Aku memang suka tudung 3 layer... hehehe.. statement tak bleh blah! Nampak cantik dan beralun lembut bila dipakai.. Tapi reganya tu yang menyebabkan hajat tak kesampaian terutama yang berjenama ***tut**. Harga yang 'boleh tahan" dan hasilnya memang sepadan dengan reganya. Ada jugak pilihan yang murah tapi tak secantik yang mahal.. kata orang- alah membeli menang memakai.. puashati kao. Kerana itu aku tak pernah bermimpi atau bercadang untuk melawat ke atau berziarah ke butik-butik tudung 3 layer ni.. Bukan tak mampu membeli.. mampu sangat2.. tapi menyedari kekurangan diri yang tak boleh menahan desakan ingin beli, beli, beli sehingga semua color ada.. (nafsu tu) hah bab tu yang aku tak nak.
Pilihan terbaik ialah.. belajar buat sendiri.. yang menepati citarasa dan dapat mengcover segala apa yang boleh dicover.. hehehe.. itulah sebabnya dah hampir setahun aku tak berblog.. aku ada hobi baru.. buat tudung.. dan hasilnya sampai sekarang aku cuma boleh pakai sendiri.. bukannya tak de cadangan nak menjual.... sebab modal yang dikeluarkan pon banyak dah.. baik mesin.. dan apa2 ntah lagi tu.. tapi agaknya hasil pembuatan tudung aku tu tak kemas kot.. tu yang tak de org berminat nak mengorder.. (ini ayat sedar diri ni..) hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan