Khamis, 1 November 2012

Bila Dah Berniat..

Aku memang sayang kucing.. kat rumah aku aje ada berbelas ekoq kucing.. yang dikutip, yang dipunggut ( sama aje kan maksudnya), yang datang sendiri ( yang ni aku tak kisah.. yang datang tu kucing tua ke kucing muda ke, anak kucing ke..) asalkan dia datang rumah, pandai bawak diri.. maksud aku tak bergaduh dengan kucing aku, aku menerimanya dengan 'lapang dada' . Aku pernah menerima seekor kucing parsi yang dah tua sangat-sangat dan dah tak de gigi (sapalah tuannya ni..  sampai hati biar kucing 'bulu kembang' ni mencari makan sendiri.. dari pengamatan aku, kucing tua ni dibela dalam sangkar.. dan bila dah nak mati baru dilepaskan - akhirnya aku tahu jugak sapa tuannya!) Kesudahan nasib kucing tua bulu kembang ni.. dua minggu dalam belaan kami yang sangat-sangat menyiksakan.. apa taknya makanan dia semuanya terpaksa dilembutkan.. kesian sungguh aku melihat cara dia makan.. lebih banyak bertabur dilantai dari masuk dalam mulut.. Dua minggu aje aku membela dia sebelum dia mati..
Lupa lak nak beritahu.. kucing2 ni semuanya aku letakkan kat luar rumah.. aku dilarang membawa masuk kucing2 ni, tak bagus untuk kesihatan manusia.. tapi aku pelik jugak sebab aku telah hidup dengan kucing sejak aku lahir.. membesar bersama-sama.. malah dulu rumah emak aku siap berkarpet dan kucing berkeliaran dalam rumah, belum pernah kami dapat semput atau asma kerana kucing! (Bukan nak cakap besar... tapi sistem imun aku sangat2 kebal dari jangkitan penyakit kucing ni). Menghormati kehendak orang tua, so semua kucing yang aku sayang, aku letakkan kat veranda luar ni.. lepas dan bebas..
Tapi ada jugak risikonya... cabaran membela kucing kat kawasan rumah aku ni ialah kami terpaksa berjaga-jaga dengan khinzir.. bab ni memang sakit hati.. aku sedih melihat makanan kucing aku turut dinikmati oleh khinzir.. malah kalau tak ada makanan, anak kucing aku pulak jadi makanan si khinzir ni.. punyalah sedih bila aku tak dapat pertahankan nyawa si ketam.. anak kucing yang baru aku punggut dalam 2 minggu.. ralat sungguh sebab si ketam ni montel dan gebus.. aku tak lupa pandangan mata dia setiap kali minta makan dengan aku..
Sebab tu aku berkeras dengan abg suami, kalau kami buat rumah, akan ada verandah belakang yang bertembok batu dan berpagar besi khas untuk aku letakkan kucing aku. Itu niat aku.. bagi aku jika dah sanggup membela, kita mesti sanggup melindungi.. Niat aku cuma satu, jika aku selesa dengan rumah tu.. aku jugak mahu kucing aku selesa hidup di rumah tu.. ada jaminan keselamatan dan kegembiraan.. walau cuma hidup di luar rumah.. lebih spesifikasi.. tempatnya kat verandah.. tapi mereka gembira..
Mudah2an niat aku itu akan tercapai jua.. Insya ALLAH!

Jangan Pandang Rendah...

Salam semua.. hari ni aku nak citer pasal satu sikap manusia ni..  yang mudah memandang rendah pada keupayaan dan kebolehan orang lain. Aku bercakap ini berdasarkan penilaian orang terhadap aku! Aku jumpa seorang wanita ni.. keja dia pon boleh tahan.. kami berhubung kerana dia adalah salah seorang yang sangat-sangat berminat untuk membeli rumah aku.
Menanti proses jual beli ini selesai.. sampai sekarang tak selesai lagi tau!.. Aku tak kisah sebenarnya.. sesekali bila di'push' oleh rakan sekeliling.. barulah aku bertanya.. dan jawapan yang selalu aku terima saban minggu.. ialah.. masih peringkat PTG (Pejabat Tanah Dan Galian).. aku diamkan aje..
Tapi lama-lama timbul kemusykilan.. ialah, tak ada apa-apa yang telah ditandatangani untuk di bawa ke PTG.. sebab setahu akulah.. urusan di PTG hanya bermula bila S&P dan Borang 14A (Pindahmilik)  telah selesai ditandatangan.
Rupa-rupanya dia dalam proses mencari bank yang sanggup beri loan yang 'tinggi'. Cakap ajelah.. tak usah memperbodohkan aku. Walau aku keja kaunter aje.. aku pon tahulah urusan apa yang layak di bawa ke PTG..sebab dulu pon aku duduk kat Unit Undang-Undang.. setakat Borang 14A -- itu Borang pindahmili.. 16N... itu Borang Melepaskan gadaian.. semuanya aku pernah uruskan..(malas aje nak citer.. takut dinamakan riak! inipon dah bunyi macam riak dan bongkak kan?)
Dan aku rasa si akak ni pon terkejut jugak.. tak sangka aku boleh 'ambush' dia dengan satu sms ugut - terpaksa tau aku buat begini.. ini pon aku lakukan supaya dia tahu yang aku boleh cari siapa peguam dia.. setakat mana urusan dia.. Dan agaknya dia tak menjangka yang aku boleh bertindak sejauh ini.. Sudahnya, barulah bertubi-tubi aku dapat maklumbalas.. hah! kan bagus macam tu.. So, aku tahulah apa citer dan tindakan terkini dia.. Tak gitu! Jauh kat sudut hati, ada sedikit rasa kesal.. aku tahu aku ni orang kecik aje.. tapi janganlah beri alasan yang ntah apa2.. nampak macam nak memperbodohkan orang.. Kang aku dah mengamuk.. Tak naya.. nasib baik aku 'ketuk' sikit aje..Kalau banyak? Hish... ke laut ler jadinya..

Khamis, 25 Oktober 2012

Selamat Menyambut Aidiladha

Selamat Hari Raya Korban.. Aku ucapkan pada semua yang beragama islam.. walau tak berapa nak rasa meriahnya.. ialah mungkin kerana tak de puasa kot.. tapi raya tetap raya.. dengan cuti dan suasana balik kampungnya.. Cuma tahun ni aku tak ambil cuti.. ini pon dinamakan pengorbanan.. err bukan cuti dah abis ke?.. mengungkit ler tu.. tak baik sungguh aku ni..
Aku tak kisah ler.. sebab aku telah menerima hakikat, duduk di kaunter ni, salah satunya yang terpaksa dikorbankan adalah cuti pada musim perayaan.. tak pelah.. bukannya lama pon.. Bagus jugak, aku boleh simpan cuti utk GCR.. hehehe. Apa-apa pon aku rindu pada suasana ni.. bunga api, lagu raya...  bercakap pasal lagu raya..tak de pulak orang buat lagu tentang raya aidiladhakan? rindunya.. tapi rasanya kerinduan itu akan terubat bila mendengar takbir yang akan aku nikmati selama 3 hari.. Oh ! ya.. aku sertakan gambar lampu lap lip masa sambut raya Aidilfitri..  ada jugak orang yang berminat nak pasang lampu lap lip kat kaunter aku ni.. aku pon tak terpikiq.. tapi aku ikut aje.. saya suka.. saya suka.. sebab lawa !



Cantik kan.. meriah jugak untuk kaunter comel ni


Rabu, 24 Oktober 2012

Aku rindu pada dia....


Ini adalah suatu kenangan lama.. dah 8 bulan berlalu..  tetiba bila belek-belek gambar aku teringat pada kisah ini.. suasana masa aku kat kaunter lama.. tetiba datang rindu pulak.. kaunter lama yang luas dan lapang..  yang tinggal kini hanyalah kenangan.. sekarang dah roboh.. tak tahu aku kawasan kaunter aku tu akan dijadikan apa.. dulu masa aku tanya pada kontraktor.. dia jawab.. lu punya kaunter tatak roboh tapi wa akan letak tangga.. macammana tu.. tak paham aku! Sekarang ni bila diperhatikan.. kaunter aku memang dah tak ada.. dah roboh.. apa da...



Pintu masuk ke kaunter

Port paling aku suka....

Mesin cashier yang jauh giler... sebenarnya bagus sebab boleh bersenam sedikit.. hehehe

Ada TV LCD yang besar untuk ditonton oleh tetamu aku ! kat mana lah sekarang tv tu????

Pemandangan pintu kaunter.. nampak tak jalannya dah ditutup?



Salah satu lagi port aku... hehehe.. tak bleh citer apa fungsi komputer ni..

Selasa, 23 Oktober 2012

Ngerinya....

Pagi ni masa hantar Raudhah ke TAJ, dalam perjalanan kami terserempak dengan sekumpulan budak-budak Sekolah Menengah yang berjalan kaki ke Stadium.. Stadium ni terletak berdepan dengan Sekolah Agama dan TAJ.
Meihat wajah mulus dan polos bebudak ni berjalan kaki pagi2 memang sangat-sangat mendamaikan jiwa.. Masih mentah lagi... sedang aku leka tetiba abg suami naik angin.. "Hoi merokok ke?" jerit dia.. Tersentak, cepat-cepat aku pandang kat tempat yang abg suami pandang.. Aku melihat dua tiga orang bebudak yang kelam kabut, aku nampak asap.. sah! memang diaorang ni sedang merokok!
Mujurlah abg suami tak berhenti.. kalau tidak mahulah kena makan penampar! anak sapalah ni?.. Manalah Cikgu diorang.. tak memantau ke? Lepas hantar Raudhah.. kitaorang patah balik ke tempat bebudak tu, Bila ditanya umur berapa.. baru tingkatan satu! Astagfirullah hil azim.. jauh dilubuk hati aku berdoa.. jauhkanlah perkara-perkara mungkar ni dari Raudhah dan Aiman.. bimbang aku.. iyelah kami kini ada anak kecil, tak tahu apa akan berlaku di masa depan.. Sebab tu panjang doa aku agar anak-anak aku terhindar dari sifat dan kelakuan buruk ini di masa depan.
Zaman sekarang ni susah kita.. dari pemerhatian aku, bila kita tegur sesuatu perkara buruk yang kita nampak berlaku di depan mata, tidak semua orang suka.. terutama jika ia membabitkan diri sendiri atau ahli keluarga, akan keluar ayat bisa macam "kubur sendiri2.. kau jaga kubur kau, aku jaga kubur aku.. jangan nak menyibuk! Dan paling aku takut bila terkeluar kata2.. sekarang ni boleh lah kau berlagak.. bising2 dengan aku.. kau jangan lupa kau ada anak.. jangan sampai anak kau nanti sama nasib macam aku.. dunia balas dunia tau!.. Iyelah setiap kata adalah doa.. (iye ke? ke hanya kata2 dari mulut seorang ibu?) aku silap kot.. Tapi rasanya kalau manusia dah tersinggung????.. boleh masin tak mulut dia?.. Ngeri aku bila kata-kata menjadi kenyataan dikemudian hari.. masa tu macam peribahasa.. menepuk air didalam dulang terpercik ke muka sendiri.. dan paling dahsyat.. saat musibah tiba.. oarng keliling ketawa sambil cakap padan muka! Tak sanggup aku nak menghadapinya..
Tapi bila dipikiq balik.. tak tegur karang, perkara mungkar tu dah jadi kebiasaan.. iyelah Nabi Muhammad SAW pernah bersabda.. dosa kecil kalau dilakukan hari-hari akan menjadi dosa besar.. Aku risau jugak.. kot2 berlaku tsunami ke apa ke.. Bandar Penawar ni dekat dengan pantai Desaru.. tak boleh ditolak-tolak kemungkinan itu.. Tengok Acheh.. tsunami tetap sampai walau rumah penduduk jauh berpuluh kilometer dari pantai.. Inikan pulak Bandar Penawar.. 4 kilometer aje dari pantai Desaru.. Ya Allah.. Selisih malaikat 44... kau jauhkan mimpi buruk ku ini..   amin

Kena Gi Kursus Menghilangkan Stress!


Pada  3 hingga 7 September 2012 yang lepas, aku telah dipaksa menghadiri satu kursus yang dinamakan "Pembantu Tadbir Cemerlang Dan Cara Menangani Stress"   (agaknya pengurusan tahu yang aku Stess). Kursus itu diadakan di Damai Laut Swiss  Spa And Resort Di Lumut Perak. Tak ramai yang pergi, empat orang aje yang terpilih dan tambahan dua orang lagi untuk kursus yang berlainan tapi tempatnya sama.
Apa yang boleh dikata.. kursus yang bagus..  tempat yang best, makan pon sedap.. Dan akhirnya STESS aku pon dah hilang.. hasil dari kursus tu aku belajar untuk meluahkan apa yang menyebabkan aku Stress.. dan bila dah diluahkan, terus aku rasa LEGA sangat-sangat.. sekarang ni aku sangat-sangat 'berlapang dada' untuk menerima segala duduk perkara..
Kursus ini ajuran KKLW, so, aku dapat berkenalan dengan ramai kawan baru, berborak dan bertukar pendapat.. malah paling best, sempat lagi kitaorang gi Pulau Pangkor.. walau cuma 3 jam, tapi aku puashati, sempatlah aku membeli belah, berjalan dan menikmati pemandangan yang cantik di Pulau tersebut.. terima kasih pihak pengurusan KEJORA sebab hantar aku berkursus.. So, kat bawah ni adalah gambar-gambar sepanjang aku berkursus.. Nikmatilah iye..

Hotel penginapan yang best..

Hasil kerja kursus kami.. dan inilah geng kamceng

Dah lama tak main bola tampar.. sampai bengkak-bengkak tangan.. hehehe

Aktiviti riadah.. apalagi bersantai ler

Sempat lagi gi Pulau Pangkor

Aku suka pemandangan ini.. damai aje


Bersama enon dalam feri..

Salah satu tempat lawatan yang dibuat kat Pulau tu

Jeng.. jeng.. jeng.. inilah hasil tangkapan kami selama 3 jam kat Pulau Pangkor... hehehe

Isnin, 22 Oktober 2012

Seminar Penanaman Pokok Stevia - Menjana Pendapatan Baru

Ceh, baca tajuk aje dah macam gempak... hehehe.. Sebenarnya pada 17 dan 18 Julai lalu, aku telah dipelawa oleh Unit Ekonomi dan Usahawan  untuk menyertai kursus penanaman pokok stevia bersama dengan Dr Zubir Yahya- pengasas Megaherbs.. di Lembah Bio-Tek, emmm kursus yang ok, belajar menanam pokok stevia.. ala pokok yang boleh menghasilkan gula tu, nama saintifiknya stevia raburdi.. seronok jugak menanam pokok ni walau aku yakin 80% yang pokok aku tu tidak akan hidup punya.. kalau hidup pun kemetot aje.. Kalau sekarang ni aku tanam pokoknya adalah tingginya 10cm.. 2 tahun akan datang pon tingginya 10cm jugak.. kata orang tangan aku "panas"..
Sepanjang kursus, dapat belajar startegi pemasaran, mencari pendapatan baru terutama jika berminat dengan pokok stevia boleh ikuti kursus penuh dengan Megaherbs ni.. tak mahal RM1500 sahaja dan ada kontrak pemasaran dua tahun. Anak pokok stevia dibekalkan sebanyak 50 pokok.. Aku ni, cukuplah dgn 2 anak pokok yang dihadiahkan selepas habis kursus.. itupon belum tentu hidup sebab aku ni mudah lupa nak menyiramnya terutama penjagaan anak pokok stevia ni cerewet wooo. Yang bagusnya kursus ni, kita dibekalkan dengan peralatan.. lengkap untuk bertani.. hehehe.. boleh ler aku gembur-gemburkan tanah dalam pasu.. ini pokok bunga aku ler..
Paling best.. kursus ni dibuat kat Lembah Bio-Tek.. satu tempat yang aku teringin sangat nak pergi.. akhirnya tercapai jugak hajat dihati.. oooo macam ni aje tempatnya.. cantik, penuh dengan pokok buahan2.. ada rambutan, nangka, longan, kelapa madu..dan macam-macam lagi ler.. ada ternakan kambing, lembu dan ayam. Ia adalah pusat sehenti untuk tanaman dan ternakan di bawah kendalian Pejabat Peladang Negeri Johor. Punyalah best kawasan ni.. pukul 12.30 tgh.. suasananya macam baru pukul 10.00 pagi..
Aku dimaklumkan yang Lembah Bio-Tek ni ada juga membuka pintunya untuk pelajar-pelajar sekolah bercamping.. atau badan-badan korporat nak buat program seperti membina insan.. boleh dibuat disini.. murah aje.. RM30.00 sekepala.. tapi makan lain harga.. kalau nak disediakan makan.. akan dikenakan harga berlainan bergantung kepada menu dia...
Aku paling suka bab makan dia.. fuh best betul makan tengahari dia.. hari pertama lauk ikan goreng talapia cicah sambal kicap.. besar giler ikan tu.. seseekor aje aku menghabiskannya.. penuh pinggan.. dan hari kedua pulak lauk sepecial dia.. ikan patin masak lemak.. sedap sungguh... nasib baik tak ada hari ketiga.. kalau ada mahunya keluar lauk daging kambing panggang.. hehehe. Walau ikan jenis air tawar, tapi tak de hanyir punya.. rupanya air kolam ialah air dari gunung yang dialirkan.. patutlah.. Apa-apapun kat bawah ni gamabar2 yang sempat aku ambil dari tempat aku berkursus.. yang lain tak sempat pulak.. almaklumlah tak sempat dan tangan pon penuh.. penuh dgn ole2 dari Megaherbs.. dan juga sempat membeli buah2an yang memang dijual murah kat situ.. RM1.00 untuk sekilo.. sapalah yang tak tergoda.. segar dari ladang.. hehehe.

Salah satu pemandangan yang cantik - Lembah Bio Tek

Tempat Kursus - Betul-betul atas bukit yang diratakan dan dirikan bangunan untuk aktiviti

Ternakan kambing turut dilaksanakan

Aku suka pemandangan ini... hehehe

Kesian pokok yang aku tanam ni... sah kalau aku datang lagi dalam 2-3 bulan, macam ginilah jugak tinggi pokok tu.. Nampak tak kat belakang tu pokok stevia yang dah berbunga.. bunga dia pon manis