Selasa, 8 Januari 2013

Selamat Tahun Baru

 Assalamualaikum...

8 hari berlalu.. ketibaan tahun baru aku sambut cara biasa aje.. Tak perlu berhibur berlebihan kerana aku mahu sambutan tahun baru ini biarlah ia dalam keadaan 'bersih dan suci'.. maksud aku ialah sepanjang 2012 bermacam perkara telah dibuat dan terbuat samada secara sengaja ataupun tidak..  so, pada minit-minit terakhir 2012, mengenangkan segala perkara yang berlaku ada rasa sebak di dada. So, bila 2013 hadir, aku mahu meninggalkan segala tabiat buruk.. iye ke?  Perginya 2012 bersama segala keburukan yang aku telah buat.. mudah2an. Kononnya tahun 2013 ini.. jadi baik kot.. Insya ALLAH..
Berkenaan azam.. minta maaf tak dapat nak didedahkan.. hehehe.. malu nak sebut sebab selalunya bila dipikir balik.. rasanya azam aku tak pernah berjaya.. So, biarlah segala azam tu disimpan di dalam hati aje iye.. biar aku sendiri tahu... cewaah...
Dan maaflah setelah 8 hari baru teringat nak buat ucapan.. kan aku dah cakap awal-awal tadi, aku sambut kehadiran tahun baru ni biasa-biasa saja..
 
 
Selamat Tahun Baru!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selasa, 18 Disember 2012

Resepi Udang Masak Mentega

Aku ni bab memasak memang hancuss.. Cuba jugak aku amsak lauk macam daging, ayam, udang .. tapi kesudahannya.. tak sedap. ini diaku oleh abg suami.. dia tak cakap tapi aku tahu bila dia makan lauk aku tak bertambah nasi.. maknanya tak sedaplah tu... hehehe. Cuma hari tu aku telah mencoba satu resepi baru.. udang masak mentega.. Aku dapat di internet..  belek punya belek kat internet.. mencari resepi yang sesuai dengan tekak aku dan abg suami, dan paling penting tekak Raudhah... terjumpalah aku satu resepi ni.. dari blog http://www.hairul.com/ ... . memandangkan udang dah ada, bantai ajelah.. resepi ni aku dah ubahsuai sikit dari resepi asal.. maaf iye En  Hairul... maghrib2 nak cari 3 dahan pokok kari.. jenuh jugak iye.. dan hasilnya.. tada... licin dah pinggan lauk.. abg suami sampai bertambah 4 kali nasi.. Then lepas tu membebel kerana aku lah perut dia buncit.. tak senonoh sungguh!
Maaflah kekawan, tak sempat ambil gambar... dah licin... apa2 pun kat bawah ni resepinya iye. Cubalah..

Bahan-bahannya :

4 sudu mentega ( aku guna majerin aje... apa yg adalah kat dapur tu)
4 biji kuning telur
1 sudu serbuk kunyit
1/2 kilo udang galah
4 sudu serbuk kari daging babas
3 ulas bawang putih - dicincang halus
3 biji lada cili - nak lagi pedas letak ler banyak2.. (ikut selera tekak iye)
5 sudu minyak masak
1 cawan air

Cara Membuatnya :

Pukul kuning telur( jangan sampai kembang sangat- nanti tak jadi)
Cairkan majerin dalam kuali... bila dah cair, masukkan kuning telur tu.. (cara terbaik- tuang kuning telur tu tinggi2 sambil tangan sebelah lagi memutar telur bersama cairan majerin dlm kuali.
Letak serbuk kunyit and then telur tu  diangkat segera  menggunakan penapis  sebelum majerin tu membuak-buak tau. Cairan majerin terus dibuang dan tidak digunakan lagi
Panaskan minyak masak... tumis bawang putih dan lada sampai naik bau, masukkan udang dan bila dah serasi taburkan serbuk kari. Jangan lupa masukkan garam dan gula. then masukkan air untuk melembutkan udang. Biarkan dulu dan bila air hampir kering, dan dah sedap rasa garam dan gula, taburkan telur tadi. Biarkan sekejap... dan boleh diangkat. Dicadangkan makan panas-panas.. kaw tau!
Selamat mencuba!

Ahad, 16 Disember 2012

Kek Oren Badam

Mula-mula aku buat kek.. ialah kek menggunakan mejerin ni.. tu citer masa aku berusia 15 tahun, so memang dari dulu aku memang suka buat kek.. so, tapi makan nya aku tak berapa gemar, suka buat aje.. kalau ada kesempatan tiap-tiap minggu aku mesti buat.. macam gian gitu. Kat bawah ni resepinya... sesapa yg suka makan kek, boleh cuba iye...

Bahan-bahannya :
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan majerin
2 sudu besar susu pekat
2 sudu teh serbuk penaik - baking soda
1 sudu teh esen oren
5 biji telur - gred A ( kalau Gred B sila guna 6 biji)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan badam cincang
1 biji oren - diparut kulitnya

Cara Membuatnya
Mula-mula pukul gula dan majerin hingga kembang..
Masukkan telur sebiji demi sebiji  ke dalam adunan gula majerin tu sambil dipukul rata
Masukkan esen oren dan susu pekat
Then masukkan tepung yang telah digaul dengan serbuk penaik
Masukkan kulit oren yang dah diparut dan buah badam cincang.. godak sampai rata.
Masukkan dalam loyang pembakar dan bakar sampai masak

Selasa, 11 Disember 2012

Kalau Dah Tak Suka!!!..

Aku suka citer ni.. mula-mula baca dalam laman web http :/// www.megasutra.com.. dulu laman web ni mengandungi citer-citer pendek dan maklumat tentang sejarah Melayu.. dulu lah, sekarang ni laman web ni dah tak berfungsi.. (agaknya kot?) Aku buka laman web ni semata-mata nak membaca citer ni.. sebuah citer yang membantu menyedarkan aku untuk bersyukur dan menghargai apa yang aku ada.. ialah, kekadang2 aku tidak nafikan jauh di lubuk hati.. akan ada "sekelumit" (bahasa apa ni iye.. tapi aku selalu menggunakannya.. agaknya bahasa orang jambi kot!???!) perasaan tidak berpuashati dengan apa yang kita ada.. Akan timbul perasaan marah, sakit hati dan geram.. dan adakalanya ia dilepaskan pada yang tidak tahu apa2.. Raudhahlah yang selalu kena.. So, bila aku dalam keadaan tidak berpuashati, aku akan baca citer ni.. ia akan dengan cepat menyedarkan aku.. dan aku tidak mahu melalui nasib seperti Shamizi.. merasa  kehilangan setelah semuanya diambil olehNya..sedangkan itulah yang selalu diminta oleh Shamizi.. meskipun terdapat beberapa perenggan citer yang tak ada.. kalau ada lagi lebih meruntun jiwa.. tapi bolehlah ia dibaca untuk renungan dan iktibar serta peringatan pada diri kita.. semua yang ada di dunia ini adalah pinjaman aje.. hargailah selagi ada..  sebab kalau kita tidak suka.. ia boleh diambil bila-bila masa.. masa tu nak menyesal pon dah tak de guna! So.. nikmatilah citer ni iye..


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj.  "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya. "Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar

 anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila…" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu…"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

" Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana."

"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya.

Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.."

 "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"

 Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya.

Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya.. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.

"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."

"Abang tak suka tengok papa marah-marah.."

 "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

"Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan.

Baju mamanya dipegang kejap. Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan.

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah.

Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

 "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

 "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti.. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.
"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

"Laila…"

 "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.

 "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah..."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam.

"Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik."

"Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

 "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!"

Laila merenungnya dalam... Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan," Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung ketika memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya untuk menerima Laila dan anak-anaknya dengan seikhlas hati, mereka dipulangkan kepada penciptaNya meninggalkan dia yang kini hidup penuh dengan kesalan..

*Nota Kaki :
Kredit pada penulis.. terima kasih untuk sebuah citer yang penuh pengajaran.

Isnin, 10 Disember 2012

Palit Oh Palit

Ini anak bulus aku yang setakat ni paling lama aku bela. Namanya Palit, umurnya adalah dalam 8 tahun. Masih sihat dan gebu.. Palit ni lahir dua beradik.. adiknya emak beri nama sejemput... Lahirnya atas katil aku, masa aku bujang ler..so, dapat dibayangkan betapa rapatnya aku dengan budak bulus ni.. dari baby lagi dah aku ulit.. pagi petang.. siang dan malam. Bila aku kawen, Palit aku tinggalkan pada emak, tapi tulah, tak lama kemudian emak mengadu, abis anak ayam emak turun sepuluh dan tinggal zero.. anak ayam di makan oleh si Palit, tinggal ibu ayam meroyan. Bila mengadu pada abah... sonang aje citer abah,, buang aje si Palit ni kat kebun kelapa sawit. ngeri aku membayangkan segala kemungkinan... kot2 kalau Palit tak leh survive.. kena makan ular ke apa ke macamana? Sudahnya, aku pujuk abang suami untuk membawa Palit ke Penawar.. nasib baik abg suami sudi menerima Palit..
Kini Palit dalam jagaan aku.. dah tak makan ayam lagi sebab kat kawasan perumahan ini sapalah yg bela ayam kan.. Sejak duduk kat Penawar ni.. Palit dah jadi kucing outdoor.. ada jugak aku ajak dia masuk rumah, tapi selalunya tak bertahan lama. Satu perkara tentang Palit yang buat aku kagum ialah cara dia jaga badan.. tetap maintain gitu walau saban tahun beranak.., citer pasal anak dia, setakat ni yang hidup cuma dua ekor aje.. Si Padaiyappa dan Shinbeii...  citarasa Palit bab mencari 'suami' ni sangat tinggi.. dia berkenan dengan kucing jantan yang cun, berbulu tebal dan ala-ala kucing parsi ke kucing siam ke.. aku pernah tengok sendiri Palit mengoda seekor kucing jantan jenis kucing Parsi tapi kucing tu duduk dalam sangkar.. gelihati pulak bila melihat situasi yang berlaku.. sudahnya cinta Palit tak kesampaian..
Tapi kali ni aku nak tunjuk gambar Palit dengan anaknya.. memang jenis spesis bulu kembang, hidung kemek dan comel2.. tapi macam biasa.. anak2 dia tak panjang umur.. Tak pelah tak de rezeki.. Apa yg aku harapkan semoga aku diberi peluang membela Palit lama lagi... aku sayangkan Palit sangat-sangat..

Ahad, 9 Disember 2012

Erti Seorang Pengasuh...

Dalam tahun ini kita kecoh kan dengan isu pengasuh sebuah Taska yang sanggup memasang pita pelekat kat mulut baby yang dijaganya semata2 kerana baby tu suka buat "bising". Then budak2 lain yang dijaga ada dibedung dengan ketat.. isu ni sensitif.. aku malas ler nak citer panjang lebar..sebab Aiman dan Raudhah pun dihantar ke pengasuh.. cuma yang mengasuhnya dalah Wak Yah dia.. kakak ipar aku yang menetap bersama ibu dan bapa mentua aku. ini citer dari pengalaman aku.. iyelah kita kan dulu pernah kecik.. pengasuh ni ada dua jenis.. yang memang suka dan sayang budak dan suka dengan keja sebagai pengasuh. Sementara satu jenis lagi yang bekerja sebagai pengasuh semata2 kerana duit.
Masa aku kecik2 dulu, time emak ikut abah gi motong buah kelapa sawit, kami berdua, masa tu aku baru dapat angah, akan dihantar ke rumah jiran untuk dijaga. Duduklah kami kat rumah jiran tu sampai emak dan abah balik. Pengasuh yang membela tu adalah seorang wanita tua.. so, paham2 ajelah memang semata2 kerana nak duit. Kita orang tak bleh berlari, bermain atau bising. Kalau emak letak tepi dinding, sampai balik nanti kitaorang masih kat tepi dinding.. tak berani gerak sebab kalau gerak kena jerkah, dijerit-jerit kononnya rumah akan bersepah. Yang pelik tu, bila depan emak pandai pulak pengasuh tu berlakon, kononnya dia adalah pengasuh paling baik, tak segan memeluk dan mencium kami.. cuba kat belakang emak.. kami ni jijik tau. Bila aku dah dewasa, aku tak ingin mengenang saat kena tinggal kat rumah tu, walau dijaga cuma 4 jam setiap 2 minggu, iye adalah saat yang paling2 menyeksakan jiwa. Punyalah aku cuba lupa, hingga dewasa malah hingga mak cik tu meninggal, aku tak rasa sedih.. Biarlah memang dah ajal dia.. sampai begitu sekali.. Tak pernah terniat nak sedekah Al Fatihah khusus untuknya...
Berlainan dengan pengasuh yang memang mengasuh kerana sayang budak.. aku pernah jumpa, seorang makcik tu, dia mengasuh sangat2 ikhlas.. sehinggakan budak yang dibela kini dah 20 tahun umurnya tak pernah lupakan dia, perkara wajib saban tahun ialah, mengunjung rumah pengasuh ni bila tiba hari raya, sepasang sepersalinan untuk pengasuh malah jika ada masa, dia akan melawat pengasuh ni secara mengejut. Dulu masa sekolah, dalam setahun bila tiba cuti sekolah, dia akan tido kat rumah pengasuh ni untuk semalam dua,, sanggup tu turun dari Kedah semata2 kerana sayang sangat dengan pengasuh dia ni.
Perbandingan yang aku citerkan ni, iyelah sebagai peringatan kepada sesapa yang berminat dengan kerja mengasuh budak ni.. terutama yang melakukannya di rumah. Tanggungjawab anda besar.. andalah yang mencorakkan kain putih yang dihantar untuk menjadi manusia.. Iyelah budak inikan umpama kain putih, jika ibu bapa sanggup menyerahkan anaknya kepada anda untuk dijaga jadi tanggungjawab anda mendidik dia menjadi manusia. kalau melakukannya semata2 kerana duit, jadilah macam citer yg pertama tadi.. anda akan dilupakan, nama anda akan terus terpadam dalam ingatan, yg timbul cuma citer seram masa kecik.. Sanggup ke kita nak diri kita dikenang sebagai orang yang kejam.
Sekurang2nya bila kita berlaku adil dan baik pada budak kecik, bila ajal menjemput nanti ada jugak sedekah al fatihah untuk kita dari budak yang pernah kita bela.. baru sejuk dan berkat duit kita.. Tak gitu..

Sabtu, 8 Disember 2012

Aku Kena PUkau ?????!!!???

Tak paham aku.. beberapa hari ni aku macam bengong aje.. sepatah kata kak izan omar.. macam termakan pil tonggong!.. Ni bahasa orang jawa ni.. hehehe., Citernya begini, pada 28 Ogos ni suasananya macam kelam kabut sikit. Apataknya, biasalah kita ni bangsa melayu suka buat keja saat2 akhir. Bayarn cukai harta penggal kedua akan tamat pada 31 hb ni. so, biasalah nak mengelakkan kena denda, semua orang sibuk nak membayar cukai harta ni.. Aku pon apalagi bz ajelah.
Dan tak sangka aku dalam aku bz melayan dan menguruskan orang2 yang nak bayar cukai harta ni, aku boleh kena pukau.. itupun ia disedari bila waktu petang, aku dah close akaun, aku baru menyedari duit aku short RM200. 
Pelik jugak, dan bila aku ingat2 balik, aku baru sedar, ada beberapa kejadian pelik yang berlaku semasa aku menguruskan sorang mamat ni. Antaranya ialah, aku boleh "blur" kod bayaran,  lepas tu "terprint" dua kali bayaran, terpaksalah aku "void"kan bayaran tu semula,  paling mengharukan.. baki duit yang sepatutnya aku cetak.. aku boleh cetak angka kosong.. pelikkan.. lepas tu sepanjang urusan tu berlangsung, telinga aku berdengung aje.. mamat ni datang dua orang... maybe orang rumah dia.. dan apa yang peliknya orang rumah dia ni langsung tak pandang aku, maksud aku dia berdiri setentang dengan aku dan mesin cashier tapi dia membelakangkan aku..  Dan bertambah pelik, mamat ni boleh panggil nama panggilan yang cuma digunakan dikalangan keluarga abang suami aku aje.. Aku pandang2 dan belek jugak muka dia, kot2 dia ni aku kenal ke tak.. tak pulak tapi macamana dia boleh panggil aku guna nama panggilan yang hanya digunakan dalam kalangan ahli keluarga mentua aku. 
Aku ni banyak sangat nama.. nama manja dengan keluarga aku.. lain, nama panggilan kat tempat keja lain dan nama panggilan dikalangan ahli keluarga suami aku lain.. iyelah nama aku ni banyak sangat yang boleh dibuat singkatan.. hehehe..
Dan paling mengejutkan aku, bila aku ingat2 balik.. jumlah bayaran cukai harta mamat ni ialah RM144.00 aje, dia bagi aku duit RM200.00 dan aku boleh bagi balik duit RM200.00 tu pada dia.. Tu yang short duit aku.. Tapi benda ni semua aku sedari setelah keesokkan harinya.. bila aku cuba ingat2 balik, Nak kata macamana, ganti ajelah duit tu guna duit aku... Isk13x.. sedihnya.. itupasal ler aku benci duduk kaunter!
Bila citer pada abg suami, dia pon terkejut, tapi nasib baik kata abg suami dia cuma minta balik duit dia, kalau dia minta semua duit dalam mesih cashier macamana, iye tak iye jugak, masa tu dalam mesin cashier ada RM5000.00 duit tunai. Kalau tak naya aku.. menganiaya orang sungguh mamat ni, aku tak halalkan dunia dan akhirat.. Apa-apa pon ini salah satu sebab aku benci duduk kaunter!