Wah entri aje macam bunyi nak marah dan tak bersyukur aje kan?.. Tak.. tak.. tak, aku bukannya tak bersyukur dengan anugerah ALLAH.. diberikan kesihatan yang baik.. kehidupan yang hampir sempurna dengan suami yang bertanggungjawab dan anak-anak yang senang diasuh dan dididik. Masalahnya cuma satu.. selain diberikan kesihatan yang baik, aku juga diberikan susuk badan yang 'comel' gitu.. dengan ketinggian 160cm.. dada yang bidang dan ia diperolehi dari gen abah yang memang besar dan tinggi.. dalam keluarga abah, bila bertemu sepupu sepapat.. rata2 ketinggian kitaorang sama.. aku boleh dikategorikab sebagai orang yang berbadan "besar".. dan ditambah lagi dengan berat lebig dari 80kg.. nampak bertambah-tambah besar.
So, dalam bulan ramadan lalu, aku dah berniat.. selain berpuasa kerana tuntutan agama, aku juga berharap agar dapat mengecilkan sedikit badan.. tak minta pon langsing macam model.. sebab paham-paham ajelah.. cukuplah sekadar 'kecik' sikit. Bersungguh-sungguh aku puasa siap dengan pil diet.. dan genap sebulan.. tada.. turun 4 kg.. wow.. bangganya aku.. Tapi belum pon syawal berlalu satu minggu.. baru masuk hari keempat.. bila aku timbang.. mak aih.. dah datang balik 4kg.. Bila nak nampak kecik ni?
So, bila berpeluang bertemu sepupu aku.. si Yani yang sama macam aku.. terlebih besar.. citer tentang kurus ni menjadi topik kami di meja makan.. dan terkeluarlah satu kisah diet.. namanya Diet Atkins.. tak banyak yangd apat dibincangkan kerana masa yang terhad.. tapi lepas tu aku buat carian di internet.. wow, macam berminat aje.. nampak mudah.. semua boleh makan, tak ada diet kecuali gula, nasi, mee dan jenis-jenis makan yang ada karbohidrat..
Dan itulah yang aku lakukan kini, mulai pagi tadi.. aku telah mulakan diet atkins.. alamak susahnya, walau semua boleh dimakan, tapi makan tak de gula, payau tekak aku.. dengan dugaan pada ir gas, kuih dan biskut yang berlambak atas meja.. alamak.. emnggoda sungguh.. sabar2.. dua minggu aje.. aku tak mintak banyak, dapat muat balik pakai baju koprat 2 tahun lepas punya.. aku dah sangat puashati.. doakanlah iye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan