Naurah melajukan langkah kakinya.. matanya meligas memandang kiri dan kanan. Ada rasa cuak dihati.. Ya Allah.. selamatkanlah perjalanan aku ini Ya Allah. Pepagi begini.. dalam suasana pagi yang masih lagi kelam dan embun pagi masih lagi membasahi daun.. tiada sesiapa yang boleh diharapkan untuk membantunya jika ada musibah mendatang.
Demi ilmu.. demi ilmu.. hanya itulah penguat hatinya. Berjalan kaki ke sekolah yang jaraknya sejauh 5 km dari rumah.. menyebabkan Naurah harus cepat.. dia tahu hari ini dia dah terlewat. Sepagi tadi dia sibuk, memandikan ibu yang terlantar sakit.. dan kemudian membersihkan pula najis ibu banyak menuntut masanya. Walau ada Ngah Siah, pembantu yang digaji oleh bapak untuk menguruskan ibu, Naurah tetap dengan rela hati membantu menguruskan ibu. Naurah faham, kudrat seorang tua seperti Ngah Siah, tak terdaya untuk dia nak mengangkat tubuh badan ibu jika tidak Naurah yang membantu.
Sudahnya dia terlewat lagi.. dan kerana itu Naurah tiada pilihan.. dia akhirnya mengikut jalan pintas kebun Pak Teh.. Kebun getah yang telah lama ditinggalkan dan tidak lagi dikerjakan selepas Pak Teh meninggal dunia. Sudahnya kawasan kebun dipenuhi semak samun. Apa lagi pilihan yang Naurah ada.. inilah satu-satunya jalan pintas paling cepat. Dibuang rasa takut dihati.
Laju kakinya melangkah, seakan berlari pun ia juga. Tiba di sempadan kebun. Naurah terpempan. Ya Allah.. terkejut dia. Berdiri dalam jarak 10 kaki di hadapannya, diatas titi kecil di tepi sempadan kebun dengan tanah rizab tepi sungai milik kerajaan, sesusuk tubuh tegap seorang lelaki dengan seraut wajah tampan yang memandang wajah Naurah dengan mata yang galak tetapi pandangan yang redup.
"Nak gi sekolah iye dik?" soal lelaki itu. Tanpa sedar Naurah menggangguk.
"Mari, abang temankan. Boleh tak?" soalnya lagi seperti meminta izin.
"Boleh. Terima kasih abang" ringan aje mulut Naurah menjawab. Eh apasal ni.. selalunya dia susah nak bercakap lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak dia kenali. Pesanan bapak dan Ngah Siah agar pandai menjaga diri sentiasa tersemat dalam fikiran dia.
Naurah melihat ada segaris senyuman lebar di bibir lelaki itu. Sepasang lesung pipit jelas kelihatan di wajahnya bila tersenyum. Ya Allah, tampannya rupa paras mahluk Allah dihadapan ku ni, hati Naurah berbisik. Siapa dia ni.. manusia ke hantu. kalau manusia mesti ada nama. Anak siapa? Kenapa aku tak pernah melihat dia ni? Timbul pertanyaan dihatinya. Bertambah tertanya-tanya bila hidungnya menangkap satu bauan wangi yang belum pernah dia cium. Harum dan manis baunya. Pantas tangannya mengosok-gosok hidung yang mancung dan kecil itu.
Lelaki itu tersenyum sambil menggeleng- gelengkan kepalanya. Tangannya diangkat sebagai tanda mengarahkan Naurah berjalan dahulu.
Pantas kaki Naurah melangkah, dari ekor mata dia melihat lelaki ini berada dibelakang dia. Mengekor tidak terlalu rapat.. tiga langkah dibelakangnya. Mata Naurah melirik jam tangan hadiah bapak sempena dia lulus periksa PMR dengan cemerlang. Alamak, lagi 5 minit. Habis ler aku. Tak sempat ni, jauh lagi tu. Kejap lagi pintu pagar sekolah akan ditutup. Dia dah jemu mengadap Cikgu Munir, guru displin yang garangnya ya ampun, yang selalu menjerkahnya hanya kerana nama dia aje yang naik sebab lewat datang ke sekolah. Ada rasa sebak dihati.
'Dah sampai dik" Eh, pantas Naurah mengangkat muka. Terkejut dia, di hadapan dia adalah pagar sekolah. Pantas matanya memandang wajah lelaki itu. Masih lagi tersenyum manis. Terpinga-pinga Naurah.
"Nama abang, Saim.. abang penduduk asal kampung dekat-dekat sini." katanya sambil tersenyum.
"Belajar rajin-rajin iye dik" hanya anggukan yang mampu Naurah berikan. Dia masih bingung
"Abang balik dulu" kata lelaki bernama Saim itu.
" Woii, Naurah, cepat woii." jerkahan suara seseorang jelas dipendengarannya. Pantas Naurah menoleh ke arah suara itu dan kelihatan kawan baiknya, satu-satunya kawan baik dia, Murnee sedang bercekak pinggang di depan pagar sekolah. Dah macam jaga jalan dah rupanya.
"Mimpi apa kau awal ni?" soal Murnee teruja. Dan soalan Murnee membuat Naurah tersentak, Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke sebelah kanan, tempat lelaki bernama Saim itu berdiri. Terkejut dia, Dah tak ada? Mana ni? Matanya segera meliar ke seberang jalan. Naurah menoleh ke kiri dan kanan.
"Kau cari apa?" soal Murnee yang tetiba dah ada di sebelah dia. Mata Murnee turut meligas ke kiri dan kanan. Tak tahu apa yang dicarinya. Aura seorang tukang kepoh mula kelihatan. Kepochi sungguh gayanya.
" Tadi ada lelaki temankan aku"
"Lelaki?" soal Murnee sambil kening dia terangkat-angkat.
"Mana? Mana?" soalnya teruja
"Entah." hanya itu yang mampu Naurah lafazkan.
"Kau ngigau ke apa? Dari tadi kau sorang-sorang aje jalan macam ribut tau sampai aku ni pon kau hampir-hampir langgar" kata Murnee sambil kakinya pantas melangkah ke pintu masuk sekolah.
"Cepat lah Naurah, kau nak aku bagi nama kau kat Cikgu Munir ke? ugut Murnee.
"Iyelah, iyelah"
"Tahulah kau tu pengawas" rungut Naurah.
"Tau tak pe" berlagak sungguh jawapan Murnee, tapi bagi Naurah yang telah lama mengenali Murnee sejak darjah satu, Tahu betapa baiknya hati Murnee. Jika hari Murnee berjaga di hadapan pintu masuk sekolah, seberapa boleh dia mengelak dari mencatitkan nama Naurah jika Naurah terlewat.
Naurah tersenyum manis, tapi jauh di sudut hati timbul berbagai persoalan tentang Saim. Naurah juga terasa ralat. Saim pergi tanpa sempat dia mengucapkan terima kasih. Perlahan-lahan Naurah melepaskan keluhan. Semoga kita jumpa lagi. Bisiknya sambil pantas kaki melangkah menuju ke kelas.
Dan di tepi tembok pintu pagar, sepasang mata sedang menyoroti langkah kaki Naurah. Saim hanya tersenyum. Iye Naurah.. kita pasti akan berjumpa lagi.
salam kak, saya menanti bab 2 hasil tulisan akak... permulaan yg baik dan menarik minat saya
BalasPadamsalam,
melur...
Terima Kasih Melur..
Padam