Isnin, 9 Disember 2013

Aku, Aiman Dan Citer Ke Pawagam!!!!

Menunaikan suatu permintaan dan ianya bukan sebuah janji.. sebenarnya nak menggembirakan Raudhah aka kakak yang teringin nak ke pawagam... lebih-lebih lagi bila iklan filem 'Frozen" selalu ditunjukkan time dia leka menonton disney junior di Astro.
So, petang Ahad lepas kami pergi, aku, encik suami, kakak dan jugak Aiman.. hah budak ni terpaksalah dibawa, tak boleh nak ditinggalkan, walau aku dari air tawar.. aku tetap berkeras nak bawak jugak.. pertama tak sampai hati, yang kedua pulak  emak awal2 dah bagi tahu, tak sanggup nak bela Aiman... macam2 karenah yang dia kena hadapi, bukannya  Aiman boleh duduk diam, ngeri jugak mengenangkan apalah yang bakal berlaku di dalam pawagam nanti.
Kami tengok citer Frozen ni kat Kota aje.. Pawagam MBO heritage.. betul ke namanya ni? Untuk 4 orang .. aku dan encik suami kena RM14 seorang.. sementara kakak pulak tiketnya RM9.00.. Aiman pulak boleh dipangku. Dengar macam murah aje kan, yang tak tahan tu sampingannya.. dengan bertih jagung, jajannya dan airnya.. kiranya bajet yang aku bawak.. ngam2 aje untuk kami 4 beranak.. fuh!!! legaaaa.
Masuk pukul 3.30 petang.. dan selain kami berempat, ada 11 orang lagi penontonnya... Start aje citer, Aiman mula buat perangai.. mula2.. dia menjerit (nasib baik tak menangis!!!) bila lampu panggung ditutup. Mulut dia tak reti diam, aku pon pening, kakak pulak lebih rileks.. iyelah sebab aku suruh dia janji untuk tak buat perangai.. so, dia nampak seronok dan menikmati setiap detik citer..
Paling aku tak tahan bila Aiman kemaruk makan bertih jagung, aku ngeri ni sebab bertih ni kalau silap makan, kita akan tersedak dan mmmmmmmmmmmuuuuuuunnnntaaaaahhhhhhh.
Dan itulah yang berlaku, Aiman tersedak dan muntah dalam panggung!!!. Aduh, malunya aku.. tak tahu nak letak muka kat mana terutama bila penonton depan asyik menoleh kebelakang sebab terganggu dengan bau masam muntah yang dah berterabur di lantai.
Dengan tebal muka aku keluar panggung dan beritahu pada tukang cuci panggung.. Kata dia, pembersihan hanya dapat dibuat bila citer selesai untuk tidak mengganggu penonton lain.. Alamak! macamana ni? So, terpaksalah aku menjadi mak cik cleaner..   mencuci muntah Aiman bagi mengelakkan dia terpijak.. dalam panggung. Sekali lagi aku beritahu.. tukang cuci muntah dalam panggung..  hanccussss sungguh hajat nak tengok citer Frozen dengan tenang. Keseronokkan menonton tenggelam dalam api geram pada karenah Aiman.

Nampak tak bungkusan plastik tu.. dalam tu penuh dengan baju sejuk Aiman dan kakak yang kena muntah..

Konon-konon kena makan dek dinasour.. bab bergaya ni, kakak memang terrorr.. heheh

Reaksi kakak yang seronok sangat.. dan kebaikkkan Aiman.. cuma 5 minit aje dia ok rupanya..
 
Lupa lak nak citer... dalam bab cuci-cuci panggung ni encik suami tak masuk campur.. Bukan kerana dia geli.. sebenarnya Frozen tengok dia... bukannya dia tengok Frozen.. apa da, buat rugi duit aje.. . Abis tengok citer, dengan baju kena muntah, kita orang jalan2 kat MBO tu, sempatlah sambar apa yang patut.. hehehe
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan