Tak paham aku.. beberapa hari ni aku macam bengong aje.. sepatah kata kak izan omar.. macam termakan pil tonggong!.. Ni bahasa orang jawa ni.. hehehe., Citernya begini, pada 28 Ogos ni suasananya macam kelam kabut sikit. Apataknya, biasalah kita ni bangsa melayu suka buat keja saat2 akhir. Bayarn cukai harta penggal kedua akan tamat pada 31 hb ni. so, biasalah nak mengelakkan kena denda, semua orang sibuk nak membayar cukai harta ni.. Aku pon apalagi bz ajelah.
Dan tak sangka aku dalam aku bz melayan dan menguruskan orang2 yang nak bayar cukai harta ni, aku boleh kena pukau.. itupun ia disedari bila waktu petang, aku dah close akaun, aku baru menyedari duit aku short RM200.
Pelik jugak, dan bila aku ingat2 balik, aku baru sedar, ada beberapa kejadian pelik yang berlaku semasa aku menguruskan sorang mamat ni. Antaranya ialah, aku boleh "blur" kod bayaran, lepas tu "terprint" dua kali bayaran, terpaksalah aku "void"kan bayaran tu semula, paling mengharukan.. baki duit yang sepatutnya aku cetak.. aku boleh cetak angka kosong.. pelikkan.. lepas tu sepanjang urusan tu berlangsung, telinga aku berdengung aje.. mamat ni datang dua orang... maybe orang rumah dia.. dan apa yang peliknya orang rumah dia ni langsung tak pandang aku, maksud aku dia berdiri setentang dengan aku dan mesin cashier tapi dia membelakangkan aku.. Dan bertambah pelik, mamat ni boleh panggil nama panggilan yang cuma digunakan dikalangan keluarga abang suami aku aje.. Aku pandang2 dan belek jugak muka dia, kot2 dia ni aku kenal ke tak.. tak pulak tapi macamana dia boleh panggil aku guna nama panggilan yang hanya digunakan dalam kalangan ahli keluarga mentua aku.
Aku ni banyak sangat nama.. nama manja dengan keluarga aku.. lain, nama panggilan kat tempat keja lain dan nama panggilan dikalangan ahli keluarga suami aku lain.. iyelah nama aku ni banyak sangat yang boleh dibuat singkatan.. hehehe..
Dan paling mengejutkan aku, bila aku ingat2 balik.. jumlah bayaran cukai harta mamat ni ialah RM144.00 aje, dia bagi aku duit RM200.00 dan aku boleh bagi balik duit RM200.00 tu pada dia.. Tu yang short duit aku.. Tapi benda ni semua aku sedari setelah keesokkan harinya.. bila aku cuba ingat2 balik, Nak kata macamana, ganti ajelah duit tu guna duit aku... Isk13x.. sedihnya.. itupasal ler aku benci duduk kaunter!
Bila citer pada abg suami, dia pon terkejut, tapi nasib baik kata abg suami dia cuma minta balik duit dia, kalau dia minta semua duit dalam mesih cashier macamana, iye tak iye jugak, masa tu dalam mesin cashier ada RM5000.00 duit tunai. Kalau tak naya aku.. menganiaya orang sungguh mamat ni, aku tak halalkan dunia dan akhirat.. Apa-apa pon ini salah satu sebab aku benci duduk kaunter!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan