Ini anak bulus aku yang setakat ni paling lama aku bela. Namanya Palit, umurnya adalah dalam 8 tahun. Masih sihat dan gebu.. Palit ni lahir dua beradik.. adiknya emak beri nama sejemput... Lahirnya atas katil aku, masa aku bujang ler..so, dapat dibayangkan betapa rapatnya aku dengan budak bulus ni.. dari baby lagi dah aku ulit.. pagi petang.. siang dan malam. Bila aku kawen, Palit aku tinggalkan pada emak, tapi tulah, tak lama kemudian emak mengadu, abis anak ayam emak turun sepuluh dan tinggal zero.. anak ayam di makan oleh si Palit, tinggal ibu ayam meroyan. Bila mengadu pada abah... sonang aje citer abah,, buang aje si Palit ni kat kebun kelapa sawit. ngeri aku membayangkan segala kemungkinan... kot2 kalau Palit tak leh survive.. kena makan ular ke apa ke macamana? Sudahnya, aku pujuk abang suami untuk membawa Palit ke Penawar.. nasib baik abg suami sudi menerima Palit..
Kini Palit dalam jagaan aku.. dah tak makan ayam lagi sebab kat kawasan perumahan ini sapalah yg bela ayam kan.. Sejak duduk kat Penawar ni.. Palit dah jadi kucing outdoor.. ada jugak aku ajak dia masuk rumah, tapi selalunya tak bertahan lama. Satu perkara tentang Palit yang buat aku kagum ialah cara dia jaga badan.. tetap maintain gitu walau saban tahun beranak.., citer pasal anak dia, setakat ni yang hidup cuma dua ekor aje.. Si Padaiyappa dan Shinbeii... citarasa Palit bab mencari 'suami' ni sangat tinggi.. dia berkenan dengan kucing jantan yang cun, berbulu tebal dan ala-ala kucing parsi ke kucing siam ke.. aku pernah tengok sendiri Palit mengoda seekor kucing jantan jenis kucing Parsi tapi kucing tu duduk dalam sangkar.. gelihati pulak bila melihat situasi yang berlaku.. sudahnya cinta Palit tak kesampaian..
Tapi kali ni aku nak tunjuk gambar Palit dengan anaknya.. memang jenis spesis bulu kembang, hidung kemek dan comel2.. tapi macam biasa.. anak2 dia tak panjang umur.. Tak pelah tak de rezeki.. Apa yg aku harapkan semoga aku diberi peluang membela Palit lama lagi... aku sayangkan Palit sangat-sangat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan