Ana menyanyi-nyanyi riang, Pantas tangannya membuka kunci mangga di pintu pagar. Setelah memarkirkan keretanya, Ana segera keluar dari kenderaan, Penuh tangannya kiri dan kanan dengan beg plastik berisi barangan dapur. Petang ni turn dia memasak. Bihah belum balik lagi. Biasa ler minah tu, rajin buat OT, gila kerja. Sibuk kumpul duit untuk kahwin katanya, giler.. calon belum ada dah sibuk berangan nak kahwin. Ketawa kecil Ana bila memikirkan gelagat Bihah.
Tangan Ana yang sedang membuka kunci rumah tetiba terhenti, pantas pandangan mata Ana alihkan ke pagar rumah. Eh? Dah tak ada? Terpinga-pinga Ana melihat kain baju yang terjemur pagi tadi dah tak ada kat pagar rumah yang menjadi sempadan antara rumah Ana dan Mak Leha ni. Siapa pulak yang mengangkatnya? Timbul persoalan dihati sambil kakinya melangkah memasuki pintu rumah. Namun soalan itu terus dilupakan bila Ana mula 'bersilat' di dapur menyediakan makan malam.
Selepas maghrib, Ana bersiap ala kadar, hanya berTshirt lengan panjang dan berseluar track suit. Dikepalanya tersarung tudung segera, Kakinya ringan melangkah ke rumah sebelah sambil di tangannya terjinjit mangkuk tingkat berisi nasi dan lauk pauk masakkan dia. Sudah 3 hari Ana bertandang ke rumah Mak Leha, makan malam dengan orang tua sebelah rumah ni. Selalunya dia berdua dengan Bihah, tapi malam ni Ana bersendirian, Bihah sibuk menyiapkan kerja untuk pengauditan minggu depan katanya.
"Assalamualaikum" nyaring suara Ana memberi salam.
"Walaikumsalam Ana, masuk nak, pintu tak kunci." sayup-sayup suara Mak Leha kedengaran. Ana segera menjengukkan kepalanya di pintu yang terdedah sedikit. Lafaz Bismillah disebut di dalam hati. 'Sunyi aje' getus hati Ana sebelum kakinya melangkah ke dapur, belum lagi jejak ke ruang dapur, Ana menghentikan kakinya di depan pintu bilik Mak Leha. Kelihatannya Mak Leha sedang sibuk melipat kain yang berlonggok di tepi dia. Huluran tangan Ana disambut dengan senyum ceria Mak Leha.
" Ana sorang aje ke" soal Mak Leha sambil tangannya lincah melipat baju. Ana senyum.
"Bihah kerja sampai malam Mak Leha" senyuman masih terpamir di bibir Ana sambil terkesan di dalam hati dia, walau Mak Leha tepok, tapi kelincahannya dalam membuat kerja dengan menggunakan kudrat tangan sangat mengkagumkan.
"Tak pe lah, hari ni kita makan berdua aje" Ana mengangguk. Macam gitulah perangai Ana, tak peramah tapi senyuman yang sentiasa terukir dibibir mencuit kemesraan dihati. Hati tua Mak Leha sangat menyenangi perangai Ana, begitu juga Bihah , cuma Bihah ni agak lepas laku sedikit perangainya, gaya gadis moden dan berpelajaran, lebih terbuka dan kurang mempercayai sesuatu yang tidak ada penjelasan kukuh.
" Siapa tolong Mak Leha uruskan kain baju kotor ni?" teragak-agak Ana menuturkan soalan.
" Mak Leha sendirilah" jawapan Mak Leha mengundang pertanyaan di muka Ana. Berkerut-kerut muka Ana. Matanya bulat memandang ke wajah Mak Leha. Biar betul? dengan kakinya yang tepok ni, tak mungkin ler Mak Leha mampu menjemur kain baju di atas pagar sempadan rumah. Nak panjat guna apa? Takkan Mak Leha nak menyeret kerusi pulak? Aduh, bertalu2 soalan muncul di kepala Ana, Nak diluah kepada Mak Leha tak sampai hati pulak Ana, bimbang hati Mak Leha terluka, iye lah orang tua kan, Dah lah tu tepok pulak tu, atau dalam erti kata sebenar Mak Leha lumpuh dari pinggang hingga ke kaki selepas terbabit dalam kemalangan suatu masa dulu.
Tiba-tiba Mak Leha gelak, tersentak Ana mendengarnya, bunyi gelak tu sangat menyeramkan.
"Ana, Ana" hanya itu yang mampu terluah dari mulut Mak Leha. Ana masih diam, dan Mak Leha tak sampai hati pulak nak bergurau dengan anak gadis di depannya ini. Naif dan jujur budak ini, bunyi suara hati Mak Leha saat dia memandang wajah Ana.
"Mak Leha suruh si Iman tolong" jawapan Mak Leha semakin buat Ana tertanya-tanya.
'Iman?' Iman mana pulak ni?' soalnya dalam hati.
"Iman Arjuna, anak Mak Leha lah" seakan tahu soalan yang ada dalam hati Ana, Mak Leha menjawab sambil tersenyum memandang wajah Ana. Tanpa Ana sedar mulutnya melopong, rahangnya jatuh.
"Hah" hanya itu aje yang mampu diluahkan oleh Ana, biar betul Mak Leha ni, setahu Ana, Mak Leha ni tak ada anak. Abang Man tu pun cuma anak angkat, yang dibela Mak Leha semasa bayi lagi, Anak saudara dari adik bungsu Mak Leha. itu yang Ana tahu sebab Mak Leha suka bercerita kisah hidup dia. Bila masa pulak ada Iman Arjuna ni? Tak pernah pulak Mak Leha cerita. Blurr sekejap Ana dibuatnya.
"Ana bawak lauk apa? Mak Leha dah lapar ni." pertanyaan Mak Leha mengembalikan Ana ke alam nyata. Mata Ana bertembung pandang dengan Mak Leha. Tiba-tiba timbul persoalan. Mak Leha ni macam nak mengelak aje bercakap tentang Iman Arjuna.
"Ikan kembung masak kicap, sayur sawi masak lemak dan sambal belacan.Nasi pulak lembik sikit Ana buat untuk Mak Leha" jawapan Ana menyenangkan hati Mak Leha. Terangguk-angguk kepalanya sebelum dia turun dari katil menyeret tubuhnya untuk ke dapur. Ana cuma membiarkan Mak Leha bergerak sendiri, bukan Ana tidak mahu membantu, tapi permintaan Mak Leha yang tidak suka ditolong menyebabkan Ana membiarkan sahaja Mak Leha bergerak sendiri
"Mak Leha jemput makan" pelawa Ana selepas Mak Leha dapat menstabilkan diri duduk di kerusi di depan meja makan. Suasana di meja makan jadi sunyi, Tapi jauh di lubuk hati Ana berbagai persoalan mula timbul. Suara orang bernyanyi pagi tadi selepas subuh tu adakah suara Iman Arjuna? Siapa iye Iman Arjuna?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan