Selasa, 25 Jun 2013

Dah Bulan Jun...

Sedar tak sedar.. dah setengah tahun berlalu.. kini dah masuk bulan jun.. malah bulan Jun pon dah hampir berlalu pergi.. Aku masih lagi kat sini, keja kaunter yang selalu membuat hati aku sakit. Di dalam dada penuh dengan perasaan tak puas hati sehingga ia menyesakkan dada.. 
Walau aku berusaha menerima dengan lapang dada.. adakalanya aku marah jugak bila dalam banyak perkara, selalunya aku akan 'dilupakan', bukan minta disanjung ke apa ke.. aku cuma ingin diterima sebagai rakan atau kawan (ada beza ke dua perkataan ini?) Bila aku ada urusan peribadi yang memerlukan aku keluar sebentar dari kaunter.. saat aku memerlukan pengganti tak de sapa yang sudi.. malah cuti rehat aku pon ada yang mempertikaikan walau ia hak aku!
Dan untuk mengubat hati lara, aku belajar buat benda baru.. tudung 2 layer..  maaflah, orang lain mungkin buat 3 layer, tapi kerana mutu kain sifon yg aku beli ini jenis murah.. kinnya tebal dan berat, aku jadikan ia 2 layer aje. Belajar dari 0 hinggalah kini aku dah hampir mahir.. itu ajelah kegembiraan yang aku perolehi.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan