aktiviti tu berakhir dalam masa 45 minit.. macam biasa pergi dan balik mesti dalam kumpulan..  dan sampai aje ke check point terakhir, kami diminta ke dewan makan untuk menikmati jamuan.. lapaq beb selepas penat berjalan..
Tengah2 syok makan, 1 kumpulan dapat 1 meja, aku perasaan meja kumpulan 4 kosong. eh apa citer ni? Kan kumpulan 4 dilepaskan 5 minit awal dari kumpulan aku.. malah semasa aktiviti tu berlangsung, kumpulan kami tidak ada memotong mana2 kumpulan yang telah dilepaskan awal. Aku perasan riak muka komander dan sarjan macam cemas aje.. malah untuk kepastian, diaorang siap tanya kat meja kami, ada tak perasaan muka2 anggota kumpulan 4 yang terdiri dari kawan2 kami jugak!..
Dah hampir habis makan.. masa tu tempoh makan dilamakan sikit dalam 45 minit.. barulah anggota kumpulan 4 sampai.. muka masing2 nampak letih bebenor.. kesian sungguh.. kami pon tak tanya banyak2 sebab paham diaorang penat..
So, setelah beberapa hari kejadian tu.. lepas habis kursus, aku ambil kesempatan bertanyakan pada kawan aku yang dalam kumpulan 4, peristiwa yang terjadi semasa dia masuk hutan tu.. diapon pelik macamana kiatorang yang lewat 5 minit daripada dia.. sampai dulu kat check point terakhir.. Aku tanyalah ada tak apa2 perkara yang pelik berlaku atau dilihat masa dia 'jungle tracking' tu.. kata dia tak ada, biasa aje.. laluannya berbukit bukau dan meredah paya macam yang kami buat.. Pelik jugak kan.. kami sama-sama terdiam bila memikirkan misteri disebalik perkara yang berlaku.. tak tahu nak kata dan jawab apa.. hanya ALLAH sahaja yang tahu perkara sebenar, cuma aku rasa ada ahli2 kumpulan 4 yang bermulut celupar dan cakap lepas aje semasa aktivit tu dijalankan.. sebab aku tahu, anggota kumpulan 4 ada yang suka cakap besar..  Apa2 pon, nasib baik semuanya selamat dan dapat kembali semula ke pangkuan keluarga.. Kisah ni walau pon misteri, tetapi ia jadi pengajaran pada aku.. jangan suka cakap besar terutama bila berada kat tempat2 orang..  kita tak tahu kan..

Isnin, 26 November 2012

Budak Gemuk Nama Medan




Ini  anak bulus aku, namanya Medan.. pelik kan nama dia.. abg suami yang bagi..sebab dia di kutip di Medan Selera Bandar Penawar. Aku suka kucing ni sebab dia nampak cerdik.. tahu kat mana tempat nak poo dan pee.. (itu yang paling aku titikberatkan tau).. 
Dia suka kejutkan aku.. bila pukul 6 pagi tu, kalau aku masih tak bangun, mulalah dia meletakkan hidung dia kat hidung kita.. biasalah hidung kucing ni.. sejuk aje.. mesti aku terbangun punya sebab terperanjat apa lah yng sejuk2 melekat kat hidung ni.. rupanya hidung si Medan..
Budak ni gemuk aje.. tapi tak kuat makan.. cerewet bab makan.. dia cuma suka makan nasi lauk ikan aje.. lauk ayam ke apa ke dia tak pandang.. bab ni buat abg suami marah.. sebab kata dia.. penat tau tumbuk ayam dan gaul nasi! itulah nak lagi bela kucing.. hehehe
Sebab Medan ni duduk aje dalam rumah, bila ada kucing luar masuk, mulalah dia suka.. suka membuli. Paling gemar menyakat anak Citam yang berempat tu.. sampai kitaorang terpaksa masuk campur meleraikan pergaduhan mereka..
Dan paling aku suka bila time aku balik keja, Si Medan ada dalam keta.. turut menjemput.. tu bila dia dah boring duduk dalam rumah lah tu... hehehe

Khamis, 22 November 2012

Budak Kucing Nama Cimbe...

Salam...
Macam biasalah kisah dunia aku.. salah satunya ialah kucing.. ini anak kucing aku... generasi ketiga dalam belaan aku.. anak si Palit! Namanya Cimbe.. hadir dua beradik dalam hidup kami sekeluarga, satu namanya Cimbe dan seekor lagi diberi nama 'Padaiyappa', Mula-mula duduk dalam rumah, lepas tu kami keluarkan bila mereka start 'menanda kawasan'. tak lama duduk kat luar.. Padaiyappa hilang. Puas jugak aku dan abg suami mencarinya.. dan akhirnya kami redha akan kehilangan Padaiyappa..
Apa yang aku nak citer ni ialah kisah Cimbe, Umur Cimbe ni adalah dalam 2 tahun.. Citernya bermula 8 minggu lepas, kaki Cimbe ni luka.. tak pasti luka disebabkan oleh apa, so, aku celup aje dengan minyak gamat.. Alhamdulillah baik..  tak lama kemudian, aku dan abg suami dapati Cimbe ni hilang! Ghaib dari kawasan rumah..  begitu jugak kucing-kucing jantan yang aku bagi makan.. salah seekornya aku panggil 'Boya" .. kucing jantan tua yang selalu minta makan dan akhirnya menjadi penghuni tetap verandah rumah aku.. hanya aku aje yang boleh pegang dan belai kucing ni.. abg suami tidak.. si Boya ni garang dengan abg suami!
Dekat dua minggu Cimbe hilang, tetiba aje dia pulang ke rumah dalam keadaan terhincut-hincut.. luka tangannya yang hampir pulih tu bengkak dan membiru.. paling haru di sangat-sangat lapar.. Begitu juga Boya.. jika Cimbe balik waktu pagi.. Boya pulak sampai waktu maghrib.. jugak dengan kelaparan dan tangan yang bengkak dan membiru ! Dari pengamatan aku, si Cimbe ni baru balik dari berjalan jauh.. Macam biasa, aku tuang minyak gamat lagi..  tapi tak dapat melakukannya pada Boya sebab dia nampak takut sangat-sangat.
Dua hari kemudian, aku tercium bau busuk.. bangkai apa pulak ni?.. rupa-rupanya.. ulat sudah membiak dalam luka Cimbe.. punyalah banyak sampaikan aku yang penakut dengan ulat ni.. (eh.. eh.. bukan takut! aku geli!) tetiba aku jadi berani.. setiap kali ada waktu yang terluang.. aku dan abg suami akan mengerjakan ulat tu.. macam-macam ubat yang kami guna.. kebanyakkannya masa kami sebur aje dengan dettol.. Cime pon dah tak kisah.. dia diam aje saat aku menarik ulat yang rakus memakan daging dia ni.. dan hasilnya.. tada..



Inilah hasil usaha keras kami.. setelah dikuratinkan 3 minggu.. akhirnya Cimbe bebas dari serangan ulat.. cuma yang sadisnya tangan dia tak dapat diselamatkan.. Aku ler yang jadi tukang potong daging tangan dia yang membusuk tu.. tu pon sebab dah tak sanggup melihat Cimbe menyeret daging tangannya yang dah terkulai tu ke sana sini..  Tapi itu kisah 4 minggu lepas.. berita terkini lagi sadis.. tunggu aje ler aku sambung citer iye..
Tapi Boya tak dapat kami selamatkan.. aku jumpa dia dalam keadaan yang sangat-sangat teruk.. Ulat bukan sahaja berada di dalam daging tangan yang telah membusuk, tetapi turut berada di bahagian leher.. Rupa-rupanya ini jenis ulat pemakan daging segar.. di depan mata aku, aku melihat sendiri bagaimana ulat-ulat tu cuba membuat lubang kat daging tangan dia yang sebelah lagi.. kemain kuat lagi dia meraung.. Kami berusaha sedaya upa untuk mencabut keluar ulat kat tangan dan leher.. punyalah dahsyat keadaan si Boya.. sampai aku boleh nampak lubang tekak dia.. dalam dua hari dia menderita.. akhirnya Boya pergi jugak.. iyelah aku redha aje.. sebab tak tahan rasa hati melihat penderitaan dia.. apa yang di makan dan di minum akan keluar dari lubang yang dibuat ulat kat leher dia.. sadis sungguh.. tapi aku puashati sebab walau Boya bukan kucing aku.. dia kucing mendatang.. hadirnya dalam keadaan sudah sangat-sangat tua, dengan air liur menjejes aje.. tapi aku tetap bagi makan dan layan dia mcm kucing sendiri..
Sampai sekarang aku dan abg suami tertanya-tanya.. apa dah jadi sepanjang  kehilangan Cimbe dan Boya selama dua minggu sehingga pengakhirannya begitu kejam sekali.. kena buang orang ke atau cuba 'menanda kawasan'  yang lebih besar? Kalau Cimbe tu aku percayalah.. ini Si Boya yang dah tua sangat2. Kejanya cuma tahu makan dan selebihnya melepak atas bontot pasu! Tidur sambil menunggu saat aku panggil makan. Hanya Allah aje yang tahu citer sebenar makhlukNya ini..


Rabu, 7 November 2012

Buat Apa tu?


Buat apa tu Aiman?..

Ralit sungguh!


Baru sedar emak dia panggil.. isk13x

eh.. ralit sungguh.. citer apa?

Oooo "Hantu Durian" rupa-rupanya... patutlah leka..


Anak bujang aku ni jenis manusia yang boleh hidup sendiri dan berdikari.. memang senang jaga si Aiman ni. Dia tahu yang dia tidak dipedulikan oleh si kakak time kakak ada kawan baru ( lupa lah tu dia ada adik!).. So, diam-diam Aiman datang pada aku sambil hulur ipad.. mintak tolong bukakan.. Dan kalau aku kata aku sedang 'charger' ipad tu, sanggup tu duduk sebelah ipad menunggu masa sampai boleh guna.. Alhamdulillah.. anak baik yang mendengar kata! Terima kasih Ya ALLAH!

Pokok Kapal Terbang

Aku baru tahu citer ni.. rupanya pokok kat bawah ni boleh digunakan untuk mengubat sakit sendi iaitu gout. Caranya ialah dengan menepek daun pokok ini yang telah direnyuk-renyukkan di tempat yang sakit, balut dan biarkan.. Seeelok-eloknya dibuat pada waktu nak tido..Selain dari tu, ( ceh.. macam nak buat karangan)  daun pokok ini pon boleh digunakan untuk mengeluarkan selumbar yang menusuk daging.. terutama kalau daging tu dah busuk dan bernanah. Caranya serupa macam kat atas tadi.. tepek tempat daging yang membusuk tu dengan daun pokok ni.. dan balut serta dibiarkan untuk selama beberapa jam. Selumbar ini akan keluar dari daging kita yang busuk dan bernanah. ( Anak jiran aku telah membuktikannya - bertahun merana kerana serpihan kayu tertinggal di dalam daging.. hingga mati jari tangan dia, nak membaikkannya dengan menepek daun pokok ni kat luka dan hasilnya, serpihan kayu tu keluar, 2-3 hari kemudian, luka dia pon baik!)
Ciri-ciri pokok ni dia mempunyai daun yang serupa seperti daun sirih, dan berbulu halus.. macam rupa pokok senduduk bulu..  Batang dia hijau dan selalu kita temui di tepi-tepi jalan raya. Selalunya pokok ni akan dihapuskan sebab nampak "menyemak"  aja kat tepi jalan. Ia dikenali dengan nama pokok Kapal Terbang.. apa kena mengena kapal terbang dengan pokok ni.. aku tak tahu.. Tapi kat bawah ni adalah ciri-ciri pokok ni..




Batang dia berbulu begitu juga daun dia..

Mula-mula dia akan tumbuh serumpun sebelum batangnya menjalar bagi membolehkan ia membiak. Ohh.. sebab itulah pokok ini selalu ditebas oleh mesin potong rumput! Walau apa pun, jangan sangka pokok yang nampak macam semak aje tu tak de gunanya..

Selasa, 6 November 2012

Kak Dah Oh Kak Dah!



Aku tak tahu kenapa... tapi bila aku perhatikan dan teliti.. kemudian  aku dapati ialah.. anak sulungku ini :


Suka ambil gambar pesen ini....

Ni pon sama.. sepesen aje...

Suka main kucing.. (ni kucing sapa aje lah yang kena peluk!)

Teruja dengan barangan besi terutama jika ia boleh terbang..

Sesuka aje ajak orang bergambar

Ni lagi satu pesen dia bila bergambar..

Ni adalah beg tempat dia isi segala peralatan kedoktoran.. ni gara2 tengok kartun DocMcstuffin..


Suka nak buat tanduk kat adik dia!.. nampak ak muka pelik aiman?

Aku paling suka gambar ni... hari dia terima sijil konvo TAJ

Dan inilah kegilaan dia.. ipad jenama murah aje.. Made in China..