Ingat lagi pada cerita aku tentang Cimbe?.. Anak bulus aku yg aku telah potong tapak kaki dia kerana rosak dan membusuk dimakan ulat... hishh seram aku bila ingat balik citer ni... Tapi itu citer lama.. selepas empat minggu Cimbe dalam kurungan rumah... kitaorang ambil keputusan untuk melepaskan dia.. itupun setelah kitaorang dapati kaki dia yang dah tak de kulit tu kering..
Mula-mulanya ok... tapi dua minggu lepas tu, abg suami beritahu aku yang daging tangan Cimbe dari warna merah jambu dah jadi pink pucat.. Aku diam aje tapi dalam hati pelik jugak... apa ke ni?.. Rupa-rupanya, Cimbe berjalan dengan menjadikan kaki depan dia yang aku potong tu sebagai tongkat.. dan kesudahannya.. bawah kaki tu luka.. dan yang paling mengerikan ialah.. luka itu telah dimasuki oleh telur ulat... dan yang paling sadis ialah ulat tu kini berada dan hidup didalam lubang daging yang dibuat.. Kalau diamat-amati.. dari luar kita memang tak tahu yang daging tangan Cimbe tu didalamnya penuh dengan ulat..
Aku dan abg suami apalagi, sekali lagi memulakan operasi 'mengnyahkan' ulat tu dari dalam daging Cimbe.. Tapi kali ni tak mudah.. apa taknya.. daging tangan luar tak membusuk, so bila kita masukkan peralatan utk menarik keluar ulat tu.. Cimbe akan menjerit dan menggigit! Aku memang geram ler..
Ini sambungan citer yang terberhenti dekat 16 bulan... huhuhu..
So, akhirnya kami ambik keputusan bawak Cimbe ke klinik.. kat Ulu Tiram.. Punyalah jauh.. masa citer ni berlaku kat Kota Tinggi belum ada klinik haiwan lagi.. Doktor tu handsome.. (handsome sioott doktor tu.. muka macam pelakon korea.. jambuu aje .. cuma kulit aje tak putih melepak) ponn pelik tengok perangai kitaorang.. bukan perangai tak senonoh.. tentang kesanggupan kitaorg potong sendiri kaki Cimbe and aku yang berani bersihkan ulat tu.. sedangkan aku tengok ulat tu pon macam nak pengsan..
Akhirnya tangan Cimbe di potong.. jadilah ia kucing jantan.. hero kaki tiga..oppss salah2.. demi memastikan Cimbe boleh duduk dalam rumah and tak menggatal dan menanda kawasan.. dia turut dikembirikan oleh doktor tu..
Dekat 3 hari Cimbe duduk kat klinik... kemudian 2 minggu lepas tu aku bawak lagi ke klinik .. cabut benang.
abiss dalam rm700.. tapi aku puashati... pertama dapat selamatkan Cimbe yang akhirnya membesar dan berjaya menggebukan badan.. bahagia aku. yang kedua.. ulat2 tu akhirnya ternyah jugak.. aku tanya doktor tu.. berapa ekoq sebenarnya ulat tu dalam daging tangan Cimbe.. dia kata adalah dalam 20 ekoq.. nasib baik sempat bawak jumpa doktor sebab daging tangan tu dah hampir abis kena makan.. errkkk.. ngeri aku.. inilah first time aku jumpa ulat yang gemar makan daging segar... kat Bandar Penawar pulak tu.. port aku nak besarkan anak2.. isk.. isk isk
Tapi itu citer 10 bulan lepas.....
Dan 6 bulan selepas itu kesudahannya sangat menyedihkan hati..
Dekat 6 bulan aku jaga Cimbe.. dia membesar sebagai kucing gebu dan montel. hari2 aku peluk dan uli dia.. malah abg suami lagi ler... begitu excited buli dia... dan biasa ler walau dah dikembirikan.. Cimbe dah biasa duduk kat luar.. berjalan aje keja dia.. tapi time makan dia balik rumah.. sampai ler suatu hari tu dia balik rumah dalam keadaan perut yang keras dan mulut berbau.. bau busuk dan bau racun .. aku panik.,. nak bawak dia gi klinik tapi kata abg suami dah tak sempat sebab Cimbe dah termakan racun.. malam tu Cimbe mati.. mati dalam dakapan aku.. menitis airmata aku.. ralat rasa hati sebab tak dapat melindungi Cimbe.. tapi aku perlu redha.. aku tahu janji dia dah sampai.. Aku selalu doa semoga Cimbe tentang kat sana...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan