Kali ini aku nak citerkan citer seram.. seram ke? Tak lah jugak.. cuma sampai sekarang bila dipikiqkan balik, kisah yang terjadi menimbulkan tandatanya.. Kisah ni berlaku masa aku menyertai kursus BTN di Kem Meru Selangor pada tahun 2008. Walau aku dah keja lama di jabatan kerajaan ini, tapi aku tak compom lagi. Maklumlah taraf jawatan aku cuma kontrak aje.. cuma pada awal tahun 2007... aku ditawarkan jawatan tetap.. dan nak compom kenalah mengikuti beberapa kursus wajib, salah satunya ialah kursus BTN ini. Kursus ni ala-ala ketenteraan.. ada komander, ada sarjan.. dan bahasa panggilan pon ikut bahasa tentera.. kiranya Puan dan Encik adalah perkataan pertama yang keluar bila memanggil orang tidak kira komanden atau pelajar..
Kami pergi seramai 40 orang... dan ditempatkan di dorm bercampur-campur dengan penjawat awam dari agensi lain... masa tu selain dari agensi kami, ada beberapa agensi lain yang ikut berkursus.. ok lah jugak kan. dapat berkenalan dengan kawan baru. Antara syarat kursus ialah tidak boleh berhubung dengan keluarga.. maknanya semua handphone yang ada akan disimpan oleh pihak pentadbiran kem dan akan diserahkan kembali kepada kami pada hari terakhir kursus.. Fuhhh.. 9 hari yang sangat memedihkan hati dan jiwa.. aku tak rindukan abang suami, aku rindukan Raudhah yang baru berusia setahun 3 bulan.
Kem ini terletak di dalam hutan.. rasa aku hutan tempat tadahan air. Ingat tak kes Altantuya?.. kem ini terletak dekat kawasan mayat Altantuya diletupkan. Dalam masa 9 hari berkursus, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil terdiri dalam 12 orang kot (lupa ler.. kisah dah lama.. hehehe), Ada beberapa aktiviti yang wajib disertai bagi membolehkan kami lulus kursus ini, tidak kira secara indvidu atau berkumpulan. Antaranya.. terjun bangunan guna tali.. (lupa lak namanya apa).. berlari dalam 5 kilometer dengan had masa yang telah ditetapkan.. (nasib baik aku lepas.. itupun dah sipi-sipi masanya.. lagi 5 minit nak habis masa.. hish)
Dan aktiviti terakhir yang aku paling tak gemar sangat2 ialah berjalan didalam hutan.. paling aku tak gemar sebab aku ni takut pacat.. dah lah suasana kat kem ni sejuk.. so, pacat punyalah banyak sampaikan kat bilik air, time mandi tu, kita akan terpandang pacat2 bergayut kat dinding nak melekat kat badan kita.. seram aku!
Ok kita lupakan dulu kisah pacat ni.. sebab aku dah jumpa penyelesaiannya.. kata orang.. badan kita hendaklah dilumur dgn minyak angin.. itulah yang aku buat, mandi minyak angin! sampai ada kengkawan yang perasan dan menegur, sapalah yang berbau minyak gas ni.. hehehe..
Macam aku beritau awal tadi.. kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.. kumpulan aku no 5, so, kami akan dilepaskan mengikut nombor kumpulan, dibiarkan berjalan di dalam hutan mencari 'check point'.. Dan sebelum dilepaskan, kami diberi taklimat oleh komander kem.. dan diberitahu supaya menjaga adab, kelakuan dan percakapan semasa aktiviti ini dilakukan.. lebih2 lagi, kami akan melalui kawasan lokasi mayat Altantuya diletupkan. Masa dengar cietr tu, aku dah seram.. alamak! kena berhati-hati ni.. mulut aku kumat kamit membaca ayat-ayat lazim yang aku ingat.. ayatul kursi dan Al Fatihah.. sebagai pertahanan diri.
Setiap kumpulan, dilepaskan dengan berjarak 5 minit setiap satu.. maknanya.. 5 minit selepas kumpulan no 4 dilepaskan, barulah kumpulan aku bergerak... denai yang kami lalui memang sukar.. berbukit bukau, meredah paya dan alur sungai.., denai ni baru aje dibersihakan oleh komander kem.. so, taklah semak sangat... masa berjalan ni aku diam aje.. hati aku sentiasa berzikir.. takut beb.. Tapi ada jugak ler mulut kengkawan yang celupar.. terutama yang lelaki lah.. mengusik dan menyakat sesama sendiri..
Aku seram sungguh terutama semasa melalui satu kawasan yang lapang dan terbakar.. dan akhirnya kami dimaklumkan, disitulah lokasi mayat Altantuya dijumpai.. hish, nasib baik tak de apa2 yang berlaku pada kami selepas itu. Ok yang aku nak citerkan ialah misteri yang timbul selepas itu.. aktiviti tu berakhir dalam masa 45 minit.. macam biasa pergi dan balik mesti dalam kumpulan.. dan sampai aje ke check point terakhir, kami diminta ke dewan makan untuk menikmati jamuan.. lapaq beb selepas penat berjalan..
Tengah2 syok makan, 1 kumpulan dapat 1 meja, aku perasaan meja kumpulan 4 kosong. eh apa citer ni? Kan kumpulan 4 dilepaskan 5 minit awal dari kumpulan aku.. malah semasa aktiviti tu berlangsung, kumpulan kami tidak ada memotong mana2 kumpulan yang telah dilepaskan awal. Aku perasan riak muka komander dan sarjan macam cemas aje.. malah untuk kepastian, diaorang siap tanya kat meja kami, ada tak perasaan muka2 anggota kumpulan 4 yang terdiri dari kawan2 kami jugak!..
Dah hampir habis makan.. masa tu tempoh makan dilamakan sikit dalam 45 minit.. barulah anggota kumpulan 4 sampai.. muka masing2 nampak letih bebenor.. kesian sungguh.. kami pon tak tanya banyak2 sebab paham diaorang penat..
So, setelah beberapa hari kejadian tu.. lepas habis kursus, aku ambil kesempatan bertanyakan pada kawan aku yang dalam kumpulan 4, peristiwa yang terjadi semasa dia masuk hutan tu.. diapon pelik macamana kiatorang yang lewat 5 minit daripada dia.. sampai dulu kat check point terakhir.. Aku tanyalah ada tak apa2 perkara yang pelik berlaku atau dilihat masa dia 'jungle tracking' tu.. kata dia tak ada, biasa aje.. laluannya berbukit bukau dan meredah paya macam yang kami buat.. Pelik jugak kan.. kami sama-sama terdiam bila memikirkan misteri disebalik perkara yang berlaku.. tak tahu nak kata dan jawab apa.. hanya ALLAH sahaja yang tahu perkara sebenar, cuma aku rasa ada ahli2 kumpulan 4 yang bermulut celupar dan cakap lepas aje semasa aktivit tu dijalankan.. sebab aku tahu, anggota kumpulan 4 ada yang suka cakap besar.. Apa2 pon, nasib baik semuanya selamat dan dapat kembali semula ke pangkuan keluarga.. Kisah ni walau pon misteri, tetapi ia jadi pengajaran pada aku.. jangan suka cakap besar terutama bila berada kat tempat2 orang.. kita tak tahu kan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan