Kesian aku tengokkan..
Apa taknya.. berat tu nak angkat peti besi
Ni salah satu 'harta' aku yang tidak aku rela menerimanya ketika mula kerja di kaunter ni
Sebelum mula keja dan selepas abis keja.. aku mesti mengadap benda ni..
kalau 'mood' peti ni baik.. sekali aku pusing kod nombor rahsia.. dia dah terbuka..
Tapi kalau mood peti ni tak baik... mampus aku.. berpeluh2 dibuatnya walau dalam bilik bos aku ni aircond terpasang..
Masa tu memang peti ni makan sumpah seranah aku ler...
Dah penat menyumpah.. tak buka2..
last sekali ikhtiar aku.. baca doa makan and..
jeng jeng jeng
Terus boleh buka.. tak paham sungguh.. apa 'dia' ingat yang 'dia' ni adalah sejenis makanan dan aku duduk mengadap 'dia' untuk nak memakannya.. ntah.. kompius aku.
Kata penolong akauntan aku.. peti tu berhantu.. erkkk.. iye ke..
Ada hantu?? sapalah yang malang jadi hantu peti tu..
Kau lah kak.. sapa lagi.. jawab bos kecik aku.. Hampeh sungguh!
Boleh pulak bos kecik aku wat lawak untuk citer yang tak berapa lawak ni... aku tak gelak tau..
Ini adalah satu kaedah nak mengangkat peti tu.. err bukan angkat.. golek kan.. huhuhu.. kesian.. ramai yang jadi bos tak diiktiraf dari membantu.. kan... kan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan