Isnin, 23 Julai 2012

Selamat Menyambut Ramadan

Sudah 4 hari Umat Islam Menyambut Ramadan bagi tahun 1433H. Ramadan yang dinanti-nantikan, masa yang sesuai untuk membuat perubahan, walau tidak secara drastik, biarlah perlahan2.. alon-alon kata orang jawa. Paling penting segalanya biarlah sederhana.. kerana keserderhanaan itu paling menyenangkan. Berbelanja biarlah secara berhemat...  contohnya bab belanja di Bazar Ramadan. Di Bandar Penawar ni, aku memang suka gi Bazar Ramadan, pihak jabatan telah menyediakan 40 bazar jenis basah, yang menjual segala macam lauk pauk, nasi, kuih muih dan air minuman,  sementara 10 lagi bazar jenis kering - jual baju raya , tudung raya, bunga hiasan raya dan kuih raya. pendek kata semua yang berkaitan dengan raya.. So, paham-paham aje ler bila perut lapar, mata lagi lapar.. apa yang dilihat dan dipandang, semuanya nak dibeli.. Bila time berbuka, penuh juadah atas meja, sedangkan saat meneguk air dan menikmati sebiji kurma sebagai pembuka mulut sesudah sehari berpuasa, perut kita dah kenyang.. Betul tak? Dan sudahnya juadah yang dibeli tak habis makan malah ada yang tak dicuit langsung.. niat dihati nak simpan untuk bersahur, pon tak habis makan, dan akhirnya tong sampah yang menikmati juadah tu semua.. tak kan nak simpan untuk berbuka petang akan datang? Suatu pembaziran yang menyebabkan konsep dan niat berpuasa di bulan Ramadan telah tersasar dari tujuan asalnya iaitu untuk kita berkongsi rasa susah orang2 yang kurang berkemampuan.. Membebel pulak.. bukannya apa sekadar ingatan terutamanya untuk aku.. Apa-apapun Selamat Menyambut Ketibaan Ramadan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan