Masa aku kecik2 dulu, adalah ketika umur aku 7 tahun, kami sekeluarga pernah balik kampung emak... kat Tg Semberong, Batu Pahat. Aku masih ingat, kami ramai-ramai jalan kaki nak gi rumah Nyai iaitu mak saudara emak. masa tu manalah mampu nak beli keta, gi Tg Semberong pun naik bas.. dari Felda Ayer Hitam. tak pernah aku lupa, pemandangan yang aku lihat dan ingat sampai sekarang. Parit di kiri dan kanan jalan dipenuhi air..sebab masa tu musim hujan. Untuk sampai ke rumah Nyai, kami melalui sebuah masjid. Masjid Tg Semberong namanya.. sambil berjalan kaki tu, emak berciter, kenangan zaman kecik2 dia, sejarah masjid tu, wap kat Balai Polis.. wap tu rupanya jeti.. tapi org kg panggil dia wap. pelikkan. Zaman sekolah dia dan macam2 kisah lagi,... dan bila nak sampai, dari jauh aku melihat sebuah rumah kayu warna hitam, tinggi sungguh untuk mengelakkan banjir masuk rumah.. banjir? rupanya belakang rumah tu adalah sungai Tg Semberong yg besar dan luas. Pertama kalinya aku masuk rumah tu dan duduk kat dapur yang tinggi. dari lantai dapur yang agak jarang-jarang, aku terpandang bawah rumah tu ada pangkin yang dibina dari kayu katil lama. Emak cakap, masa dia kecik2, kalau musim panas, Nyai akan masak kat atas pangkin tu sambil menikmati angin dari arah sungai Tg Semberong. Keliling rumah dipenuh pokok pelam, manggis, dan jambu bol yang batangnya sebesar 3 pemeluk lelaki dewasa. Aku rasa umur pokok2 tu dah beratus tahun. Masa emak kecik2, pokok tu pun dah sedia besar... Bayangkanlah, betapa redupnya keliling rumah diteduhi oleh pokok buah-buahan yang besar dan tinggi.
Malah yang bestnya, mandi sungai.. sepupu aku, namanya Piah, mangajar kitaorang cara mandi sungai, iyelah aku ni budak Felda, eh bukan cucu Felda, apataknya, bila umur emak 10 tahun, dari Tg Semberong , keluarga emak pindah ke Felda Ayer Hitam, then bila emak kawen dapat pulak Felda Air tawar kat Kota Tinggi... dan dah biasa mandi guna air yang keluar dari batang besi, menikmati api dalam kaca, bila kembali kepada yang tradisional ni.. mandi guna air sungai, bila malam tengok lampu gas menyala, pelik jugak kan? Terasa kekok nak mandi kat tepi sungai ni.. ada buaya ke.. ntah apa2 perasaan yang timbul. Lampu tu aku tak heran sangat sebab masa tu Air tawar belum ada api elektrik.. samalah macam diaorang.. Bila malam aje, bunyi unggas menyanyi2 cukup kuat dan bising.. meriah sungguh. Tapi kami tak lama kat kg emak, satu malam aje.. lepas tu aku tak jenguk2 lagi kg Tg Semberong tu.
Seingat aku, selepas itu adalah aku jenguk kampung emak tu masa umur aku 25 tahun... bayangkan lama sungguh, suasananya pon dah berubah, rumah kayu hitam yang tinggi dan besar dan telah berusia beratus-ratus tahun telah lama Nyai tinggalkan. Bila Kerajaan ambil keputusan melebarkan Sg Tg Semberong, untuk mengelakkan banjir, rumah tu terpaksa dikorbankan.. begitu juga pokok2 buahannya.. semuanya ditebang bagi memberi lalu kepada usaha melebarkan sungai. Masa aku datang Nyai dah tua sangat-sangat.. dan uzur. Dia duduk dengan Piah yang membelanya.. sampailah dia meninggal dunia. Masih lagi duduk kat Tg Semberong cuma dah naik ke darat aje.. kata emak. Rumah pun dah jadi rumah moden.. rumah batulah katakan.
So, raya tahun lalu, aku bawa emak dan abah gi Tg Semberong, melawat sepupu emak.. itulah aje keluarga emak yg tinggal di Kg dan jugak aku nak menjenguk Piah.. tersenyum aku bila bertemu dia.. iyelah masa berubah selain fizikal yang dah semakin berubah.. hehehe.. rupa paras nampak semakin matang.. zuriat pon dah bertambah. Cuma yang tak berubah adalah Masjid Tg Semberong yg masih utuh dan kukuh.. juga segala kenangan zaman kecil emak yang selalu emak citerkan pada aku bila kami minum kopi petang2 .. time aku balik air tawar waktu hujung minggu. Aku tak pernah lupakan Tg Semberong, terutama pada satu pantun yang selalu emak dendangkan..ciptaan arwah Nyai..
Malam ini malam Jumaat ;
Pasang dian tujuh keramat ;
Kalau rindu teramat sangat ;
Tepuk bantal panggil semangat....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan