Aku baru tahu citer ni.. rupanya pokok kat bawah ni boleh digunakan untuk mengubat sakit sendi iaitu gout. Caranya ialah dengan menepek daun pokok ini yang telah direnyuk-renyukkan di tempat yang sakit, balut dan biarkan.. Seeelok-eloknya dibuat pada waktu nak tido..Selain dari tu, ( ceh.. macam nak buat karangan) daun pokok ini pon boleh digunakan untuk mengeluarkan selumbar yang menusuk daging.. terutama kalau daging tu dah busuk dan bernanah. Caranya serupa macam kat atas tadi.. tepek tempat daging yang membusuk tu dengan daun pokok ni.. dan balut serta dibiarkan untuk selama beberapa jam. Selumbar ini akan keluar dari daging kita yang busuk dan bernanah. ( Anak jiran aku telah membuktikannya - bertahun merana kerana serpihan kayu tertinggal di dalam daging.. hingga mati jari tangan dia, nak membaikkannya dengan menepek daun pokok ni kat luka dan hasilnya, serpihan kayu tu keluar, 2-3 hari kemudian, luka dia pon baik!)
Ciri-ciri pokok ni dia mempunyai daun yang serupa seperti daun sirih, dan berbulu halus.. macam rupa pokok senduduk bulu.. Batang dia hijau dan selalu kita temui di tepi-tepi jalan raya. Selalunya pokok ni akan dihapuskan sebab nampak "menyemak" aja kat tepi jalan. Ia dikenali dengan nama pokok Kapal Terbang.. apa kena mengena kapal terbang dengan pokok ni.. aku tak tahu.. Tapi kat bawah ni adalah ciri-ciri pokok ni..
Batang dia berbulu begitu juga daun dia..
Mula-mula dia akan tumbuh serumpun sebelum batangnya menjalar bagi membolehkan ia membiak. Ohh.. sebab itulah pokok ini selalu ditebas oleh mesin potong rumput! Walau apa pun, jangan sangka pokok yang nampak macam semak aje tu tak de gunanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan