Salam semua.. hari ni aku nak citer pasal satu sikap manusia ni.. yang mudah memandang rendah pada keupayaan dan kebolehan orang lain. Aku bercakap ini berdasarkan penilaian orang terhadap aku! Aku jumpa seorang wanita ni.. keja dia pon boleh tahan.. kami berhubung kerana dia adalah salah seorang yang sangat-sangat berminat untuk membeli rumah aku.
Menanti proses jual beli ini selesai.. sampai sekarang tak selesai lagi tau!.. Aku tak kisah sebenarnya.. sesekali bila di'push' oleh rakan sekeliling.. barulah aku bertanya.. dan jawapan yang selalu aku terima saban minggu.. ialah.. masih peringkat PTG (Pejabat Tanah Dan Galian).. aku diamkan aje..
Tapi lama-lama timbul kemusykilan.. ialah, tak ada apa-apa yang telah ditandatangani untuk di bawa ke PTG.. sebab setahu akulah.. urusan di PTG hanya bermula bila S&P dan Borang 14A (Pindahmilik) telah selesai ditandatangan.
Rupa-rupanya dia dalam proses mencari bank yang sanggup beri loan yang 'tinggi'. Cakap ajelah.. tak usah memperbodohkan aku. Walau aku keja kaunter aje.. aku pon tahulah urusan apa yang layak di bawa ke PTG..sebab dulu pon aku duduk kat Unit Undang-Undang.. setakat Borang 14A -- itu Borang pindahmili.. 16N... itu Borang Melepaskan gadaian.. semuanya aku pernah uruskan..(malas aje nak citer.. takut dinamakan riak! inipon dah bunyi macam riak dan bongkak kan?)
Dan aku rasa si akak ni pon terkejut jugak.. tak sangka aku boleh 'ambush' dia dengan satu sms ugut - terpaksa tau aku buat begini.. ini pon aku lakukan supaya dia tahu yang aku boleh cari siapa peguam dia.. setakat mana urusan dia.. Dan agaknya dia tak menjangka yang aku boleh bertindak sejauh ini.. Sudahnya, barulah bertubi-tubi aku dapat maklumbalas.. hah! kan bagus macam tu.. So, aku tahulah apa citer dan tindakan terkini dia.. Tak gitu! Jauh kat sudut hati, ada sedikit rasa kesal.. aku tahu aku ni orang kecik aje.. tapi janganlah beri alasan yang ntah apa2.. nampak macam nak memperbodohkan orang.. Kang aku dah mengamuk.. Tak naya.. nasib baik aku 'ketuk' sikit aje..Kalau banyak? Hish... ke laut ler jadinya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan