Salam...
Macam biasalah kisah dunia aku.. salah satunya ialah kucing.. ini anak kucing aku... generasi ketiga dalam belaan aku.. anak si Palit! Namanya Cimbe.. hadir dua beradik dalam hidup kami sekeluarga, satu namanya Cimbe dan seekor lagi diberi nama 'Padaiyappa', Mula-mula duduk dalam rumah, lepas tu kami keluarkan bila mereka start 'menanda kawasan'. tak lama duduk kat luar.. Padaiyappa hilang. Puas jugak aku dan abg suami mencarinya.. dan akhirnya kami redha akan kehilangan Padaiyappa..
Apa yang aku nak citer ni ialah kisah Cimbe, Umur Cimbe ni adalah dalam 2 tahun.. Citernya bermula 8 minggu lepas, kaki Cimbe ni luka.. tak pasti luka disebabkan oleh apa, so, aku celup aje dengan minyak gamat.. Alhamdulillah baik.. tak lama kemudian, aku dan abg suami dapati Cimbe ni hilang! Ghaib dari kawasan rumah.. begitu jugak kucing-kucing jantan yang aku bagi makan.. salah seekornya aku panggil 'Boya" .. kucing jantan tua yang selalu minta makan dan akhirnya menjadi penghuni tetap verandah rumah aku.. hanya aku aje yang boleh pegang dan belai kucing ni.. abg suami tidak.. si Boya ni garang dengan abg suami!
Dekat dua minggu Cimbe hilang, tetiba aje dia pulang ke rumah dalam keadaan terhincut-hincut.. luka tangannya yang hampir pulih tu bengkak dan membiru.. paling haru di sangat-sangat lapar.. Begitu juga Boya.. jika Cimbe balik waktu pagi.. Boya pulak sampai waktu maghrib.. jugak dengan kelaparan dan tangan yang bengkak dan membiru ! Dari pengamatan aku, si Cimbe ni baru balik dari berjalan jauh.. Macam biasa, aku tuang minyak gamat lagi.. tapi tak dapat melakukannya pada Boya sebab dia nampak takut sangat-sangat.
Dua hari kemudian, aku tercium bau busuk.. bangkai apa pulak ni?.. rupa-rupanya.. ulat sudah membiak dalam luka Cimbe.. punyalah banyak sampaikan aku yang penakut dengan ulat ni.. (eh.. eh.. bukan takut! aku geli!) tetiba aku jadi berani.. setiap kali ada waktu yang terluang.. aku dan abg suami akan mengerjakan ulat tu.. macam-macam ubat yang kami guna.. kebanyakkannya masa kami sebur aje dengan dettol.. Cime pon dah tak kisah.. dia diam aje saat aku menarik ulat yang rakus memakan daging dia ni.. dan hasilnya.. tada..
Inilah hasil usaha keras kami.. setelah dikuratinkan 3 minggu.. akhirnya Cimbe bebas dari serangan ulat.. cuma yang sadisnya tangan dia tak dapat diselamatkan.. Aku ler yang jadi tukang potong daging tangan dia yang membusuk tu.. tu pon sebab dah tak sanggup melihat Cimbe menyeret daging tangannya yang dah terkulai tu ke sana sini.. Tapi itu kisah 4 minggu lepas.. berita terkini lagi sadis.. tunggu aje ler aku sambung citer iye..
Tapi Boya tak dapat kami selamatkan.. aku jumpa dia dalam keadaan yang sangat-sangat teruk.. Ulat bukan sahaja berada di dalam daging tangan yang telah membusuk, tetapi turut berada di bahagian leher.. Rupa-rupanya ini jenis ulat pemakan daging segar.. di depan mata aku, aku melihat sendiri bagaimana ulat-ulat tu cuba membuat lubang kat daging tangan dia yang sebelah lagi.. kemain kuat lagi dia meraung.. Kami berusaha sedaya upa untuk mencabut keluar ulat kat tangan dan leher.. punyalah dahsyat keadaan si Boya.. sampai aku boleh nampak lubang tekak dia.. dalam dua hari dia menderita.. akhirnya Boya pergi jugak.. iyelah aku redha aje.. sebab tak tahan rasa hati melihat penderitaan dia.. apa yang di makan dan di minum akan keluar dari lubang yang dibuat ulat kat leher dia.. sadis sungguh.. tapi aku puashati sebab walau Boya bukan kucing aku.. dia kucing mendatang.. hadirnya dalam keadaan sudah sangat-sangat tua, dengan air liur menjejes aje.. tapi aku tetap bagi makan dan layan dia mcm kucing sendiri..
Sampai sekarang aku dan abg suami tertanya-tanya.. apa dah jadi sepanjang kehilangan Cimbe dan Boya selama dua minggu sehingga pengakhirannya begitu kejam sekali.. kena buang orang ke atau cuba 'menanda kawasan' yang lebih besar? Kalau Cimbe tu aku percayalah.. ini Si Boya yang dah tua sangat2. Kejanya cuma tahu makan dan selebihnya melepak atas bontot pasu! Tidur sambil menunggu saat aku panggil makan. Hanya Allah aje yang tahu citer sebenar makhlukNya ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan