Memaparkan catatan dengan label Dunia aku... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia aku... Papar semua catatan

Selasa, 24 Mac 2015

BERSAWANG GILERR...

Fuhhh.. Fuhhhh.. Fuhhh..
Penat wooiii.. Tiup habuk dekat blog aku ni.. banyaknya sawang.. dekat setahun tak jenguk.. sampai aku terlupa apa nama blog aku ni.. huhuhu.. boleh gituuu..
Apa ler yg menyebabkan aku terlupa pasal blog aku ni iye ?????.. ceh.. satu pertanyaan konon.. eheheh.. konon2 aku sibuk ler.. bz dengan projek tudung yang ber layer2 tu.. tapi sudahnya.. aku tinggal jugak.. pasal aku pon tak sanggup nak pakai apa yang aku jahit.. level confident aku zero.. bila pakai tudung yang aku buat sendiri.. tengok.. tengok.. aku pun tak yakin nak pakai.. so, mesti tak de orang yang yakin nak beli... iye tak.. Gitu ler kisahnya..
Menanah aje hati bila asyik kena perli dengan abang suami... iyeler modal dah keluar.. sudah2.. tak jadi apa.. ntah apa2..
Tu yang mogok tu.. tak nak wat apa2..
Tapi rasanya sia2 aje mogok aku tu..
So, mulai sekarang .. jeng jeng jeng.. i'am back!!!
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..... semoga ada sinar dihujung jalan ini..Amin

Isnin, 9 Disember 2013

Aku, Aiman Dan Citer Ke Pawagam!!!!

Menunaikan suatu permintaan dan ianya bukan sebuah janji.. sebenarnya nak menggembirakan Raudhah aka kakak yang teringin nak ke pawagam... lebih-lebih lagi bila iklan filem 'Frozen" selalu ditunjukkan time dia leka menonton disney junior di Astro.
So, petang Ahad lepas kami pergi, aku, encik suami, kakak dan jugak Aiman.. hah budak ni terpaksalah dibawa, tak boleh nak ditinggalkan, walau aku dari air tawar.. aku tetap berkeras nak bawak jugak.. pertama tak sampai hati, yang kedua pulak  emak awal2 dah bagi tahu, tak sanggup nak bela Aiman... macam2 karenah yang dia kena hadapi, bukannya  Aiman boleh duduk diam, ngeri jugak mengenangkan apalah yang bakal berlaku di dalam pawagam nanti.
Kami tengok citer Frozen ni kat Kota aje.. Pawagam MBO heritage.. betul ke namanya ni? Untuk 4 orang .. aku dan encik suami kena RM14 seorang.. sementara kakak pulak tiketnya RM9.00.. Aiman pulak boleh dipangku. Dengar macam murah aje kan, yang tak tahan tu sampingannya.. dengan bertih jagung, jajannya dan airnya.. kiranya bajet yang aku bawak.. ngam2 aje untuk kami 4 beranak.. fuh!!! legaaaa.
Masuk pukul 3.30 petang.. dan selain kami berempat, ada 11 orang lagi penontonnya... Start aje citer, Aiman mula buat perangai.. mula2.. dia menjerit (nasib baik tak menangis!!!) bila lampu panggung ditutup. Mulut dia tak reti diam, aku pon pening, kakak pulak lebih rileks.. iyelah sebab aku suruh dia janji untuk tak buat perangai.. so, dia nampak seronok dan menikmati setiap detik citer..
Paling aku tak tahan bila Aiman kemaruk makan bertih jagung, aku ngeri ni sebab bertih ni kalau silap makan, kita akan tersedak dan mmmmmmmmmmmuuuuuuunnnntaaaaahhhhhhh.
Dan itulah yang berlaku, Aiman tersedak dan muntah dalam panggung!!!. Aduh, malunya aku.. tak tahu nak letak muka kat mana terutama bila penonton depan asyik menoleh kebelakang sebab terganggu dengan bau masam muntah yang dah berterabur di lantai.
Dengan tebal muka aku keluar panggung dan beritahu pada tukang cuci panggung.. Kata dia, pembersihan hanya dapat dibuat bila citer selesai untuk tidak mengganggu penonton lain.. Alamak! macamana ni? So, terpaksalah aku menjadi mak cik cleaner..   mencuci muntah Aiman bagi mengelakkan dia terpijak.. dalam panggung. Sekali lagi aku beritahu.. tukang cuci muntah dalam panggung..  hanccussss sungguh hajat nak tengok citer Frozen dengan tenang. Keseronokkan menonton tenggelam dalam api geram pada karenah Aiman.

Nampak tak bungkusan plastik tu.. dalam tu penuh dengan baju sejuk Aiman dan kakak yang kena muntah..

Konon-konon kena makan dek dinasour.. bab bergaya ni, kakak memang terrorr.. heheh

Reaksi kakak yang seronok sangat.. dan kebaikkkan Aiman.. cuma 5 minit aje dia ok rupanya..
 
Lupa lak nak citer... dalam bab cuci-cuci panggung ni encik suami tak masuk campur.. Bukan kerana dia geli.. sebenarnya Frozen tengok dia... bukannya dia tengok Frozen.. apa da, buat rugi duit aje.. . Abis tengok citer, dengan baju kena muntah, kita orang jalan2 kat MBO tu, sempatlah sambar apa yang patut.. hehehe
 
 
 

Sabtu, 15 September 2012

Aku Rindu Gebusss

Aku rindu pada Gebusss.. semua benda yang pernah digunakan oleh Gebuss akan menyebabkan aku teringatkan dia, melihat picagari comel yang masih tergolek dalam cawan, melihat susu Hi Goat yang ada lagi setengah kotak- terbiar kat dalam bakul.. susu tu aku beli untuk Gebuss... bila aku terpandang aje benda-benda tu semua, serta merta aku teringatkan Gebusss.. kucing hitam putih yang aku bela dari baby lagi..
Abg suami aku memang suka kutip kucing.. dan salah seekornya si Gebuss inilah, dia datang dalam hidup kami dua beradik.. tapi adiknya mati tidak sampai 2 minggu aku membelanya... masih baby lagi dan dijumpai di dalam tong sampah.. tak sampai hati, abg suami bawa balik.. 
Aku yang memang sayang dan suka sangat2 pada kucing ni, tak kisah tapi aku akui penat sikit dan adakalanya ia jadi bosan bila aku penat.. Budak Gebuss ni, cara minum dalam picagari, bagi makan pun jenis nasi yang lembut, ataupun whiskas baby punya, susu dia pulak, aku bagi HiGoat.. (ramai yang tak setuju bila tahu aku bagi anak kucing ni susu HiGoat, terutama kakak ipar aku, tapi  aku sendiri tak tahu nak cari kat mana susu kucing ni, aku pulak bukannya jenis suka window shopping dgn abang suami, paling jauh kitaorang pergilah untuk membeli belah ialah Giant Plentong.. itupun time kami servis kereta kat Mutiara Motors Plentong, bila kat sana, memang ada kedai jual haiwan dan juga peralatannya, malangnya susu untuk kucing tiada dalam senarai stok dia..
Berdasarkan pengalaman emak membela si cantikmolek.. berempat beradik.. (emak pernah bela 4 ekor anak kucing berumur 11 hari yang telah kehilangan ibunya) ... kesian sungguh aku tengok masa tu, mula2 bagi susu cair, tak boleh, berak2 anak kucing tu, mak tukaq ke susu tepung Dupro untuk baby 6 baru lahir.. (aku ler jadi tukang beli susu tu...) pon tak jalan, masa tu HiGoat baru diperkenalkan.. so, aku cadangkan emak bagi anak kucing tu HiGoat, Alhamdulillah. panjang umur masing2.. tapi yg tinggal kini cuma cantikmolek.. dah ada anak pon, 3 ekoq
So, bayangkanlah si Gebus minum susu HiGoat.. Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat, montel dan berisi, cuma yang tak tahan ialah suka mengekor aku.. sambil mulut dia bising aje, aku dah bagi susu pon bising lagi, agaknya nak tidoq kat aku, Aku pernah terdudukkan dia.. ingat dah mati tapi ok lagi, kata orang tua2, kucing kan ada 9 nyawa.. tiap kali aku balik rumah emak, Gebus aku bawa dengan kandang2nya sekali, sampai emak pon suka, kembang bulu dia, main seekor2 kalau aku lepaskan.. tu yg terdudukkan dia tu.. nasib baik panjang umur..
Adalah dalam 2 bulan aku membela dia.. dari umurnya 2 minggu sampai lah dah dua bulan, semakin besar dan montel.. satu hari tu, aku balik rumah emak, tido satu malam, abg suami keja, so, dia tak dapat lah ikut, just jadi tukang hantar aje.. Gebuss aku tinggalkan pd abg suami.. ialah dia pon dah besar, dah dapatt geng main kejar2.. kawan baru dia anak Citam.. kucing betina aku yang tiba2 bawak balik anak dia seramai 4 ekoq.. (terkedu aku dan abg suami) Sebelum naik keta, Gebuss datang kat aku, bising2.. so, aku cakap pada dia macam ni.. "Gebuss duduk rumah diam2, jangan nakal2, emak pergi tak lama, satu malam aje.. Gebuss tinggal dgn abah tau.. jaga diri baik2.." masa tu aku perasaan pandangan mata dia sayu aje..
So, bila aku dijemput oleh abg suami keesokkan petangnya, perkara pertama yang aku tanyakan ialah Gebuss ok tak, kata abg suami, oklah.. lapang dada aku, Bila sampai Penawar, jejak aje kaki kat halaman rumah, hati aku berdebar2, aku terpandang 2-3 ekoq khinzir sedang melepak kat depan rumah aku.. (nama aje duduk Bandar Penawar.. tapi isu khinznir ni tak selesai2 walau dah dua tiga kali aduan aku buat)
Cepat2 kitaorang turun keta cari Gebuss, sebab kata abg suami, Gebus tak dimasukkan dalam kandang masa dia nak gi jemput aku tadi.. Dan apa yang aku takuti terjadi, kami jumpa Gebuss tinggal nyawa2 ikan, leper badan dia dihempas oleh khinzir, aku ampu badan Gebuss, bawa dia masuk dalam kotak, balut dalam tuala panas, aku dengar dengkuran manja dari dia, bila aku panggil2 nama dia, aku tengok dia menyahut sambil tangan dia memicit tangan aku.. sedap sikit hati aku melihat perkembangan Gebuss, aku bagi dia susu.. dan harapan Gebuss boleh baik.. tapi esok paginya bila aku jenguk,, Gebuss dah mati, sampai sekarang hati aku ralat.. sebab budak Gebuss ni tinggalkan aku dalam keadaan badan dia montel dan gebu.. sedih sungguh.. Sebab tu segala barang yang pernah digunakan oleh Gebuss, bila aku terpandang aje akan cepat mengingatkan aku pada Gebuss dan masa tu hati aku  akan jadi sedih dan ralat.. kalaulah.. tapi kata orang tak baik kita sentiasa sebut berkalau ni.. macam menolak takdirkan.. sampai sekarang aku tak pernah lupa pada pandangan mata Gebusss kali terkhir dia melihat aku masa dia sihat.. pandangan tu sayu dan dalam, macam nak ucap selamat tinggal aje.. sebaknya.. isk13x