Rabu, 15 Ogos 2012

Satu Cerita Yang Sedih...

Kisah ni dah lama, adalah dalam 2-3 tahun berlaku dalam hidup aku.. Ia bermula dengan kisah kucing, aku memang suka kucing, membela dan menyayangi kucing  dah menjadi habit aku.. kerana tu bila bertemu dan berkenalan dengan seseorang yang suka kucing, dengan mudahnya aku jadi mesra dan rapat. Begitulah kisahnya aku bertemu Nida, kami kenal macam tu aje. Dek kerana aku dan Nida suka kucing, kalau berjumpa sesekali tu, citer yang mula-mula terkeluar dari mulut kami ialah perihal kucing. Begitulah selalunya.. dan sehinggalah  terjadinya satu peristiwa yang aku sifatkan sebagai bencana dalam hidup aku, hubungan aku dengan Nida juga terputus.
Masa berlalu, tiba2 aku dihubungi oleh Nida, ingatkan nak apa.. rupa-rupanya dia meminta aku menolong dia menjaga kucing2 dia. Katanya tak sanggup melihat kucing-kucing dia yang dibela dari kecil kini telah membesar, dan masih terkurung di dalam sangkar. Dan dalam situasi di rumah yang hanya dia sahaja menyukai kucing-kucing tu, nasib kucing2 tiada kepastian. Tak sampai hati mendengar citer dia, aku pon setuju.
Dan bermulalah satu kisah sedih.. Nida menghantar 3 ekor kucing yang dimasukkan di dalam satu sangkar. Namanya Ireng.. sebab warnanya hitam legam, Manis dan yang last pulak si Capok.  Dengan janji mulut yang aku akan menjaga mereka dengan sepenuh hati, Nida menyerahkan kucing2 dia kepada aku, saat Nida nak balik, aku melihat airmatanya bergenang..
Hari pertama aku membela mereka, aku telah menghilangkan si Capok, dia terlepas dari sangkar, berlari dan tidak menoleh lagi. Sebak aku rasa... kesal pon ada, Hampir 4 bulan berlalu, aku melihat tiada kegembiraan di mata dua ekor lagi kucing2 tu. Ialah mereka tidak diterima dalam komuniti kucing aku.. Perlahan-lahan kesedihan mula memakan si Manis, bulunya yang tebal dan lembut mula gugur, dan kulit dia mula kering dan gatal2, walau aku cuba mengubati, tapi tak berjaya langsung. Manis akhirnya mati dalam keadaan sangat2 menderita. Sedih betul aku.. Tidak mahu citer sedih berulang, Ireng aku jaga dengan bersungguh2, tapi itulah, rupanya usia dia pon tak panjang, teruja dapat lepas dari sangkar, semua yang ditemui dan dijumpai akan diperhati, diteliti dan dirasai. Dan nasib Ireng tak baik bila dia terjumpa lipas.. agaknya sedap sangat rasa lipas tu ditekak seekor kucing.. tidak lama selepas dia memakan lipas, Ireng diserang batuk yang sangat2 kronik.. ngeri aku dan abg suami bila melihat keadaan Ireng bila dia batuk. Sebulan lamanya dia menderita.. akhirnya Ireng pon mati..
Terkedu aku menangani situasi ini.. tak sampai hati nak beritahu Nida, ialah harapan Nida moga2 dia menyerahkan kucing2 dia agar aku dapat memeliharanya dengan baik, tapi sudahnya hampa jua.. Sampai sekarang aku tak pernah beritahu Nida nasib yang menimpa kucing2 dia.. Aku malu dan sedih.
Dan yang menyebabkan aku jadi bertambah sedih, satu hati Si Capok balik ke rumah, dia dah jadi kucing betina yang comel, gebu dan sedang bunting masa tu.. gembira sungguh aku tapi akhirnya Capok lari jugak bila komuniti kucing aku masih lagi tidak menerima dia.. Sedihnya aku... selalu dalam doa selepas solat, aku mengharapkan agar ada manusia yang baik hatinya sanggup membela Capok, mudah2an rumah di tempat Capok menumpang itu, manusianya berhati seputih salju.. penuh dengan sifat perikemanusiaan kepada binatang... mudah-mudahan adalah manusia yang sanggup membela Si Capok. Alangkah bahagianya hati aku jika apa yang aku minta ini jadi kenyataan.. amin