Isnin, 22 Oktober 2012

Menanti... Macam tunggu buah yang tak gugur,

Peh.. tajuk dia...entah apa yang ditunggu dan dinantikan? Isk!isk!isk!.. ingat tak lagi post aku nak jual rumah.. lepas aku post tu, tetiba aje aku tak jadi jual.. bertukar fikiran 360 darjah pasal timbul satu isu yang benar-benar menyakitkan hati aku.. Tak usahlah diberitahu nanti aku sakit hati.. hehehe.
Aku pon diamkan ajelah isu nak jual rumah.. tak de rezeki.. malah aku siap beritahu penyewa aku yang aku tak jadi jual rumah tu, so hayat dia  untuk duduk di rumah tu lama lagi.. Tup! tup! tup ! seminggu lepas tu aku dihubungi oleh seseorang yang berminat 'sangat-sangat' nak membeli rumah tu.. Mulanya aku keberatan jugak tapi bila suaminya cakap yang dia ada 'sentimental value' dengan rumah tu aku dah cuak jugak.. rupanya dia ni anak jiran aku.. rumah bapa dia kat hujung lorong aje.. lah.. cakaplah..
Walau aku 'letak harga' dia tetap berkeras nak jugak, so aku ambil keputusan jual ajelah..  Tak sangka lama jugak kan.. (ceh.. macamlah aku tak biasa) padahal tempoh masa yang kami lalui tak sampai lagi pon sebulan! Bukannya apa, bila proses ni telah melalui peringkat pertama dan nak masuk fasa kedua.. apalagi hati mula kembang.. dan otak jugak mula berangan-angan.. Maaflah angan2 aku tak tinggi mana pon.. masih lagi berpijak dimukabumi.. Percayalah, seronok tau berangan-angan ini.. dan aku percaya dengan berangan-angan ni kita akan mula merancang..  Sebenarnya aku sedikit bimbang.. bimbang bila menerima duit yang banyak dan perancangan tak ada.. Aku pernah merasa dan melalui saat itu, tiba-tiba dalam akaun aku ada duit rm50k  betul-betul tak percaya yang aku menerima duit secepat tu dalam keadaan aku tak sempat nak berangan-angan dan merancang.. Ceh.. ..(ini bukan melalui Skim Cepat Kaya ke apa ke) Aku bertukar taraf perjawatan dari KWSP ke BERPENCEN. Bayangkan duit tu diterima lagi seminggu nak raya.. dah macam biasa Raya SAKAN!... Tapi peristiwa ni berlaku dalam 2 tahun lepas, dan hari ini kalau ditanya, tinggal berapa duit tu, aku cuma mampu menggeleng kepala.. tak de lagi dah.. bila ditanya beli apa? Aku lagi laju geleng kepala.. memang tak beli apa2.. Apa yang tinggal ialah kenangan manis pernah memiliki duit yang banyak suatu masa dulu dan sedikit kekesalan kerana aku tak merancang untuk melekatkan duit tu dengan sesuatu yang "besar"  cthnya bayar deposit rumah baru ke atau besarkan rumah ke atau apa2 ke.. Malah sebaliknya aku kini bakal kehilangan sebuah rumah yang aku dapat beli ketika aku bujang.. dan nak tahu duit hasil jual rumah tu aku nak buat apa?.. Aku nak gunakannya untuk membesarkan rumah milik abg suami yng kami duduki sekarang..
Adatlah bila anak dah dua ni, tetiba aje aku merasakan dapur rumah kami tu jadi sempit.. Orang melayu biasalah, perkara paling penting bagi perempuan melayu ialah memiliki ruang dapur yang luas.. senang nak buat kenduri kendara.. hehehe.. ni rasanya bukan pandangan tipikal aku saja, emak, mak sedara, nenek malah jiran perempuan aku, semuanya memasang impian nak ruang dapur yang luas.. hah tengok2.. betul tak aku cakap!
So, dapatlah dibayangkan kenapa aku rasa tempoh masa proses jualbeli rumah aku tu lama sangat aku rasakan.. Aku sebenarnya nak "booking" tukang rumah.. apa yang aku tahu, tukang rumah yang abg suami aku berkenan sangat2 ni sedang ada kekosong keja.. aku ingat nak menyelit.. Iyelah tak sanggup aku menunggup bertahun2 semata-mata nak hasil kerja tangan tukang tu! Macam yang dibuat oleh jiran aku.. sanggup menunggu selama lebih 2 tahun.. Fuhhh.. nasib baik dia jenis keras hati.. tak usik-usik duit yang dah disimpan lama tu.. Bertahan dengan sabar dan kuat semangat! Kalau aku, agaknya abis dah duit tu... hehehee..
Apa-apapun, doakanlah semoga semuanya berjalan lancar.. dan apa yang dirancang menjadi kenyataan iye.. Semoga mimpi indah ini menjadi realiti.. jadi lagilah seronok berangan-angan sebab mampu jadi realiti.. hehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan