Membaca blog myqza.blogspot.com tentang dia pernah kehilangan anak bulusnya bernama Dak Onchet mengingatkan aku satu citer lama..ia berlaku masa aku bujang dan kami kat air tawar sedang sibuk membuat persiapan nak menyambut orang baru dalam keluarga kami... adik aku yg nombor dua sedang sibuk nak kawen........... kisah aku dan Ating.. anak bulus ni aku kutip dari Bdr Penawar.. umurnya masa tu adalah dalam 3 bulan.... tak ingat pasal apa aku berkenan dengan Ating ni.. dah lama kan citer ni, adalah dalam 6 tahun lepas.. cuma apa yg aku ingat, aku ambil dia ni sebab kesian, hati aku dipenuhi rasa simpati yang sangat membuak-buak.. ditambah pulak ditengkuk dia ada gelembung kulit yang besar hingga menjadikan tengkuk dia mengembang.. kesian sungguh.
Balik rumah, gelembung tu aku sapu minyak gamat.. dan dua tiga hari kemudian, gelembung tu pecah dan mengeluarkan nanah yang banyak. Semuanya aku uruskan.. Alhamdulillah, Ating suka duduk kat rumah aku.. dia kucing jantan yang bijak.. pandai poo dan pee diluar.. Oh ya.. kerana sejak aku lahir aje emak dah bela kucing, so bila buat rumah, abah siap tebuk satu lubang di dinding dapur untuk kemudahan kucing keluar masuk. Lengkap dengan pintu yg kami boleh kawal bila tak mahu ada kucing luar menerjah.. So, kalau ada kucing baru datang ke rumah, memang tak de masalah untuk dia menyesuaikan diri kerana pintu keluar masuk memang dah ada.. hehehee
Berbalik dgn kisah Ating.. masa kat rumah tengah sibuk2 rewang... biasalah kat Felda, amalan gotong royong ni masih dipraktikkan... so, seminggu sebelum majlis besar, kaum2 ibu dah datang ke rumah.. buat keja.. macam2 lah keja.. yg motong kuih, buat rempeyek, buat kerisek.. siang ikan bilis, lada, dan macam2 lagilah.. Bolehlah dibayangkan kesibukkannya kaum ibu keluar masuk rumah.. so, anak2 bulus emak yang berjumlah 10 ekor ni sedikit terabai... mana yg takut org, pandailah membawa diri.. tapi si Ating ni pulak, jenis kucing manja... dengan badan yg gebu dan putih, ada aje dia berlegar2 kat dalam rumah.. dan lagi 2 hari majlis nak mula, si Ating hilang.. Masya Allah, mana dia ni? Puas aku cari.. kot2 sembunyi atas loteng ke apa ke... tak de pulak. Masa tu tumpuan pun tak dapat diberikan 100% sebab aku kan ketua kendarat.. hehehe.. Mana nak uruskan orng motong rumput.. oh ya masa tulah aku sedar Ating dah tak de..
Selesai majlis.. yg selamt bina masjid dah selamat lah.. tapi yg tak selamat hati aku.. rusuh.. sunyi rumah tak de Ating.. sedih jangan dicakap ler.. walau ada anak kucing lain, tapi kerana Ating ni budak yang tengah sedap dibawa main2.. berlari keliling rumah, so, memang penghibur hati aku dan emak, bolehlah dibayangkan sedihnya.. Macam2 kemungkinan terbayang dibenak fikiran.. kot2 dia mengikut org rewang balik rumah ke apa ke.. kemudian ada yg tak suka kucing, dibuang ni si Ating ni.. kat tepi jalan ke.. and then kena lenyek keta ke.. hisshh.. semuanya terbayang di depan mata..
Sejak tu aku buat keja gila.. dengan tekad dan nekad.. kalau dah jadi bangkai sekalipun aku tetap bawa Ating balik, setiapkali pergi dan balik keja, aku akan bawa keta perlahan2.. kot2 terjumpa bangkai kucing, aku akan berhentikan keta, turun dan belek bangkainya.. kot2 Ating. Tabiat aku ni rupanya dah jadi bualan org yang terserempak dengan kereta aku kat tepi jalan.. Sampai abah pon bising.. udah2 ler lupakan Ating..
Genap sebulan Ating hilang, pak ci potong rumput datang menjalankan tugasnya macam biasa.. dan petang tu Ating balik!. Badannya masih gebu dan bersih, agaknya dia dibela orang.. kata Jalal.. anak jiran sebelah rumah aku ... masa tu kat depan rumah aku ni ada bengkel motor, seharian dia melihat kucing putih ni mengiau2.. bising macam cari tuan.. emak pon ada dengar.. so, petangny sambil emak duduk kat luar rumah.. emak pon panggillah nama Ating, tak sangka si Ating ni boleh terjah emak.. sambil berlari mengiau2.. kata emak punyalah gembiranya melihat Ating balik sampai menitik air mata emak..
Aku balik keja aje bila melihat kelibat Ating terus berlari memeluk dan menciumnya.. tak sangka dah dekat sebulan hilang, dapat jugak aku jumpa dia lagi.. aku rasalah, salah seorang dari mak cik yg datang rewang ni sudah berkenan dgn si Ating... tu yg dia bawa Ating balik masa kitaorang tak menyedarinya.. Nasib baik Ating tau jalan nak balik rumah.. tapi ni mesti ada kaitan dengan mesin potong rumput.. masa Ating hilang, rumah aku dipenuhi dengan bau rumput dipotong.. dan dia dijumpai selepas sebulan dan ketika tu.. rumput kat rumah aku baru aje dipotong...
Lama jugak aku bela Ating.. dari bujang sampai aku kawen.. setahun lepas tu. Masa dapat raudhah, Ating dah jadi kucing dewasa.. handsome sungguh.. tapi itulah dia tak panjang umur sebab keracunan.. Aku pon tak pasti kenapa, tapi masa tu emak bela kucing dekat 15 ekor.. dan ada suara2 tak puas hati bila melihat kucing emak berkeliaran di halaman rumah jiran.. iyelah kawasan rumah emak bukannya berpagar kan.,.dan sudahnya banyak kucing emak mati akibat keracunan.. salah seekornya Ating.. tak pelah, nak menuduh tak de bukti.. biarlah ALLAH saja yang membalasnya.. semoga suatu hari nanti, jika di Akhirat kelak, aku ditemukan semula dengan Ating.. kucing jantan putih bertompok hitam yang handsome dan baik.. yang pernah aku miliki ketika di dunia ini... Insya ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan