Aku ni bab memasak memang hancuss.. Cuba jugak aku amsak lauk macam daging, ayam, udang .. tapi kesudahannya.. tak sedap. ini diaku oleh abg suami.. dia tak cakap tapi aku tahu bila dia makan lauk aku tak bertambah nasi.. maknanya tak sedaplah tu... hehehe. Cuma hari tu aku telah mencoba satu resepi baru.. udang masak mentega.. Aku dapat di internet.. belek punya belek kat internet.. mencari resepi yang sesuai dengan tekak aku dan abg suami, dan paling penting tekak Raudhah... terjumpalah aku satu resepi ni.. dari blog http://www.hairul.com/ ... . memandangkan udang dah ada, bantai ajelah.. resepi ni aku dah ubahsuai sikit dari resepi asal.. maaf iye En Hairul... maghrib2 nak cari 3 dahan pokok kari.. jenuh jugak iye.. dan hasilnya.. tada... licin dah pinggan lauk.. abg suami sampai bertambah 4 kali nasi.. Then lepas tu membebel kerana aku lah perut dia buncit.. tak senonoh sungguh!
Maaflah kekawan, tak sempat ambil gambar... dah licin... apa2 pun kat bawah ni resepinya iye. Cubalah..
Bahan-bahannya :
4 sudu mentega ( aku guna majerin aje... apa yg adalah kat dapur tu)
4 biji kuning telur
1 sudu serbuk kunyit
1/2 kilo udang galah
4 sudu serbuk kari daging babas
3 ulas bawang putih - dicincang halus
3 biji lada cili - nak lagi pedas letak ler banyak2.. (ikut selera tekak iye)
5 sudu minyak masak
1 cawan air
Cara Membuatnya :
Pukul kuning telur( jangan sampai kembang sangat- nanti tak jadi)
Cairkan majerin dalam kuali... bila dah cair, masukkan kuning telur tu.. (cara terbaik- tuang kuning telur tu tinggi2 sambil tangan sebelah lagi memutar telur bersama cairan majerin dlm kuali.
Letak serbuk kunyit and then telur tu diangkat segera menggunakan penapis sebelum majerin tu membuak-buak tau. Cairan majerin terus dibuang dan tidak digunakan lagi
Panaskan minyak masak... tumis bawang putih dan lada sampai naik bau, masukkan udang dan bila dah serasi taburkan serbuk kari. Jangan lupa masukkan garam dan gula. then masukkan air untuk melembutkan udang. Biarkan dulu dan bila air hampir kering, dan dah sedap rasa garam dan gula, taburkan telur tadi. Biarkan sekejap... dan boleh diangkat. Dicadangkan makan panas-panas.. kaw tau!
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan