Rupa-rupanya.. ini adalah petua orang lama.. terutama untuk pokok buahan..
Tolong jangan tanam ia pada hari Rabu.. nanti tak berbuah..ooo.. aisyeh.. boleh pulak gitu ???
Petua ni aku dapat dari kawan baru aku.. makcik Nursiah yang aku jumpa masa sama-sama menunggu nama dipanggil untuk jumpa doktor kat klinik kesihatan bandar penawar ari tu..
Dan hari paling best dan digalakkan untuk menanam pokok buahan ialah hari khamis, sabtu dan ahad
Insya Allah.. kalau tanam pokok buahan pada hari yang tersebut.. pokok akan berbuah lebat.
Statement tu buat aku termenung panjang.. sampai rumah.. turun aje dari kenderaan, aku terus belek pokok pelam aku sampai Incik suami jadik pelik.. apahal ni pulak.. dapat jampi apa tetiba ngadap pokok pelam? Tanya dia .. tulus dan lurus aje..
Berkerut-kerut dahi aku dok memikiq hal pokok pelam ni yang aku tanam sempena kelahiran Raudhah aka kakak.. hari apa iye ?... jangan2 hari rabu.. sebab tu dia segan nak berbuah..
Abiss ler aku... kesian Raudhah, sampai ke tua ler tak dapat merasa buah dari pokok pelam yang aku tanam sempena kelahiran dia... sadis woooo
Ini ler pokoknya... walau tak berbuah, dia rajin berdaun.. lebat sungguh... dan kemetot aje pokoknya,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan