Dalam tahun ini kita kecoh kan dengan isu pengasuh sebuah Taska yang sanggup memasang pita pelekat kat mulut baby yang dijaganya semata2 kerana baby tu suka buat "bising". Then budak2 lain yang dijaga ada dibedung dengan ketat.. isu ni sensitif.. aku malas ler nak citer panjang lebar..sebab Aiman dan Raudhah pun dihantar ke pengasuh.. cuma yang mengasuhnya dalah Wak Yah dia.. kakak ipar aku yang menetap bersama ibu dan bapa mentua aku. ini citer dari pengalaman aku.. iyelah kita kan dulu pernah kecik.. pengasuh ni ada dua jenis.. yang memang suka dan sayang budak dan suka dengan keja sebagai pengasuh. Sementara satu jenis lagi yang bekerja sebagai pengasuh semata2 kerana duit.
Masa aku kecik2 dulu, time emak ikut abah gi motong buah kelapa sawit, kami berdua, masa tu aku baru dapat angah, akan dihantar ke rumah jiran untuk dijaga. Duduklah kami kat rumah jiran tu sampai emak dan abah balik. Pengasuh yang membela tu adalah seorang wanita tua.. so, paham2 ajelah memang semata2 kerana nak duit. Kita orang tak bleh berlari, bermain atau bising. Kalau emak letak tepi dinding, sampai balik nanti kitaorang masih kat tepi dinding.. tak berani gerak sebab kalau gerak kena jerkah, dijerit-jerit kononnya rumah akan bersepah. Yang pelik tu, bila depan emak pandai pulak pengasuh tu berlakon, kononnya dia adalah pengasuh paling baik, tak segan memeluk dan mencium kami.. cuba kat belakang emak.. kami ni jijik tau. Bila aku dah dewasa, aku tak ingin mengenang saat kena tinggal kat rumah tu, walau dijaga cuma 4 jam setiap 2 minggu, iye adalah saat yang paling2 menyeksakan jiwa. Punyalah aku cuba lupa, hingga dewasa malah hingga mak cik tu meninggal, aku tak rasa sedih.. Biarlah memang dah ajal dia.. sampai begitu sekali.. Tak pernah terniat nak sedekah Al Fatihah khusus untuknya...
Berlainan dengan pengasuh yang memang mengasuh kerana sayang budak.. aku pernah jumpa, seorang makcik tu, dia mengasuh sangat2 ikhlas.. sehinggakan budak yang dibela kini dah 20 tahun umurnya tak pernah lupakan dia, perkara wajib saban tahun ialah, mengunjung rumah pengasuh ni bila tiba hari raya, sepasang sepersalinan untuk pengasuh malah jika ada masa, dia akan melawat pengasuh ni secara mengejut. Dulu masa sekolah, dalam setahun bila tiba cuti sekolah, dia akan tido kat rumah pengasuh ni untuk semalam dua,, sanggup tu turun dari Kedah semata2 kerana sayang sangat dengan pengasuh dia ni.
Perbandingan yang aku citerkan ni, iyelah sebagai peringatan kepada sesapa yang berminat dengan kerja mengasuh budak ni.. terutama yang melakukannya di rumah. Tanggungjawab anda besar.. andalah yang mencorakkan kain putih yang dihantar untuk menjadi manusia.. Iyelah budak inikan umpama kain putih, jika ibu bapa sanggup menyerahkan anaknya kepada anda untuk dijaga jadi tanggungjawab anda mendidik dia menjadi manusia. kalau melakukannya semata2 kerana duit, jadilah macam citer yg pertama tadi.. anda akan dilupakan, nama anda akan terus terpadam dalam ingatan, yg timbul cuma citer seram masa kecik.. Sanggup ke kita nak diri kita dikenang sebagai orang yang kejam.
Sekurang2nya bila kita berlaku adil dan baik pada budak kecik, bila ajal menjemput nanti ada jugak sedekah al fatihah untuk kita dari budak yang pernah kita bela.. baru sejuk dan berkat duit kita.. Tak gitu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan