Aku tertarik dengan novel ini setelah dicadangkan oleh Anna Lee.. penulis kegemaran aku.. yang paham minat aku pada bacaan bergenre macam ni .. huhuhuhu..
Dah pon membaca 4 bab pertama dalam wattpad.. rasa tak puas, so aku minta bantuan Sis Ogyejaz untuk mendapatkan buku ini secepat mungkin.. Chaiyokk ler kak Ogyejaz.. cepat dan tepat giteww.. thanks sis!
Secara jujur... cerita ni lain dari lain! Manusia boleh berkomunikasi dengan roh!... Sebenarnya, aku pun ada keinginan nak alami situasi macam Aya ni, tapi aku ngeri pulak.. kalau roh yang handsome dan jambu macam pelakon korea tu boleh lah jugak kan.. Tapi kalau sebaliknya? Matilah hakak!
Tapi aku tabik dengan Aya... tak takut langsung dia dengan keadaan K. Muka bengkak dengan mata kiri yang sepet dan bengkak dan hampir tertutup, serta bibir dan mulut yang pecah. Kulit lengan yang kebiru-biruan, baju yang koyak rabak dan lusuh.. K datang dalam hidup Aya bila mereka terjumpa di rooftop, rumah pangsa 14 tingkat tempat Aya duduk menyewa bersama-sama kekawan seuniversiti.. Lupa lak, Aya ni budak U, ambik course Law dan dalam masa yang sama bercita-cita menjadi penulis novel. Tapi malangnya dah 3 kali manuskrip dia ditolak oleh syarikat penerbitan, kecewa dan hampa menyebabkan Aya naik ke rooftop untuk menenangkan fikiran dan ketika itulah dia berjumpa K yang Aya percayai adalah roh orang yang telah mati dalam keadaan menderita.
Sebab apa dikata macam tu, sentuhan ke tubuh K, walaupun cuma libasan angin akan menyebabkan Aya moody, sedih dan mengalirkan airmata!
Pada aku, bab Aya dan K sepanjang bab 1 hingga 24 memang kelakar! Aya dikatakan mengalami tekanan perasaan oleh kekawan serumah dan seuniversiti kerana sering dilihat bercakap sorang-sorang, walaupan Aya berusaha coverline dengan sentiasa memasang earphone kat teling, konon-kononya dia sedang berinteraksi dengan seseorang di handphone, sedangkan semua kawan-kawan Aya tahu yang dia seorang gadis yang suka bersendirian!
Bersama K, Aya meneroka dunia secara bebas, belajar menari dengan K, pandai berlakon, contohnya bila disergah oleh K di kedai buku, Aya yang menjerit terpaksa menerangkan dia teruja bila menjumpai buku idaman hati kepada jurujual yang menegur kenapa Aya menjerit. Aku tak tahan gelak..
Mereka bersama ke mana sahaja, Walau pada mulanya Aya tak rela si K asyik menempel dengan dia.. akhirnya Aya seronok kerana selain dari dia dapat kawan, K juga membantu untuk dia menghadapi keadaan di reject oleh Fikri, si crush yang Aya minat dari tingkatan 1 lagi.. Siap buat buku sebagai tanda cinta pada Fikri.. Oh ya, novel karya Aya tu dapat diterbitkan dan Aya sangat berterima kasih pada K yang membantu dia dalam membuat novel cinta untuk Fikri. Dan paling mengejutkan, kerana K, hubungan Aya dengan di Andrian yang selama ini berantakan, Andrian, si abang tiri Aya akhirnya menjadi baik dan mesra hanya kerana Andrian juga mampu melihat K, kata Aya, kalau orang tak tau kelebihan Andrian yang boleh melihat hantu, mesti Andrian tergolong dalam senarai bakal doktor yang kacak!
Dan tanpa diduga, mereka, Aya dan K saling jatuh cinta! Aya yang berusaha untuk menafikan perasaan sendiri kerana dia sentiasa percaya dengan realiti, cinta itu sepatutnya tidak wujud untuk hantu atau roh! Dan K, yang terang-terang menunjukkan perasaan cintanya, dengan sikap penyayang, ambil berat, perihatin dan melindungi, paling ketara, sikap cemburu pada lelaki disamping Aya, pada Fikri dan kawan-kawan satu course Aya! So, sweet... huhuhu
Kesudahan cerita ini sangat-sangat mengejutkan, Siapa K yang sebenarnya.. semuanya terjawab. Walaupun kisah Aya dan K ini berlanjutan hampir 3 tahun, tapi akhirnya semua perkara yang menjadi tanya tanya telah terdedah.
Walau cerita ni kesudahan nya tak menggembirakan aku, sebenarnya aku rasa macam novel tu perlu dipanjangkan lagi kisahnya.. err, sebenarnya tak puashati sebab baca novel ni macam pendek aje ceritanya... maknanya apa tu? Maknanya cerita Rooftop ni best. Aku bagi 5 bintang! Terima kasih pada penulis yang berjaya melahirkan cerita yang lain dari lain. Pada yang berminat, carilah Rooftop di Prolog Media..
"Sesungguhnya Kebaikkan Juga Boleh Membunuh!.. Adam Khaleef
Tiada ulasan:
Catat Ulasan